Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 16, 2006

Topik-topik menarik

Hari Raya Aidil Adha
Tanggal 10 Januari 2006 adalah hari raya aidil adha atau hari raya korban. Surau Al-Husna Seksyen 20 telah menumbangkan 4 ekor lembu. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini ramai ahli kariah turun membantu. Mungkin sebab cuti yang pendek kerana 11 hb kerja ataupun, sebab poket dah nipis baru habis anak-anak ke sekolah... macam jiran aku cakap. Walaupun sepatutnya lebih 5 ekor, kerana takut tiada pembantu maka terpaksa di tutup dengan 1 ekor di simpan untuk hujung bulan kerana 7 bahagian aqiqah jadi masih boleh postpone lah kan.
Bermula dari jam 09:30 pagi setelah selesai solat Eid-Adha, kerja melapah, menimbang serta memasak selesai sebelum Zohor. Kira cepat juga. Saya juga mengambil bahagian kali ini dan untuk itu, kerja pegang tengkok lembu diberi pada saya. Tahun ini juga kelihatan ramai anak-anak muda yang baru lepas SPM turut serta belajar cara melapah. Alhamdulillah! Sudah ada penganti bagi kami golongan yang meningkat usia. Saya cuma dapat kerja mengarah - ha ha ha... tunjuk cara kepada anak-anak muda tersebut sebab dah tak boleh pegang dah, orang ramai walaupun setiap tahun selalunya saya turun tangan sepenuhnya.
Pada waktu tengahari setelah selesai, kembali kerumah untuk mandi-manda dan rakan-rakan datang ke rumah bertandang. Khusus untuk mereka yang tiada kampung atau malas balik kampung. Masakan hari itu adalah ketupat pulut, rendang daging, nasi impit berserta kuah lodeh dan sambal. Kek cokelat serta caramel pudding hasil air tangan orang rumah.
Pada jam 2:30 setelah rakan pulang, adik ipar dan ibu mertua pula datang. Masa tu dah sibuk untuk bersiap-siap menghantar anak pulang ke asrama. Bertolak ke Sabak Bernam jam 3:30 petang, sempat tiba di sana pada jam 5:30 petang.... jalan baru membantu walaupun dah perasan kereta menuju ke KL agak banyak hari itu. Jam 6:15 setelah solat di Petronas Sabak Bernam, bertolak ke Shah Alam. Jam 6:40 sudah tiba di daerah Sekinchan. Well, rasanya jam 8:00 boleh sampai Shah Alam kot? Rupanya, lampu isyarat di Tanjung Karang memberi impak kepada kehadiran kereta yang banyak. Jam 9:00 mlm baru lepas lampu isyarat di Pekan Tanjung Karang. Berhenti di KFC sebab dah lapar giler.... nasib baik berdua dengan Aiman saja. Selepas Kuala Selangor, cilok jalam ke Ijok.... pun jem jugak sebab jambatan belum siap di Pekan Ijok. Berhenti solat di masjid pada jam 11:00. Akhirnya pada jam 12:00 tengah malam, tiba juga di Shah Alam.... kena cari alternatif bila musim perayaan.... ada dua jalan pilihan..... kena try test dulu baru tau....
World Apart
Antara siri terbaru yang ditayangkan di AXN. Sudah beberapa siri di tayangkan. Ianya menunjukkan sebuah keluarga di Amerika bercuti ke suatu tempat di dunia yang terpencil. Di Malaysia, mereka tidak pergi ke tempat percutian di Langkawi atau Tioman tetapi duduk di rumah panjang, Iban dan hidup seperti mereka. Begitu juga ada yang pergi ke India, Mongolia dan banyak tempat lagi. Terbaru sekeluarga pergi ke Morocco (Maghribi). Dari Casablanca, mereka perlu bergerak ke perkampungan yang berusia ratusan tahun 5 jam menaiki kenderaan pacuan 4 roda, dan naik keldai 2 jam lagi selepas itu. Walaupun lewat sehari sebab jalan tidak boleh di lalui akibat hujan lebat. Kisah hidup mereka bersama keluarga host tersebut seperti kisah sebelum itu juga tetapi sesuatu menyentuh hati saya.
Bapa kepada keluarga ini merupakan superintenden Chicago Park yang sentiasa bergayut kat telefon.... bekerja 60~80 jam seminggu... masa untuk keluarga cuma pada hari Ahad tetapi itu pun masih terganggu oleh panggilan telefon. Perkara paling besar mereka pelajari selain lebih mengenali umat Islam (biasalah impression Americans ni pada umat Islam kan, terutama apabila melihat isteri host tersebut, Amina amat open-minded dan tidak terkongkong seperti gambaran mereka - gambaran salah mengenai Islam) adalah, bapa tersebut belajar mengenai family values - perlunya bersama anak-anak yang hendak membesar - before its too late. Sekembalinya mereka (dan ini rasanya pertama kali sebab sebelum itu habis begitu sahaja) sesudah 6 minggu, mereka masih rindukan keluarga di Morocco tersebut. Ibu (Pepsi addict) mendapat kerja dan bapa telah berhenti kerja dan mencari kerja lain yang lebih relax(?) untuk mendapatkan masa yang lebih panjang bersama keluarga.
Rakyat Malaysia amnya sudah mula cenderung ke arah tersebut. Kesibukan ibubapa dan tumpuan yang semakin berkurangan terhadap anak-anak merubah cara hidup. Apakah kita perlu tinggal bersama mereka yang serba kekurangan (di mata kita) untuk kita menyedari kekurangan sebenar kita?
Tinggal di Asrama
Apabila melihat anak saya tinggal di asrama, membuat saya mengimbau kenangan semasa saya berada di SAS. Sesuatu yang jelas, banyak kemudahan yang di rasai oleh anak-anak telah tidak dapat di rasai di asrama. No more PS, no more Astro. Jika dulu tinggal di asrama seperti kemewahan tetapi tidak lagi sekarang. Mungkin sebab itu ramai yang menolak untuk tinggal di asrama agaknya. Selain dari itu, kemudahan barang-barang juga memberi kemudahan kepada anak-anak. Dulu mana ada fitted bedspread, mana ada bed cover (anti dust mite), semua belasah aja apa yang ada. Isu HP boleh bawa ke sekolah juga memberi kesan. Saya setuju jika di benarkan pada sesuatu keadaan seperti disimpan oleh warden dan cuma digunakan dibawah pemerhatian warden atau guru. Ianya sekurang-kurangnya memberi rasa ketenangan kepada ibu bapa. Sudah tentu juga, saya akan lebih kerap melawat sanak-saudara saya yang berhampiran asrama anak saya... bak kata Wak saya semalam "Kalo ko beritau ko nak datang, aku pegi tangkap burung wak-wak untuk ko orang" .

