Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 18, 2010

Khir Toyo Mahu Ronnie Kekal Exco

Nanti kalau Ronnie letak jawatan nampak pulak Pakatan Rakyat berintegriti, malu la... BN yang terang lagi bersuluh buat derk aje...... Itu aje bak kata Khir Toyo ""Kalau beliau kekal, ia sudah pasti akan memberi manfaat kepada BN (Barisan Nasional),"
PETALING JAYA: Selepas menerima tekanan dan gesaan daripada pemimpina DAP sendiri agar Ronnie Liu melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mahu Exco berkenaan kekal pada kedudukannya sekarang.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat Selangor sepatutnya mengekalkan kedudukan Liu dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya rakyat boleh menilai sikap sebenar pemimpin DAP itu.
"Kami harap sangat agar Liu dikekalkan, biar rakyat tengok dan nilai sepuas-puasnya sikap pemimpin mereka.
"Kalau beliau kekal, ia sudah pasti akan memberi manfaat kepada BN (Barisan Nasional)," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan beberapa pemimpin DAP agar Liu melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri bagi membersihkan imej parti itu ekoran kontroversi isu surat sokongan.
Menerusi laporan muka depan The Star hari ini, tekanan berkenaan turut diberikan oleh Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin yang mahu Liu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.
Mengulas lanjut Mohamad Khir berkata, kedudukan Liu pasti tidak akan terjejas walaupun menerima tekanan daripada pemimpin partinya sendiri kerana Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri itu merupakan 'anak emas' kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiuasaha Agung, Lim Guan Eng.
"Liu kebal, kedudukannya sentiasa selamat kerana menjadi 'anak emas' dalam DAP. Beliau menjadi kegemaran Guan Eng dan Kit Siang.
"Sebab itu apa yang dilakukannya sentiasa dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan, itulah untungnya jadi 'anak emas'... tak kira orang tekan suruh lepas jawatan pun ia tak beri kesan kepadanya," katanya.
Selain itu bekas Menteri Besar Selangor itu mendakwa, pada dasarnya Liu tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi seorang exco sebuah kerajaan negeri.
"Macam mana nak jadi pemimpin, perkara-perkara remeh pun beliau tak tahu nak buat, macam mana nak jadi pemimpin?
"Ini memang sikap DAP yang lantik pemimpin ikut pilihan hati mereka... hanya berdasarkan faktor-faktor tertentu," katanya.

Pulak dah.... Lagi canggih, Lagi Macam Macam


GM, Mazda recall vehicles
US automaker General Motors and Japan's Mazda Motor are each recalling more than 200,000 vehicles.

GM said on Tuesday that it will recall over 243,000 sports utility vehicles sold in the US, Canada, China and other countries due to possible seatbelt malfunction. The recall affects 2009-2010 Chevrolet Traverse, Buick Enclave, GMC Acadia and Saturn Outlook models.

The company says potential damage to buckles of second-row seatbelts in the cars could cause the belts to unfasten and lead to injuries in the event of crashes.

Chevy Traverses have been imported into and sold in Japan, but GM has not clarified what it will do in regard to the vehicles.

Also on Tuesday, Mazda reported to the US National Highway Traffic Safety Administration a plan to recall 215,000 cars exported to the United States.

Subject to recall are 2007-2009 Mazda3 and Mazda5 models. The company says rust in the cars' power steering parts could lead to loss of driver control.

HUH? Baru nak kaji-kaji. Dah roboh, Nak buat apa pun.


