Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 02, 2010

KENAPA TV DAN RADIO TAK MULAKAN?

Kerajaan Malaysia belum bercadang menghadkan perjalanan ke Indonesia lagi. Tetapi demontrasi makin buruk. Suka atau tidak rakyat Malaysia harus melakukan sesuatu tetapi tidak perlu kekasaran. Kenapa tidak mulakan dengan Kementerian Multimedia dan Telekomumikasi (Betul ke?) mulakan dahulu dengan mengeluarkan arahan MENGHENTIKAN cinematron yang masih lagi di tayang di TV dan juga MENGHENTIKAN stesen radio tempatan dari memainkan lagu-lagu Indonesia buat sementara waktu sehingga BENDERA menghentikan provokasi. 

MANA DIA SIKAP PATRIOTIK SYARIKAT-SYARIKAT INI? Pasang TV ada lagi cenimatron Indon siap Iklankan lagi. Lagu kat Radio? kena check balik sebab tak dengar radio. 

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Jakarta diminta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.
Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung berkata, selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.
Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Kuala Lumpur enggan meminta maaf kepada Jakarta dan seluruh rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang telah mengeruhkan hubungan kedua-dua negara selama ini.
“Jadi kemarahan rakyat Indonesia itu kini tidak lagi dapat dikawal dan mungkin tindakan para pendemonstrasi akan menjadi lebih agresif beberapa hari akan datang.
“Kesemua ini gara-gara keegoan Malaysia untuk meminta maaf serta kelemahan Indonesia sendiri dalam menyediakan peluang pekerjaan kondusif buat semua rakyatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bendera yang cukup vokal dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam siri demonstrasi membabitkan isu hubungan Kuala Lumpur-Jakarta sebelum ini sekali lagi bangkit membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Dalam perbualannya dengan akhbar ini Jumaat lalu, Mustar memberi jaminan tindakan protes termasuk sweeping Malaysians atau mengusir rakyat Malaysia anjuran beberapa kumpulan di sana termasuk Bendera tidak akan menggugat keselamatan rakyat Malaysia.
Namun laporan Bernama semalam menyebut, rumah seorang jurutera Malaysia di daerah Ketapang, Kalimantan Barat telah dilempar batu besar dipercayai berkaitan tindakan sweeping Malaysians pada Ahad lalu.
Dalam perkembangan lain, Mustar menafikan laporan menyebut ahli-ahli kumpulan demonstrasi di Indonesia termasuk dari Bendera sebenarnya hanya ‘mencari makan’ serta mendapat bayaran di antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
“Tentu sekali itu tidak benar, kamu fikir semua rakyat Indonesia itu miskin? Jikapun kami tiada wang, darah akan kami pertaruhkan dan buktinya kamu sendiri tahu,” katanya.
Pada ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan Ke-53 semalam, sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, Jakarta mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai ‘hadiah’ kemerdekaan negara.

KERAJAAN NAK BERJIMAT CERMAT - SUKOM 98 APA CER?

"Kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut" 
Selama ni tak pernah kisah fasal apa rakyat fikir sekarang dah insaf ya? Alhamdulillah (atau sebab takut kalah PRU?). 
WALAU BAGAIMANA PUN - SUKOM 98 punya financial report apa kes? Berapa banyak belanja? Berapa banyak hutang? Nak tunggu apa lagi?

