Banyak buku tapi tak hayati buat apa? Hayati yang ada tu dulu..... Ooooo.... mungkin boleh tulis buku baru Keharusan Judi Dalam Islam kot?
KUALA LUMPUR: Lebih banyak buku tentang sejarah dan masyarakat Islam di Asia Tenggara perlu diterbitkan bagi mewujudkan kesedaran generasi akan datang tentang perkara itu, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini. LAGI
Beliau berkata walaupun buku tentang topik itu telah banyak diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun ia juga perlu diterbitkan di negara ini bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang warisan tempatan dan menangkis gambaran salah tentang umat Islam yang sering dipaparkan oleh media Barat.
"Oleh itu, industri buku Malaysia perlu memberi penekanan terhadap usaha menulis dan menerbitkan hasil penemuan tentang warisan tempatan dan asal usul budaya," katanya ketika melancarkan tiga buku tulisan penulis Pakistan di Muzium Islam di sini.
Buku berkenaan, 'Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca', 'Life of the Prophet Muhammad S.A.W (May Peace Be Upon Him)' dan 'Philosophy of the Quran', adalah hasil karya Allahyarham Hafiz Ghulam Sarwar.
Rosmah berkata tulisan Sarwar tentang sejarah Islam merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada budaya dan warisan Islam tempatan.
Dilahirkan pada 1873 di Lahore, Pakistan, Sarwar menghabiskan usia mudanya di Pulau Pinang sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu dari 1900 hingga 1928.
Pengarang beberapa buku tentang Islam dan perbincangan antara agama ini meninggal dunia pada 1954. - BERNAMA
Saturday, May 29, 2010
Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal
TAJUK BERITA AKU : Industri kecil-kecilan tak layak dapat sijil HALAL.
Bagus tu bagus, tapi cuba pi settlekan kes pakcik yang bisnes dia dah takde termasuk pendapatan ibu tunggal kat tempat MENTERI PERTANIAN? Sebab produk yang walaupun dihasilkan lebih 20 tahun dek kerana takde sijil halal dari JAKIM, PLUS tak benarkan jual lagi dah di R&R. Itu memang bukan salah PLUS.
Kalau sapa kata itu kes terpencil, masuk selipar dalam mulut dia aje. Aku ingat lagi sepuluh tahun lepas ada kot, rakan aku cuba buat bisnis frozen food (apa ke nama kuih tu aku dah lupa tapi sejenis kuih di Tganu). Pasaran yang dia cuba masuk adalah TESCO serta GIANT, TETAPI tidak dapat sebab takde sijil HALAL. Bila dia pi JAKIM? Soalan standard agaknya...... ada kilang? Industri kecil-kecilan apatah lagi kalau buat kat rumah, tak layak dapat sijil HALAL lah agaknya.
Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal
28/05/2010 3:05pm
ALOR SETAR 28 Mei — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal dan tidak hanya hab halal bagi produk makanan.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pengeluaran produk makanan halal kepada beberapa negara terutama Thailand tetapi kerajaan tidak mahu fokus halal hanya kepada produk makanan sahaja tetapi juga produk lain.
Beliau berkata, berbanding negara lain yang produk halal mereka adalah makanan, Malaysia turut memiliki produk-produk kosmetik dan farmaseutikal yang halal selain proses pembuatan produk halal adalah mematuhi syariah.
"Selain produk dan pembuatan produk, kita juga pastikan proses seperti pembungkusan dan logistik mematuhi syariah. Produk-produk halal kita adalah 100 peratus halal dalam aspek logistik...dari kilang sampailah kepada pengguna.