Friday, January 06, 2006

Happy New Year 2006

Huh, lambat nyer update. . . dah masuk hari ke 6. Sebenarnya nak masuk 2006 agak kecoh sedikit kerana beberapa perkara.
1 - Adli Harith belum confirm sekolah until 30 hb Disember 2005. Dapat dua pilihan iaitu Sekolah Menengah Agama Muhammadiah, Pekan Sabak dan SMK Sek 18. Sek 18 tak dapat asrama dan setelah difikirkan, maka buat jelajah dan plan pergi ke SMAM untuk melihat fasiliti sekolah.
2 - 31 hb dan 1 hb ada kenduri kahwin adik sepupu - Jumiati dengan Mohd Khairullah di Ampang. Tak pergi, tak boleh juga. . . so, decide nak pergi pada 31hb masa akad nikah dan berinai besar kerana 1 hb kena pergi SMAM juga.
Pada 31hb Disember 2005 bertempat di Masjid Lembah Jaya telah berlangsung majlis pernikahan dan persandingan antara Jumiati dan Mohd Khairullah. Sorry ye Ju, abang dan family tak dapat pergi hari bersanding. Kat rumah lelaki nanti pergi.
Hantaran pihak perempuan dengan hantaran bermotif kerang berwarna biru dan pihak lelaki bermotif warna merah. Selepas majlis akad nikah di langsungkan di Masjid Lembah Jaya, majlis berinai telah dilangsungkan. Sempat ler merenjis-renjis. . . sibuk jer aku. . .
1hb Januari 2006 - bermula hidup baru 40s. Ada jugak yang tanya, apa perasaan? Entah? Sama kot? Malam tersebut balik dari rumah pengantin, melalui KESAS, ramai orang dok parking di MRR2. Ingatkan apa, rupa-rupanya sedang menunggu persembahan bungaapi yang jelas boleh ditonton terutamanya di Ampang Point serta Pandan. kami tak berhenti sebab kena balik cepat. On the way, TING-TONG! dah pukul 12 tengah malam dan Selamat Tahun Baru 2006 dan mama dan adlis menyanyikan lagu Tahun Baru? Bukan, Lagu Selamat Hari Jadi. Balik dapat hadiah dari mama(birthday card with a dozen of Wilson Px3) dan adlis 2 helai baju. Yep, papa love you all.
Pada 1hb Januari kami sekeluarga bertolak ke Sabak Bernam untuk melihat fasiliti SMAM. Not bad. Fasiliti sukan termasuk gelanggang tenis, takraw, badminton serta padang bola. Dewan yang cukup besar, fasiliti asrama yang tidak terlalu sesak. Tandas dan bilik mandi juga lengkap berjubin bunga-bunga lagi. Surau yang juga cukup besar untuk menampung pelajar.
On the way balik, kami singgah di kedai Sinar Gemilang milik rakan mama yang telah beroperasi selama 3 tahun. membekal peralatan untuk membuat kek dan cookies. Rehat untuk solat di situ dan mama and adlis setelah membantu membuat kuih pau untuk jualan, telah menyediakan toppings untuk kek harijadi khas.
Well, the best birthday presents ever from mama dan anak-anak.
Cuma teringat dialog Syawal (P. Ramlee), Ahmad Albab apabila di bacakan kad jemputan ke majlis harijadi bapa mertuanya a.k.a R. Tompel "Dah nak mampus pun nak hadiah juga ka?"
Lagi gambar akan upload kemudian