Pembangunan di tapak Penjara Pudu dikaji semula

August 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Pelan pembangunan di tapak Penjara Pudu di sini akan dikaji semula antaranya bagi memastikan kepentingan Bumiputera turut dijaga, kata Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Selain itu, katanya, perkara yang perlu diambilkira dalam kajian semula itu adalah dari segi pasaran dan juga keupayaan dalaman Uda sendiri.
“Projek ini mungkin memakan masa selama 10 sehingga 15 tahun dan ia merupakan sebuah projek yang besar, justeru selain menjaga kepentingan Bumiputera terdapat perkara lain yang perlu juga diperhalusi semula,” katanya.
Nur Jazlan ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa Ancasa Hotel bersama 80 anak yatim dari Muassasah Darul Fuqaha di Bangi dan Baitu Saidati Khadijah, Gombak di sini semalam. Turut hadir ialah Pengarah Urusan UDA Datuk Jaafar Abu Hassan.
UDA Holdings sebelum ini dilaporkan akan merubah kawasan Penjara Pudu sebagai ikonik baru Kuala Lumpur yang bakal dikenali Pusat Bandar Bukit Bintang membabitkan kos RM5 bilion.
Projek yang meliputi kawasan seluas kira-kira 7.76 hektar itu akan dibangunkan dalam beberapa fasa membabitkan ruang niaga, menara pejabat, apartmen servis, hotel, pusat komersial dan rekreasi serta hab pengangkutan awam mini.
Nur Jazlan berkata pembangunan tersebut mungkin akan dimulakan pada suku pertama atau kedua tahun depan sejurus selepas pelan pembangunan baru tersebut diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ditanya sama ada gerbang utama penjara itu akan dirobohkan, beliau berkata gerbang tersebut terpaksa dirobohkan jika DBKL mahu melebarkan Jalan Hang Tuah.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedia berunding dengan pihak yang berminat untuk memindahkan struktur pintu gerbang bangunan itu ke tempat lain atas faktor sejarah.
Jun lepas, sebahagian tembok sepanjang 300 meter yang mengelilingi penjara berusia lebih 100 tahun itu dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan. —  Bernama

HABIS TU APA KESIMPULANNYA?

Ini taktik BN sudah biasa guna jadi PKR janganlah guna taktik yang sama sebab walau betul pun takkan siapa percaya.... Agaknya itulah maksud tersiratnya?
PKR Dianggap Menipu Kononnya 1,000 Anggota BN Di Kota Marudu Keluar Parti
KOTA MARUDU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.
Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.
Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak.
"Tidak ada mana-mana pemimpin PBS yang melompat parti," katanya ketika mengulas laporan akhbar kononnya lima cawangan PBS di Kota Marudu iaitu Talamason, Mogis, Pompodon, Pangapuyan dan Paka, telah atau akan dibubarkan akibat daripada peletakan jawatan beramai-ramai itu.
Mandut berkata orang ramai sudah tahu bahawa PKR tidak mampu memenuhi keperluan rakyat sebaliknya mereka mengharapkan BN untuk terus melindungi hak mereka. - BERNAMA