"Produk (halal) kita mempunyai piawaian yang tinggi dan diterima baik di seluruh dunia. Kerana itu pasaran halal kita berkembang dengan pesat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara di sini hari ini. - Bernama

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
7:09 AM
0
comments
Labels:
Ekonomi
Lesen judi sukan: Jais minta Khalid jangan serang
Dah dua minggu semenjak isu JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA ni kecoh tapi takde lah pulak dengar khutbah sebut. Kalau takut sebut direct pun, kenen-kenen sikit pun takpe lah. Aku check kat dalam website JAIS untuk lihat Khutbah - contoh hari ini fasal Nikah Kahwin..... Imam baca khutbah tadi pun sejibik macam dalam website tu jugak. Isu nasional - itu statement mengelak namanya. Kurang-kurang pun keluar statement - " JAIS harap PBT tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi Boal Sepak nanti" Atleast dah lepas lah jugak.... ni? mana? Janganlah sebut judi itu haram - budak kecik pun greti sebut. Bukan isu serang tapi mintak jelaskan pendirian JAIS yang bukan pendirian umum.......
Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.
“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?
Bacalah lagi di sini.
Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.
“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?
Bacalah lagi di sini.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
12:34 AM
0
comments
Labels:
Judi Haram dan Judi Halal?
Friday, May 28, 2010
Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin
Ini semua hati dan perangai UMNO masih kuat. Aku tahu perasaan apabila jadik AJK dulu dulu..... Ketua cabang semua ini hendaklah didedahkan dan PASTIKAN mereka ini tiada yang dipilih menjadi calon pada PRU akan datang. Kalau takde langsung letak tunggul jadi calon.
Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin
KOTA BAHARU - Demi mengekalkan kuasa dalam parti, terdapat pemimpin peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menyekat kemasukan ahli baru.
Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang mahukan kepimpinan parti lebih komited kepada rakyat dan parti.
Beliau berkata, perbuatan menyekat kemasukan anggota baru di dalam parti sekali gus menyekat perkembangan parti.
"Di peringkat cabang kita mahukan pemimpin yang tidak menyekat kemasukan anggota-anggota baru serta menahan perkembangan parti semata-mata kerana hendak menjaga kedudukan masing-masing.
"Kita mahukan pemimpin yang boleh memberi pimpinan dari segi idea serta kerja dan mampu menyatupadukan parti," katanya ketika berucap merasmikan kongres Angkatan Muda dan Wanita parti di sini malam tadi.
Syed Husin berkata, bagi melahirkan pemimpin yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat dan parti, PKR perlu memberikan latihan dan kursus kepada anggotanya.
Justeru beliau menggesa Angkatan Muda dan Wanita parti segera merancang dan melaksanakan program latihan itu.

11:21 AM
0
comments
Labels:
Politics
Pemandu Cadang Naik Harga Petrol 15 Sen, Diesel 10 Sen
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing 15 sen serta 10 sen bagi setiap liter untuk mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Perkara tersebut dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala ketika membentangkan cadangan rasionalisasi subsidi pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut dikemukakan setelah Pemandu menjalankan kajian terhadap impak subsidi ke atas ekonomi global.
“Kita mencadangkan agar harga petrol (RON 95) dinaikkan sebanyak 15 sen daripada RM1.80 seliter kepada RM1.95 seliter antara Jun dan Disember tahun ini.
“Manakala, bagi diesel pula, harga yang telah disubsidi ialah RM1.70 dan kita mencadangkan supaya harganya dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM1.80 seliter,” katanya.
Tambahnya, langkah yang tidak popular itu terpaksa diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pusat.
MAHAZA SAID : Kenapa tak cari punca defisit. Takkan kerana subsidi. Alasan tak munaserawak betul.
Pada ketika ini kerajaan telah memberikan subsidi sebayak 44 sen bagi RON 95. “Kerajaan telah menampung subsidi diesel sebanyak 40 sen bagi setiap liter yang dijual di setiap stesen minyak di seluruh negara.
“Bagi Gas Petroleum Cecair (LPG) yang berharga RM24.50, pula kita harap agar ia akan dinaikkan kepada RM27,” katanya.
MAHAZA SAID: Gas naik juga - sah ler kedai makan naikan rega jualan - kos penghantaran naik (rega minyak naik) Kos makanan naik sebab kos memasak (rega gas) naik - kena tukar dapur kayu lah kot?