Tuesday, December 27, 2005

Cuti Cuti Malaysia - Hampeh

Last weekend kitorang sekeluarga bercadang nak gi bercuti-cuti Mesia lah kan? So? Nak pergi mana? Ke laut? Ada sikit risau dan baju sekolah anak-anak belum beli pun lagi jadi pada 25 hb Disember 2005 kami telah muafakat untuk bercuti ketempat yang dekat aje.... Taman Tasik Perdana. Plan original - pergi Taman Rama-rama, lepas tu Taman Orkid kemudian Taman Rusa dan di akhiri oleh Planetarium Negara. Bukankah dekat dan banyak pilihan tempat untuk pergi? Taman Burung? tanya anak saya.... alah, ari tu kan baru pergi dengan nenek?
Semua bangun pagi dan mama dan bibik menyediakan juadah untuk di bawa ke sana sebab plan makan di Lake Garden aje.
So, bertolak pada jam 10:15 sebaik Aiman balik dari tusyen menuju ke KL. Tempat pertama seperti di rancang, Taman Rama-rama. Saya rasa spesis dan jumlah rama-rama di sini lebih banyak dan meriah dari di Taman Rama-rama Melaka. So, sesi mengambil gambar itu, ini pun berlangsung. Belanja masuk, RM25 (termasuk kamera). Okay lah tu. Masa beli tiket, penjaga tanya, nak beli makanan ikan? hmmm? bagi rama-rama ke? Rupanya ikan ikan Kap Jepun kat dalam tu, punyalah banyak dan besar-besar. Ada yang sepanjang 1 meter. Ada juga ikan keli yang saya rasa bukan ikan keli tempatan.... Harith kata, ni kalau masak cili sedap tak papa? Ha ha ha....
Next stop selepas lebih kurang satu jam dalam tu, Taman Orkid.... okay, kena parking di Taman Burung sebab Taman Orkid tiada parking.... plan nak beli satu dua pokok orkid - Tutup hingga Mac 2006 untuk penyelenggaraan. Takpe lah, bertolak ke Taman Rusa - tutup jugak. Jom pergi makan di Lake Garden.... lepak-lepak sambil makan omusubi telur dan tuna, hotdog, kentang dan kudap-kudap lainnya. Jam 13:00 hujan rintik-rintik maka bergerak ke tempat tertutup lah pula. Planetarium Negara! Tutup jugak!
Apalah diorang ni, takde masa lain ke selain waktu cuti sekolah nak tutup tempat yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar? Tension betul..... Terus pergi ke rumah mak mertua di Pandan Indah, solat dan lepas Asar balik ke rumah.
Isnin, 26hb pergi ke TESCO Shah Alam untuk membeli baju sekolah anak-anak. Itu pun sebab adik ipar nak datang tengahari dengan anaknya, Muhammad Khidir.
Malam, DiscoveryChannel menayangkan kajian oleh Geologist di tempat punca Tsunami - the epic centre. Menakutkan kerana tsunami berlaku kerana tolakan bumi se tinggi 17 kaki tetapi dengan kelebaran sehingga 750 km. Masih lagi tidak sempurna kerana plate tersebut masih ada yang belum beranjak/di tolak dan Padang yang mempunyai 1 juta penduduk bakal menghadapi tsunami jika baki plate itu di tolak seperti yang telah berlaku di kawasan Nias. Persoalannya, bila?
Next week plan nak ke Cameron Highland terpaksa di batalkan atas sebab hotel fully book, dan terlupa pulak, sepupu nak kawen, 1hb pulak tu... ceh.... dorang ni kut ye pun, takkan suh aku syer kek kot? macam tahun lepas.... ha ha ha pengantin suap aku kek....
Untuk gambar-gambar di Taman Rama-rama boleh klik kat sini