Malaysia tak jadi bida



MALAYSIA tidak bercadang untuk meneruskan hasrat membida penganjuran Sukan Asia 2019 kerana kos penganjurannya yang cukup tinggi.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kuala Lumpur semalam.
Shabery berkata, Malaysia tidak akan mengambil bahagian dalam urusan pembidaan bagi menganjurkan temasya tersebut.
"Setelah perkara ini dibawa ke mesyuarat jemaah menteri minggu lalu, Kabinet telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan meneruskan hasrat membida bagi menganjurkan Sukan Asia 2019.
"Ia disebabkan kos penganjurannya yang tinggi iaitu membabitkan perbelanjaan sekitar RM1.6 bilion dan kerajaan tidak melihat ia sebagai tuntutan semasa.
"Kos sebanyak RM1.6 bilion itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru termasuk stadium, perkampungan sukan termasuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Shabery, keputusan itu juga dibuat kerana kerajaan ketika ini dalam usaha cuba untuk menstruktur semula pemberian subsidi sebagai langkah berjimat cermat.
"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.
SHABERY (dua dari kiri) melayan wartawan-wartawan sukan berbuka puasa pada majlis Berbuka Puasa anjuran SAM dan KBS di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.


Pada November tahun lalu, Malaysia menerusi KBS pada November telah menghantar dokumen surat berhasrat (LOI) kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk menyatakan hasrat membida edisi ke-18 Sukan Asia.
Selain Malaysia, negara lain yang turut membida penganjuran Sukan Asia 2019 ialah Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan India.
Sukan Asia ke-16 akan berlangsung di Guangzhou, China dari 12 hingga 27 Oktober ini sementara edisi ke-17 temasya sukan terbesar di Asia itu akan diadakan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Ubah Salah Tanggapan Masyarakat Terhadap Islam - Najib

PM DS Najib oooiii.... mulakan dari dalam dulu. Salah hala dah ni. Nanti digelakkan ajer apabila ramai anak buah termasuk Menteri Dalam Negeri dok bagi persepsi salah kepada bukan Muslim. Tanggapan salah terhadap Islam dapat dihapuskan jika UMNO dapat dihapuskan dari memerintah dan menyalahguna Islam untuk kepentingan politik sendiri.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.
Perdana Menteri berkata ini kerana pada masa ini, masih lagi ada tanggapan salah masyarakat bukan Islam termasuk di Barat terhadap Islam. 
(Orang Islam sendiri ramai tak faham dan memalukan Islam apa cerita - politik tu politik lah jugak tapi janganlah jatuhkan maruah orang Islam sendiri. Tolonglah pi nasihat sikit bermula dari sepupu PM sendiri atau dalamkelambu tu dulu.)
Misalnya, beliau berkata dalam keluaran Time Magazine baru-baru ini, terdapatnya istilah baru iaitu 'Islam fobia'.
"Sikap masyarakat bukan Islam terhadap Islam tidak banyak berubah. Mereka masih mempunyai tanggapan bahawa Islam itu merupakan ancaman kepada mereka. 
(Kat malaysia kalau Islam tak rasa sebagai ancaman, UMNO rugi kan?)
"Oleh itu, masyarakat Islam perlu membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kestabilan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama duta-duta dan perwakilan asing di Wisma Putra di sini, malam tadi.
Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Najib berharap dengan penjelasan dan sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam akan dapat menghakis tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam.
Di Malaysia, beliau berkata walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan agama, namun mereka boleh hidup dengan aman dan harmoni.
Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan tiada ruang bagi sebarang bentuk ekstremisme di negara ini sama ada dalam bentuk ekstremisme kaum ataupun agama.
"Ia mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya. Misalnya, jika anda merosakkan gereja atau masjid, hukuman seharusnya sama.
"Kita tidak boleh mempunyai satu set hukuman yang berlainan dengan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam negara," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia apabila terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti di Bosnia dan Lebanon.
Dalam perkembangan lain, Najib merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Rastam Mohd Isa atas segala khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun.
Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman akan menggantikan Rastam sebagai Ketua Setiauaha kementerian, berkuatkuasa Jumaat ini.
Rastam, 59, pernah berkhidmat sebagai duta ke Pakistan, Bosnia, Herzegovina, Indonesia dan sebagai wakil tetap Malaysia ke PBB.-BERNAMA

Wednesday, September 01, 2010

TANAH KUBOR PUN TANAH KUBOR LAH.


