Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Keluar Jangan Tak Keluar. Show all posts
Showing posts with label Keluar Jangan Tak Keluar. Show all posts

Friday, October 08, 2010

PANTANG LAAA ADA PRK KE PRU.... ramai nak masuk tong taik.

25 Anggota PAS Baling Tinggalkan Parti, Sertai Umno
BALING: Seramai 25 penyokong PAS dari Kampung Masjid, Kuala Pegang di sini Khamis bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Mereka yang diketuai Osman Harun, 50, menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.
Osman berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji-janji mereka seperti yang termaktub dalam manifesto pilihanraya Ke-12 yang lalu.
"Saya lihat tidak ada satu pembangunan yang dibuat oleh kerajaan di kawasan kami sehinggakan kami tidak tahu hendak mengadu nasib kepada siapa. Keputusan yang diambil saya bersama rakan-rakan adalah tepat kerana hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sajalah yang dapat membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembangunan demi kemajuan penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini Khamis petang.
Azeez ketika ditemui pemberita berkata beliau amat terkejut dengan penyerahan borang keanggotaan Umno yang dilakukan pada majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat di Kuala Pegang hari ini kerana ia diadakan secara tiba-tiba.
"Saya amat kagum dengan mereka yang bersungguh-sungguh ingin menyertai perjuangan bersama Umno tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan amatbersyukur kerana mereka terpanggil setelah melihat kepimpinan Umno sahaja yang dapat membela nasib rakyat. - BERNAMA

Wednesday, August 18, 2010

HABIS TU APA KESIMPULANNYA?

Ini taktik BN sudah biasa guna jadi PKR janganlah guna taktik yang sama sebab walau betul pun takkan siapa percaya.... Agaknya itulah maksud tersiratnya?
PKR Dianggap Menipu Kononnya 1,000 Anggota BN Di Kota Marudu Keluar Parti
KOTA MARUDU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.
Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.
Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak.
"Tidak ada mana-mana pemimpin PBS yang melompat parti," katanya ketika mengulas laporan akhbar kononnya lima cawangan PBS di Kota Marudu iaitu Talamason, Mogis, Pompodon, Pangapuyan dan Paka, telah atau akan dibubarkan akibat daripada peletakan jawatan beramai-ramai itu.
Mandut berkata orang ramai sudah tahu bahawa PKR tidak mampu memenuhi keperluan rakyat sebaliknya mereka mengharapkan BN untuk terus melindungi hak mereka. - BERNAMA

Friday, May 14, 2010

Wee Choo Keong Isytihar Keluar PKR

Wee Choo Keong Isytihar Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR Wee Choo Keong isytihar keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

-BERNAMA

Wednesday, May 12, 2010

PKR Ipoh Barat lumpuh

IPOH - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, semalam mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya.

“Saya sudah tiada masa depan lagi bersama PKR,” katanya pada sidang media mengumumkan keluar parti berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Fauzi berkata, beliau melaksanakan tindakan drastik itu berikutan perjuangan PKR pada hari ini dilihat sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal termasuk mengamalkan politik kebencian hingga mengakibatkan wujudnya puak-puak tertentu di dalam parti.

Menurutnya, beliau sendiri telah dikhianati oleh kepimpinan PKR Perak apabila menerima surat yang menggantung status perwakilannya ke Kongres Nasional Tahunan Parti yang dijadualkan berlangsung di Kelantan kelak.

“Saya tahu, penggantungan ini mungkin disebabkan saya pernah menegur kepimpinan parti dan saya rasa perkara sebegini jugalah yang berlaku kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Changkat Jering dan terbaru, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

“Ketika Mohsin mengumumkan keluar parti di sebuah hotel terkemuka di sini, saya amat bersimpati dengan beliau (Mohsin) kerana saya faham dengan apa yang dilaluinya.

“Justeru, saya mengambil keputsan untuk keluar parti biarpun terasa amat berat melaksanakannya. Saya pasti, tindakan saya ini bakal mengakibatkan rasa geram, marah serta kecewa kerana selama ini saya begitu setia kepada perjuangan parti, malah saya adalah antara pengasas penubuhan parti ini di Perak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bebas, Mohsin Fadzli Samsuri.

Ketika mengulas hubungannya dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fauzi berkata, beliau tetap menyanjung tinggi kredibiliti Anwar sebagai pemimpin, cuma beliau hanya kecewa dengan barisan kepimpinan PKR di Perak.

Sementara itu, Fauzi berkata, bahawa beliau tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik setelah meninggalkan PKR dan bakal menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan, Pertubuhan Kebajikan Dan Tindakan Suara Rakyat Negeri Perak.

“Saya juga bakal mengumumkan pembubaran semua Jawatankuasa PKR Bahagian Ipoh Barat dalam masa terdekat, selain akan turun bertemu rakyat bagi merangkan perkara sebenar kerana saya rasa rakyat perlu diberi penerangan sebenar siapakah PKR yang sebenar,” katanya.

Tuesday, May 11, 2010

Ketua Pemuda PKR Sibu Keluar Parti

Kan aku dah kata kat sini

SIBU: Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng, 42, semalam mengumumkan keluar parti. Katanya beliau bercadang untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai parti yang mana. Ketika ditanya Jee mendakwa beliau keluar dari parti itu disebabkan perbalahan dalaman dan keadaan parti yang kucar-kacir.

"PKR di sini kucar-kacir dan ramai ketua cawangan di sini yang berebut jawatan serta bergaduh setiap kali diadakan mesyuarat," katanya yang menyertai parti tersebut sejak awal penubuhannya. Bercakap kepada pemberita di sini, Jee mendakwa seramai 70 rakannya akan turut keluar PKR.


Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng melaungkan "1Malaysia" bersama-sama penyokong Barisan Nasional (BN) selepas sidang media pengumuman keluar parti bagi menyokong BN, di Sibu semalam. - Foto BERNAMA

Kredit berita dari MSTAR ONLINE

Modal ni dah tak lakulah. Buat malu jer. Terlampau ghairah jangan sampai jumlah ahli yang keluar lebih dari jumlah penduduk udah ler....

Tuesday, April 13, 2010

Tiap kali nak PRK apa ada?

Tiap kali nak ada PRK je mulalah...... maleh nak cerita

200 Ahli PKR Taman Tunku Putra Keluar Parti
KULIM: Hampir 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran, sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-12.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu," katanya.

Cerita Dolu Dolu