Tuesday, December 20, 2005

Menuju Akhir Tahun dan Tahun Baru

Hari ini 20hb Disember 2005 bermakna tinggal 10 hari lagi untuk menuju ke tahun baru 2006. Imbasan kembali tahun 2005 yang dipenuhi dengan suka dan duka.
Tahun 2005 dimulakan dengan perkabungan - tiada hiburan terlampau di KLCC atau Dataran Merdeka dan tiada pekik sorak serta bunga api kerana masih memperingati Tsunami 26 Disember 2004.
Selain itu tahun 2005 ku lihat dipenuhi dengan berbagai aktiviti keganasan dalam negeri. Kes rogol, bunuh, rompak dan ragut yang berleluasa memberi suatu persepsi.... apakah manusia sudah hilang nilai kemanusiaannya? Jika kes rompak dan ragut dibuat analisa, ianya mungkin berkait rapat dengan keadaan ekonomi. Walaupun kesan secara terus tidak kita lihat seperti mana yang pernah berlaku dalam tahun 1998 dan 2000 tetapi ianya menjadi pemangkin kepada berleluasanya jenayah. Syarikat yang pernah saya bekerja selama 6 tahun telah dirompak baru-baru ini. Terkejut juga menonton di TV kerana semasa saya di sana juga pernah berlaku kejadian cubaan merompak tetapi dapat dipatahkan dengan kecekapan pengawal keselamatan membunyikan siren amaran SECOM.
Kenaikan harga tol, minyak dan tambang pengangkutan awam pula memberi impak terhadap barangan pengguna. Walaupun harga siling barangan tertentu tetapi tetap memberi kesan kepada pengguna yang rata-rata tidak mendapat bonus atau kenaikan yang setara dengan kenaikan harga barangan serta minyak.
Menurut berita dari MEF dalam Business Times, tahun 2005 pekerja mendapat kenaikan 5.61% bagi eksekutif dan 5.69% bagi bukan eksekutif dimana semasa mesyuarat HR dalam group mempertikaikan data tersebut dan secara peribadi juga merasakan macam tidak berapa tepat.
Penutupan kilang-kilang pengeluaran juga berlaku yang membabitkan pembuangan pekerja. Tahun 2006 mungkin menerima kesan dari tahun 2005 seperti kenaikan gaji yang lebih rendah dari 2005 dan juga Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) bahkan penutupan kilang-kilang akan berterusan.
Tahun 2005 juga memberi berita sedih (?) kepada ku apabila secara rasminya syarikat ditutup dan berpindah ke Thailand. Ianya ada kaitan dengan penutupan satu lagi kilang pengeluaran di Bangi. Well, life must go on.... cari lain..... rezeki ada di mana-mana. Insyaallah. Ini bukan yang pertama pun. 1998 dah pernah rasa dah. Kesimpulan yang boleh diambil, elektronik dan elektrik semakin goyah akibat saingan dari negara China terutamanya dan Thailand serta Vietnam yang menawarkan insentif serta upah buruh yang lebih rendah selain pasaran domestik yang lebih besar.
Nasib baiklah Indonesia dan Filipina mempunyai masalah politik dalaman yang agak 'fragile'. Jika tidak, Malaysia tiada tempat langsung agaknya. Masa depan ekonomi dan pekerjaan mungkin bakal dicorakkan oleh perusahaan automotif yang menyediakan peluang dan kemahiran anak negeri bakal membantu syarikat/vendor-vendor baru automotif.
Tahun 2005 merupakan tahun yang agak stressful kepada kami ibubapa kerana anak menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA. Efek? Tahun 2005 tak sempat nak gi main golf langsung sebab weekends anak ada tiusyen. Alhamdulillah, anak ku mendapat keputusan yang baik untuk kedua-dua UPSR dan PSRA.
Kemunculan Mawi dalam AF3 memberi fenomena baru kepada dunia artis Malaysia dan ramai kaum kerabat ku meminati Mawi rupanya. Bila berkumpul, cerita lain takde lah, mesti cerita Mawi. Ada yang sanggup top-up Hotlink RM100 untuk berbuka bersama Mawi, ada yang pergi ke Malam Kenangan dan juga Pelancaran Album. Itu belum kira yang dok sibuk suruh dapatkan CD lah, Kad raya lah, Sampul raya lah.... nasib baik ada waiem membantu. Fenomena Mawi agak kuat dan paling menarik apabila EMI menghasilkan album kompilasi World Habis yang memuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mawi semasa di AF3 dan lagu baru - Aduh Tsumawi nyanyian Amuk. Bukan senang tu...
Fenomena Mawi juga membawa saya kepada persahabatan virtual dan realiti. Melalui blog-blog seperti SM, Klubkidd, Ilham dan banyak lagi memperkenalkan saya kepada rakan rakan maya bahkan bertemu seperti T_Rexx dan Guardian X selain waiem dan awie.
Tahun 2006 pula, bagaimanakah warna kehidupan pada tahun 2006? Anak akan masuk kesekolah menengah. Jika ke asrama, bakal berjauhan dan sudah tentu ada perbedaan tentang hubungan anak dan ibubapa. Tiada lagi full monitoring. Tahun 2006 juga akan merubah hala-tuju diriku kerana bakal bertukar tempat kerja dengan suasana yang berlainan serta industri yang berlainan. Cuma pengalaman diharap bakal membantu.
Jadi sebelum 2006 menjelang, 1 - next week nak pegi main golf dengan kawan. Makan angin - tak sure ke mana lagi. Kemudian nak banyak lepak kat surau pulak lah. Kena pulak awal tahun pada 10 Januari dah Hari Raya Haji.
For a start of 2006 sudah tentulah harijadi saya.... he he he.... gonna be 40s already.....