Adakah ini juga antara sebab Shamsudin Lias tak nak  atau tak dibenarkan jadi Pengerusi SELCAT? Apa kaitan dengan majoriti atau tidak? Pejabat Tanah yang kena pun kali ni.


SELCAT Kesan 136 Ekar Tanah Perkuburan Cina Diusahakan Secara Haram


Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Pengurusan (SELCAT) mendedahkan 136 ekar tanah dibangunkan secara haram sejak 2002 dibawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Panel SELCAT terkejut dengan penemuan bahawa tanah di Seksyen U14 Mukim Bukit Raja di Petaling Jaya itu dimajukan sebagai tanah perkuburan Cina tanpa mengikuti ketetapan undang- undang.

Pejabat Tanah Petaling Jaya mengaku bersalah di hadapan panel lima anggota Selcat kerana membenarkan tanah itu dibangunkan tanpa kelulusan.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula mengaku bersalah kerana gagal memastikan syarikat pemaju gagal menukar status tanah dari tanah pertanian kepada tanah perniagaan.

Manakala pemaju pula, Premivest Sendirian Berhad mengaku salah kerana menjalankan operasi secara haram tanpa kelulusan dari Pejabat Tanah, dan melanggar notis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas Pihak Berkuasa Tempatan itu menyedari ada kesilapan pada status tanah perkuburan.

Kesalahan ketiga- tiga pihak itu menyebabkan rakyat Selangor kerugian cukai tanah yang setakat ini masih belum dikenalpasti jumlahnya, dan sekurang-kurangnya RM25,000 bagi setiap kompaun yang dikenakan keatas Premivest.

Menyedari kesalahan mereka, pemaju dikenakan lapan kompaun, dan telah melunaskan tujuh setakat ini.

“3 pihak mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini. Pemaju tak patuhi peraturan tanah, tak pohon tukar tanah," ujar Teng.

Pejabat Tanah didapati gagal meneliti proses permohonan tanah dari pihak pemaju yang terhenti selepas mendapati ada kekhilafan dari segi persempadanan tanah.

“MBSA pula tidak guna akta yg diperuntukkan. Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 dan Akta Jalan Perparitan dan Bangunan 1976. PBT boleh bagi notis 30 hari. Kalu pemaju gagal, MBSA boleh runtuhkan bangunan tu,” kata Teng.
Premivest memulakan operasi pada tahun 1991 dengan mendapat kebenaran tukar syarat tanah dari pejabat tanah dan daerah petaling daripada pertanian kepada jirat cina. Namun operasi halal ini hanya dijalankan sehingga tahun 1997 sahaja.

Bermula tahun 2002, fasa kedua hingga ke fasa keenam tanah perkuburan ini dimajukan secara haram.

Bahkan pemaju juga didapati bersalah kerana cuba memperdayakan kerajaan negeri dengan membina jirat secara berkelompok di atas tanah-tanah terbabit dengan harapan kerajaan negeri terpaksa memberi keseluruhan tanah haram itu kepada mereka.

MBSA yang diwakili Datuk Bandaraya Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Noor turut mengakui kesilapan mereka yang tidak peka terhadap status tanah perkuburan itu.

Pihaknya hanya menyedari keperluan menukar status tanah tersebut pada 2007.

“Diperingkat awal kita tidak sedar bahawa tanah perlu ditukar status dulu kerana semua kubur yang saya nyatakan tak perlu ditukar. Tapi sejak tahun 2007 kita baru sedar,” jelas Datuk Mazalan.

Mazalan menjelaskan jabatan perancangan MBSA telah memberikan notis borang G, F, E disamping telah membuat lawatan tapak secara berkala namun, pemaju masih menjalankan operasinya.

Jabatan Kejuruteraan MBSA turut mengeluarkan notis dibawah peruntukan seksyen 70A(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kepada pemaju.

Cerita Dolu Dolu