Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 06, 2010

Bidaah ke Bedaah...... Patut cakap dengan UTUSAN MELAYAU

Jangan siar laporan bidaah: Najib
SHAH ALAM – Media perlu memaparkan laporan yang berasas agar ia tidak mengelirukan rakyat serta mengelakkan menyiarkan berita bidaah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika laporan yang disiarkan tidak berasas dan mempunyai unsur fitnah, ia boleh menjejaskan imej negara dan rakyat di mata dunia.

“Kenapa perlu menyiarkan cerita karut-marut, ia perlu diselidik dahulu kebenarannya bukan hanya mendengar dari sebelah pihak dengan menambah fakta yang tidak wujud.

“Jangan pembohong, jangan bidaah dalam membuat laporan, sebagai media kita harus berlaku adil dan jujur dan memaparkan sebarang berita untuk tatapan umum. Jika laporan yang disiarkan itu tidak benar dan mengelirukan secara tidak langsung akan merosakkan minda dan pemikiran generasi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran KarangKraf Peduli dan akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Program Karangkraf Peduli dilancarkan bertujuan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bahagia dunia dan akhirat.

Ia salah satu teras utama`Peduli Iqra’ yang mengerakkan budaya membaca dan pendidikan sepanjang hayat di negara ini.

Teras itu adalah Karangkraf Peduli Duafa, wujudkan masyarakat prihatin; Karangkraf Peduli Muafakat, wujudkan perpaduan rakyat.

Karangkraf Peduli Alam, wujudkan kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang; Karangkraf Peduli Jujur iaitu komitmen dalam memerangi rasuah bersama mengerakkan kesedaran untuk masyarakat bersama bertindak memerangi rasuah.

Semenatara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia adalah kempen khidmat masyarakat yang digerakkan bersepadu dan besar-besaran oleh Kumpulan Media Karangkraf.

“Selain warga Kumpulan Media Karangkraf yang mengerakkan program ini, saya amat berharap agar seluruh masyarakat di negara ini turut serta menjayakannya.

Kumpulan Media Karangkraf bergerak selama 33 tahun dalam industri penerbitan dan percetakan negara yang hanya bermula dengan dua majalah dan kini menerbitkan 28 majalah, termasuk akhbar Sinar Harian.

Beri hak mengundi kepada rakyat: Zaid

Malu dengan INDONESIA yang pegawai kedutaan datang ke pejabat untuk memberi borang /kertas undian kepada karyawan mereka semasa Pemilihan Presiden Indonesia tempohari. Borang tersebut diserah kepada HR untuk diserah kepada karyawan mengundi dan dimasukkan kedalam sampul - ha... baru nama undi pos dan disealkan kemudian diserahkan kepada pegawai kedutaan kembali. Kita? Undi POS pun sorok-sorok, umumkan last minit patut boleh umum awal. Indonesia lagi jauh kedepan bab mengundi nih.

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia di luar negara digesa menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan hak mereka untuk mengundi bagi membina semula negara ini melalui pendekatan dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR). 

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai rakyat mereka berhak menjalankan tanggungjawab itu walaupun berada jauh di luar negara sekali gus meleraikan definisi ‘Pengundi tidak hadir’ yang diguna pakai sebelum ini. 

Zaid dalam ucapannya di majlis pelancaran Sahabat Pakatan Rakyat (SPR) di Holborn, London, baru-baru ini dipetik sebagai berkata, selama dua dekad Malaysia berada di bawah pimpinan kerajaan UMNO, negara ini kian lemah. 

“Perlembagaan hari ini semakin parah akibat penyalahgunaan kuasa serta kepentingan politik yang semakin berleluasa. Kita telah kembali kepada krisis Perlembagaan Malaysia 1988 di mana keberkesanan undang-undang negara ini semakin tipis dan telah dikurangkan. 

“Sebuah negara yang bersandarkan kepada perlembagaan kini menuju ke arah negara yang gagal. Ini bukan dilema Melayu, Cina, India, Iban, kadazan atau Senai, tapi ini adalah dilema kebangsaan,” katanya. 

:Sekiranya rakyat menyokong PR katanya, parti itu berjanji akan membawa perpaduan yang sebenar kepada Malaysia dengan membasmi rasuah, memulihkan pentadbiran dan memupuk kembali semangat berperlembagaan.

APABILA ALAM MUSNAH, ALAM MELAWAN BALIK


Mat Repek akhirnya tumpas


MAT REPEK tumpas dengan ubat pelali sebelum ditangkap semalam.

PASIR MAS - Selepas merosakkan tanaman penduduk serta sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang pada Sabtu lalu, 'Mat Repek' akhirnya ditangkap semalam.
Gajah liar tersebut rebah selepas ditembak ubat pelali oleh sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Batu Tiga, Repek dekat sini pada pukul 11 pagi.Pengarah Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Fatah berkata, gajah jantan yang berusia hampir 20 tahun dan dianggarkan seberat empat tan itu dipercayai telah terkeluar daripada kumpulannya sebelum tersesat ke kawasan berkenaan.
Menurutnya, gajah tersebut yang mempunyai diameter kaki 0.4 meter dipercayai berasal daripada kumpulan gajah Jedok, Tanah Merah yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada tempat ia ditangkap.
"Kita percaya gajah ini merupakan seekor daripada tiga ekor kumpulan gajah tersebut dan telah tersesat kerana ketika ini musim buah-buahan dan ia tertarik dengan bau wangi buah-buahan."Kita menerima laporan sebelum ini mengatakan gajah tersebut telah merosakkan tanaman dan sebuah rumah di Kampung Banggol Petai, Rantau Panjang kemudian ke kawasan Lubok Tapah sebelum dikesan berada di kawasan ini," katanya ketika ditemui semalam.

Putrajaya renews controversial APCO contract


By Shazwan Mustafa Kamal

July 06, 2010
KUALA LUMPUR, July 6 — The Najib administration has renewed its contract with the APCO Worldwide for another year, despite the firm’s alleged links with Israeli intelligence operatives.
Political foes have made the public relations consultancy’s work for the government a major focus point, as any link with Israelis is a taboo in Muslim majority nations.
It is understood that APCO has hired more local consultants for the new contract, which sources in the Prime Minister’s Department say is not as lucrative as the whopping RM76.8 million paid for the first year from July 15, 2009 to June 4, 2010 in exchange of its public relations services to boost Malaysia’s image internationally.
“The Najib administration has renewed its contract with APCO Worldwide for at least another year,” the government source told The Malaysian Insider.
It is understood approval in principle was given a few weeks ago, with both sides told to keep it confidential due to the opposition uproar over the firm’s links to former Israeli agents.
The source also told The Malaysian Insider that the conditions of the newly-signed contract differed from the deal.
“This time around, the agreement between APCO and Malaysia is more open-ended. Under the new deal, both sides have an option to terminate the agreement at any given time before the contract expires in approximately a year’s time,” said the source.

Monday, July 05, 2010

"Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra" - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran.
Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu. (Alasan kenapa ditolak? Kenapa tak boleh diperincikan kah?) 
“Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’ jelas Musa.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu. Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan.
Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis. (Kita tunggu jawapan dari Pejabat Peguam Negara pula)

Cerita Dolu Dolu