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.
“Kita mahu rakyat yang berpendapat rendah benar-benar menikmati pemberian subsidi yang diberikan ini.
MAHAZA SAID: KAH KAH KAH KAH - Kalau rakyat berpendapatan rendah naik basikal, apa kena dengan rega petrol naik? Kalau pakai dapur kayu apa kena dengan gas naik? kalau rega barang naik dia tak kira miskin kaya dah. Lain ler KORANG yang banyak elaun itu ini....
“Oleh itu, kerajaan sedang merangka mekanisme terbaik agar langkah pengurangan subsidi bahan bakar ini tidak membebankan orang ramai,” katanya.
MAHAZA SAID: Kah kah kah kah - statement standard : tak membebankan orang ramai. Kenaikan harga petrol apatah lagi diesel menyebabkan kenaikan harga barang keperluan disebabkan isu kos (walaupun transporter boleh dapat subsidi khusus untuk diesel (tak tahulah kalau kali ni takde langsung). Turunkan harga minyak, harga barang tak turun dah..... ingat lagi bila minyak naik RM2.70 seliter? Apa jadi?
Idris berkata, pada ketika ini adalah masa yang sesuai untuk kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel memandangkan harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 (RM235.70) setong.
Jelas beliau, nilai subsidi bahan bakar yang ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak 5.0 hingga 44 peratus daripada defisit fiskal Malaysia dan jumlah tersebut adalah satu beban yang besar kepada negara.
“Malaysia menggunakan lebih banyak bahan bakar berbanding negara-negara lain di rantau ini dan rakyat perlu sedar yang kita adalah antara negara bersubsidi paling besar di dunia.
Kenapa kita guna bahan bakar tertinggi> Betul ke?
“Kita juga perlu tahu perbezaan antara harga di pam dan pasaran sebenar telah disubsidikan,” katanya.
Beliau berkata harga minyak mentah yang pada dijangka terus meningkat kepada AS$75.37 (RM247.96) tahun ini.
Oleh itu beliau menegaskan bahawa subsidi bahan bakar yang dinikmati oleh rakyat perlu disemak semula agar ia dapat memberikan manfaat terutamanya kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan tinggi.
"Malaysia akan menjadi pengimport bersih produk petroleum menjelang 2011 dan jumlah subsidi akan meningkat kepada kira-kira RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa semua langkah pengurangan subsidi bahan bakar yang dicadangkan oleh Pemandu belum dimuktamad dan dipersetujui oleh jemaah menteri.
“Harus diingat ini hanyalah cadangan daripada Pemandu dan mereka yang telah kita pilih untuk melakukan penyelidikan selama enam minggu di dalam makmal rasionalisasi subsidi.
“Kabinet belum lagi membuat keputusan untuk terima atau menolak cadangan ini. Pemandu hanya memberi cadangan dan menerima maklum balas daripada orang ramai mengenainya,” katanya.
MAHAZA SAID : Yelah tu. Kabinet belum tentu terima yer....
Selain pengurangan subsidi bagi bahan bakar, Pemandu turut mencadangkan pengurangan subsidi dalam sektor pendidikan, perubatan, makanan, kadar tol serta beberapa sektor yang lain.
Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.
Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
MAHAZA SAID : Disebabkan FOMCA bersetuju jadi sebagai mewakili pengguna, semua rakyat setuju lah akhirannya - Minoriti pver Majoriti.
KHARGHHH PETWUI!!!!