Tuesday, August 17, 2010

MASALAH PALING UTAMA ADALAH KEYAKINAN

Kalau amik teknologi second hand dengan harga rektor baru apakah terdapat keyakinan ianya selanat? Itu masalahnya bukan masalah ianya tak selamat TETAPI kategori selamat di Malaysia yang kita kurang yakin kerana kerap sangat masalah disapu kebawah karpet dan bila dah teruk baru tahu. Belum lagi tuduh sana tuduh sini. Janganlah jadikan Jepun sebagai contoh sebab seperti entri saya sebelum ini, Japan Nuclear Agency menjadi pilihan sebagai pembantu kepada UN untuk kes krisis nuklear sedunia. Malaysia akan mengambil teknologi nuklear Jepun? Takkan nak bagi kerja kepada 'pakar pakar kita' punya fasal, hantam aje lah.....
Loji Nuklear Semasa Selamat : Saintis UKM
BANGI: Loji tenaga nuklear moden (NPP) sangat selamat kerana dilengkapi "sistem bebas kegagalan", hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, dan orang ramai tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka, kata saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noramly Muslim.
Prof Noramly, bekas Timbalan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (IAEA), menegaskan bahawa kejadian seperti Chernobyl tidak akan berulang.
Dalam insiden 1986, kebakaran dan siri letupan, memusnahkan NPP era Soviet di Chernobyl, Ukraine, dan akibatnya lebih 300,000 penduduk dipindahkan.
Kesan radio aktif masih dipantau sehingga hari ini.
Prof Noramly, 69, mendapati rakyat Malaysia, seperti di tempat lain, "bimbang membuta-tuli" kerana jahil terhadap apa sahaja yang berkaitan "nuklear".
Mereka secara umumnya tidak mempunyai maklumat dan tidak mengetahui mengenai tenaga nuklear, katanya.
Mereka juga tidak menyedari bahawa sains dan teknologi sudah melakar kejayaan dalam teknologi nuklear dan sudahpun membangunkan "sistem bebas kegagalan" di NPP, katanya dipetik sebagai berkata dalam portal berita Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Orang ramai secara amnya bimbang kerana tidak mengetahui, namun keadaan itu sudah berubah. Kini banyak yang sudah diketahui," katanya merujuk kepada Jepun, sebuah negara yang musnah teruk akibat letusan dua butir bom semasa Perang Dunia Kedua.
"Jika ada yang terpaku ketakutan terhadap NPP, ia sepatutnya penduduk Jepun.
Sebaliknya, negara itu hari ini mempunyai lebih 50 unit NPP di 17 lokasi, dari Hokkaido di utara hingga ke selatan Kyushu." Bagi Korea Selatan, beliau berkata negara itu mempunyai lebih 60 unit NPP yang terletak di empat bahagian di negara berkenaan.
"Semasa mereka memulakan projek membina NPP, mereka kurang daripada kita dari segi kerangka kerja perundangan/pelarasan dan mereka hairan mengapa negara kita yang mempunyai kerangka kerja yang tersedia, belum membangunkan NPP kita sendiri," katanya.
Korea Selatan, kata Prof Noramly, cemerlang dalam projek itu sehingga baru-baru ini ia memperoleh kontrak US$40 bilion untuk membangunkan loji tenaga nuklear untuk Emiriah Arab Bersatu.
Bekalan tenaga ekonomi maju seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom, dijana oleh tenaga murah yang disediakan oleh NPP.
Di Asia, China juga kini membangunkan lebih banyak NPP untuk membekalkan tenaga sebagai enjin pertumbuhan, manakala Itali, negara terakhir di Eropah yang menentang tenaga nuklear, kini mula membangunkan kemudahan itu.
Prof Noramly berkata di sesetengah tempat, penduduk tempatan yang mendesak pembinaan NPP kerana manfaat ekonomi dan industri yang disumbangkannya.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kumpulan teras saintis yang bersedia digerakkan untuk membangunkan loji tenaga nuklear bagi menjana bekalan elektrik untuk memenuhi keperluan tenaga negara.
Malah, kumpulan ini sudah lama bersedia melancarkan, membina dan mengurus NPP sebaik arahan diberikan oleh kerajaan, katanya.
Prof Noramly kini berkhidmat di Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan UKM.
"Pakar-pakar ini sudah menunggu terlalu lama sehinggakan ada yang sudah tua dan bersara dan ada juga yang meneruskan kerjaya lain," katanya dan menambah usia beliau sendiri sudah hampir 70 tahun.
Prof Noramly yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), pelopor Agensi Nuklear Malaysia, dari 1977 hingga 1982, berkata nuklear merupakan "sumber paling murah dan mesra alam" bekalan elektrik yang akan diperlukan apabila bahan api fosil seperti minyak dan gas, kehabisan.
Sama ada kerajaan Malaysia akan memutuskan pembinaan NPP, terdapat 200 atau lebih NPP baharu yang dibina di seluruh dunia menjelang 2030, apabila keperluan tenaga Malaysia akan meningkat 1.5 kali dan apabila pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) disasarkan dikurangkan 50 peratus.
Meskipun kehilangan dua dekad masa penting untuk membangunkan NPP Malaysia sendiri, Prof Noramly berkata kini terdapat tiga kumpulan pakar di Malaysia yang mempunyai pengetahuan luas mengenai tenaga nuklear.
"Malah jika kerajaan meluluskannya, ia akan mengambil masa 11 tahun untuk membangunkan dan menugaskan sebuah loji," katanya yang menegaskan bahawa NPP pertama hanya akan melengkapkan penjanaan tenaga sedia ada menerusi minyak, gas dan arang batu.
Dan, dengan andaian negara akan mempunyai sebuah NPP dengan 1,000 megawatts menjelang 2021, unit kedua dengan keupayaan yang sama perlu dibangunkan pada 2023 supaya operasi loji pertama dihentikan untuk proses penyelenggaraan.
Prof Noramly berkata, NPP sehingga ini merupakan penjanaan tenaga paling murah pada harga semasa.
Ia hampir lima kali lebih murah untuk mengeluarkan satu unit dari NPP berbanding dalam bentuk minyak atau empat kali lebih rendah berbanding gas.
Meskipun ia hanya satu pertiga berbanding arang batu, beliau bekata keputusan untuk pembinaan NPP merupakan keputusan tiga generasi memandangkan jangka hayatnya antara 60 dan 80 tahun.
Sebuah loji arang baru dengan pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global, mempunyai jangka hayat 20 tahun.
Bagi sumber-sumber tenaga hijau boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin, beliau berkata ia hampir 14 kali lebih mahal berbanding pengeluaran seunit tenaga daripada tenaga solar manakala ia lebih tiga kali lebih mahal berbanding angin.
Malah, tenaga hidro adalah tiga kali lebih mahal berbanding NPP. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu