Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 06, 2009

RON 95 atau RON97?

Seperti dah semua maklum, rega minyak dah naik lagi.... naik ke turun ke entah penin kepala....

Ramai bertanya pasal pilihan minyak ni. Seperti yang dapat kat e-mail, MTM (Motor Traders Malaysia) ada keluarkan senarai kenderaan yang boleh dan tak boleh guna RON95(kena pakai minyak mahal ye...)

Kesimpulannya : Kereta yang HIGH PERFORMANCE seperti TYPE-R atau M-BENZ SLK ataupun TURBO CHARGED jangan nak memandai pakai RON95. Cuma aku musykil macamana SUZUKI - SWIFT SPORTS dan GRAND VITARA takleh pakai RON95 tak taulah. Kebanyakan kereta boleh pakai RON95 kecuali geng-geng Peugeot kalu tak silap. Volvo mungkin ada kesan jangka panjang dari segi performance - kalau korang biasa henjut dari KL ke IPOH 1 jam, baik guna RON97.

Aku pun tanyalah mekanik aku sebab kereta aku tak tersenarai dalam list tu - dia cakap, dia pun tak pasti tapi sebab aku punya ESTIMA SUPER CHARGER, baik guna RON97 takut nanti ada effect jangka masa panjang. Aduhai......

NOTA KAKI: Oleh kerana travellinh allowance kat company guna harga minyak di pasaran sebenar, aku ngan staf aku nampaknya kena kira RM2.05/liter dan orang lain kena kira RM1.80. Memo terpaksa di keluarkan sebab - dah ada yang dengan bangga dok hint kat staf HR - "Rega minyak dah naik!" - "boleh Blah! Ko naik motor macam ler takleh pakai RON95". Tu yang terpaksa tunjukkan list tu.... padan muka korang....

Friday, September 04, 2009

Insiden bakar bendera Malaysia

INSIDEN bakar bendera Malaysia, MPMN minta semua pihak bertenang
Hisyamuddin Che Ali-HARAKAHDAILY
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melahirkan nada kesal dengan tindakan berpuluh-puluh mahasiswa Indonesia yang menyerbu Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam dan melemparnya dengan telur busuk serta menaikkan bendera Indonesia di kedutaan terbabit. Menurut Metro TV, siaran televisyen Indonesia melaporkan bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Semalam seharian sibuk dengan TOP EXECUTIVE CONFERENCE di syarikat. Masa berborak dengan delegasi dari INDONESIA aku cakaplah.... dah ler kena buat kat sini terkejut (tahun lepas kat sini jugak)
BERGAMBAR BERSAMA PAK PURBA DARI SUGITY
- Bak kata Pak Purba,
"Ini semua gara-gara Nordin Mat Top" sebab tahun ini sepatutnya Indonesia jadi host tapi sebab kes pengeboman di Jakarta, postponed sebulan pas tu tukar terus dari Indonesia ke Malaysia.

Isu kat atas tu? kes malang bertimpa......

Thursday, August 27, 2009

Abdul Khalid kena langsai guna wang sendiri

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan isu saman RM66.67 juta oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berdasarkan kapasiti kewangan sendiri.
Katanya, perkara itu mata penting dan perkembangan kes samannya itu akan menjadi perhatian rakyat yang akan memberi pelbagai tanggapan akan keupayaan Menteri Besar Selangor itu.
"Kita tengok keputusan mahkamah nanti tetapi (Tan Sri) Abdul Khalid sepatutnya tidak perlu menunggu saman daripada Bank Islam untuk melunaskan hutangnya berjumlah RM66.67juta, jika beliau ahli korporat berjaya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Abdul Shukur tidak menolak kemungkinan wujud pelbagai persepsi dan persoalan dalam kalangan rakyat meskipun Abdul Khalid berjaya melangsaikan tuntutan saman itu.
“Beliau tidak boleh menolak pelbagai tanggapan rakyat bagaimana dia melakukannya. Jangan sampai jual atau gadai negeri semata-mata selesaikan bebanan hutang,” katanya.

Aku setuju apa kata Abdul Shukur ni. Memang seharusnya begitu dan Tan Sri Khalid takde alasan apa pun..... cuma..... seperti aku selalu berpesan-pesan. 1 - SELALU BERBAIK SANGKA.
Statement Abdul Shukur ni memberi satu lagi makna - orang kalau biasa buat jahat, dia anggap orang lain pun jahat macam dia jugak......

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan

MALAYSIAKINI
Salhan K Ahmad
Ogos 26, 09
5:14pm

Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.
Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".
"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.
"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).
Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.
Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80sebatan.
"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.
"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.
SETERUSNYA

MACAM TU LAH PAK MUFTI OOIII..... JANGAN LAH KOMEN POLITIK JER.....

Wednesday, August 26, 2009

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

HARAKAHDAILY
Wed | Aug 26, 09 | 10:44:28 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.
Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.
Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.
"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.
"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman. -

Ada, bukan takde

Isu Kartika: Biar mahkamah selesaikan, titah Tengku Abdullah
MUADZAM SHAH: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Baginda yang juga Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.
"Dengan berkat bulan Ramadan ini mungkin ia dapat diselesaikan,' titah baginda selepas berbuka puasa bersamasama penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam di sini, semalam.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan berhubung penangguhan hukuman sebat tersebut.
Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

dan ini juga

Hukuman fizikal ke atas wanita sepatutnya jadi pilihan terakhir - Najib
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Perdana Menteri berkata dalam pelaksanaan hukum syarak di negara ini, pihak yang berkenaan diingatkan supaya jangan menjadikan wanita sebagai mangsa.
"Terlalu banyak kes sama ada dalam kes tuntutan nafkah atau cerai yang mana wanita selalu menjadi mangsa dan tidak ada penguatkuasaan sama sekali dari segi keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Wanita Kebangsaan 2009 di sini semalam.
Najib berkata rasa simpati, belas kasihan dan proses tarbiah merupakan intipati ajaran Islam yang menjadi ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, dan ajaran itulah yang harus menjadi ikutan umat Islam pada masa kini.

SELAIN UST ASRI, MANA ULAMA-ULAMA KER MUFTI KER.... SOKONG KE IDAK FATWA PM NI? ATAU UST ASRI LEBIH TEPAT? KASIK LER KOMEN SEKALI

Cerita Dolu Dolu