12:20 AM
0
comments
Labels:
Ekonomi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerita Dolu Dolu
-
▼
2013
(15)
- ► April 7 - April 14 (1)
- ► March 17 - March 24 (2)
- ► March 10 - March 17 (1)
-
►
2012
(121)
- ► July 15 - July 22 (1)
- ► July 1 - July 8 (4)
- ► June 24 - July 1 (5)
- ► June 17 - June 24 (3)
- ► June 10 - June 17 (5)
- ► June 3 - June 10 (5)
- ► May 27 - June 3 (4)
- ► May 20 - May 27 (1)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► May 6 - May 13 (2)
- ► April 29 - May 6 (5)
- ► April 22 - April 29 (6)
- ► April 15 - April 22 (10)
- ► April 8 - April 15 (2)
- ► April 1 - April 8 (9)
- ► March 25 - April 1 (5)
- ► March 18 - March 25 (2)
- ► March 11 - March 18 (7)
- ► March 4 - March 11 (5)
-
►
2011
(346)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 17 - July 24 (3)
- ► July 10 - July 17 (3)
- ► July 3 - July 10 (5)
- ► June 26 - July 3 (3)
- ► June 19 - June 26 (5)
- ► June 12 - June 19 (8)
- ► June 5 - June 12 (6)
- ► May 22 - May 29 (2)
- ► May 15 - May 22 (3)
- ► May 8 - May 15 (4)
- ► May 1 - May 8 (6)
- ► April 24 - May 1 (4)
- ► April 17 - April 24 (9)
- ► April 10 - April 17 (10)
- ► April 3 - April 10 (12)
- ► March 27 - April 3 (8)
- ► March 20 - March 27 (6)
- ► March 13 - March 20 (2)
- ► March 6 - March 13 (18)
- ► February 27 - March 6 (18)
- ► January 30 - February 6 (18)
- ► January 23 - January 30 (18)
- ► January 16 - January 23 (34)
- ► January 9 - January 16 (15)
-
►
2010
(1018)
- ► October 31 - November 7 (27)
- ► October 24 - October 31 (36)
- ► October 17 - October 24 (32)
- ► October 10 - October 17 (36)
- ► October 3 - October 10 (20)
- ► August 29 - September 5 (33)
- ► August 22 - August 29 (59)
- ► August 15 - August 22 (33)
- ► August 8 - August 15 (37)
- ► August 1 - August 8 (46)
- ► July 25 - August 1 (46)
- ► July 18 - July 25 (50)
- ► July 11 - July 18 (43)
- ► July 4 - July 11 (28)
- ► June 27 - July 4 (34)
- ► June 20 - June 27 (15)
- ► June 13 - June 20 (22)
- ► June 6 - June 13 (44)
- ► May 30 - June 6 (34)
- ► May 23 - May 30 (27)
- ► May 16 - May 23 (20)
- ► May 9 - May 16 (21)
- ► May 2 - May 9 (2)
- ► April 11 - April 18 (2)
-
►
2009
(54)
- ► August 2 - August 9 (6)
- ► July 26 - August 2 (4)
- ► July 19 - July 26 (4)
- ► July 12 - July 19 (2)
- ► July 5 - July 12 (2)
- ► June 28 - July 5 (1)
- ► June 7 - June 14 (2)
- ► May 31 - June 7 (2)
- ► May 24 - May 31 (1)
- ► May 10 - May 17 (4)
-
►
2008
(13)
- ► June 8 - June 15 (1)
- ► June 1 - June 8 (1)
- ► May 11 - May 18 (1)
- ► May 4 - May 11 (1)
- ► April 27 - May 4 (1)
- ► April 13 - April 20 (1)
-
►
2007
(10)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► March 4 - March 11 (1)
-
►
2006
(18)
- ► July 23 - July 30 (1)
- ► May 14 - May 21 (1)
- ► May 7 - May 14 (1)
- ► April 2 - April 9 (1)
- ► March 26 - April 2 (1)
- ► March 19 - March 26 (2)
-
►
2005
(83)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 24 - July 31 (1)
- ► June 5 - June 12 (2)
- ► May 29 - June 5 (1)
- ► May 22 - May 29 (4)
- ► May 15 - May 22 (2)
- ► May 8 - May 15 (5)
- ► May 1 - May 8 (4)
- ► April 24 - May 1 (11)
- ► April 17 - April 24 (3)