Monday, December 19, 2005

Babies on weekends

Hujung minggu telah dipenuhi oleh perjalanan ke Hospital dan rumah ibu saudara untuk melawat ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Sesudah kembali dari majlis perkahwinan di Taman Kesenian Islam Selangor, kami bergerak ke Gleneagles, Ampang untuk melawat rakan sekerja orang rumah. Tak bawa kamera pulak sebab anak dia lahir premature dan expect dalam incubator tapi bila sampai dia baru lepas menyusukan baby. Kelahiran baby perempuan melalui ceaserean tersebut telah selamat pada 8 Disember 2005.

Kemudian menuju ke rumah ibu saudara untuk melihat sepupu yang baru lepas bersalin pada hari Ahad 11 Disember 2005. Baby lelaki yang diberi nama Muhammad Rafiq Rashidi bin Ahmed Farid itu dilahirkan di Hospital Besar KL.

So, bila nak pergi melawat the new born, selalunya kenalah gak bawak hadiah kan? Tapi selalu juga yang hadiah ni standard, tak meriah bahkan bosan tetapi harga agak boleh tahan juga. Orang rumah come up with new (?) ideas dan hasilnya seperti berikut.

Bagaimana? okay tak? Hijau tu untuk baby boy dan yang kuning/pink tentulah untuk baby girl. Ada sesiapa berminat nak order? Boleh dibincangkan. Paling cute, itu teddy pakai topi.

Weekends sudahlah sibuk dengan kerja extra sebab contractor tak selesai lagi so, ingatkan nak rehat sambil gi tengok King Kong. Orang rumah informed, sampai Ahad semua full house. Cheh!!! Minggu ni ada kosong kot?

Minggu ni juga bermulalah secara rasmi tinggal 3 orang kat ofis ni. Tu tak kira AGM nak berangkat ke Thailand malam ni. Esok tinggal 2 orang.... boring gak tapi apa nak buat, LAYANZZZ

Cerita Dolu Dolu