Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 20, 2005

Menuju Akhir Tahun dan Tahun Baru

Hari ini 20hb Disember 2005 bermakna tinggal 10 hari lagi untuk menuju ke tahun baru 2006. Imbasan kembali tahun 2005 yang dipenuhi dengan suka dan duka.
Tahun 2005 dimulakan dengan perkabungan - tiada hiburan terlampau di KLCC atau Dataran Merdeka dan tiada pekik sorak serta bunga api kerana masih memperingati Tsunami 26 Disember 2004.
Selain itu tahun 2005 ku lihat dipenuhi dengan berbagai aktiviti keganasan dalam negeri. Kes rogol, bunuh, rompak dan ragut yang berleluasa memberi suatu persepsi.... apakah manusia sudah hilang nilai kemanusiaannya? Jika kes rompak dan ragut dibuat analisa, ianya mungkin berkait rapat dengan keadaan ekonomi. Walaupun kesan secara terus tidak kita lihat seperti mana yang pernah berlaku dalam tahun 1998 dan 2000 tetapi ianya menjadi pemangkin kepada berleluasanya jenayah. Syarikat yang pernah saya bekerja selama 6 tahun telah dirompak baru-baru ini. Terkejut juga menonton di TV kerana semasa saya di sana juga pernah berlaku kejadian cubaan merompak tetapi dapat dipatahkan dengan kecekapan pengawal keselamatan membunyikan siren amaran SECOM.
Kenaikan harga tol, minyak dan tambang pengangkutan awam pula memberi impak terhadap barangan pengguna. Walaupun harga siling barangan tertentu tetapi tetap memberi kesan kepada pengguna yang rata-rata tidak mendapat bonus atau kenaikan yang setara dengan kenaikan harga barangan serta minyak.
Menurut berita dari MEF dalam Business Times, tahun 2005 pekerja mendapat kenaikan 5.61% bagi eksekutif dan 5.69% bagi bukan eksekutif dimana semasa mesyuarat HR dalam group mempertikaikan data tersebut dan secara peribadi juga merasakan macam tidak berapa tepat.
Penutupan kilang-kilang pengeluaran juga berlaku yang membabitkan pembuangan pekerja. Tahun 2006 mungkin menerima kesan dari tahun 2005 seperti kenaikan gaji yang lebih rendah dari 2005 dan juga Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) bahkan penutupan kilang-kilang akan berterusan.
Tahun 2005 juga memberi berita sedih (?) kepada ku apabila secara rasminya syarikat ditutup dan berpindah ke Thailand. Ianya ada kaitan dengan penutupan satu lagi kilang pengeluaran di Bangi. Well, life must go on.... cari lain..... rezeki ada di mana-mana. Insyaallah. Ini bukan yang pertama pun. 1998 dah pernah rasa dah. Kesimpulan yang boleh diambil, elektronik dan elektrik semakin goyah akibat saingan dari negara China terutamanya dan Thailand serta Vietnam yang menawarkan insentif serta upah buruh yang lebih rendah selain pasaran domestik yang lebih besar.
Nasib baiklah Indonesia dan Filipina mempunyai masalah politik dalaman yang agak 'fragile'. Jika tidak, Malaysia tiada tempat langsung agaknya. Masa depan ekonomi dan pekerjaan mungkin bakal dicorakkan oleh perusahaan automotif yang menyediakan peluang dan kemahiran anak negeri bakal membantu syarikat/vendor-vendor baru automotif.
Tahun 2005 merupakan tahun yang agak stressful kepada kami ibubapa kerana anak menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA. Efek? Tahun 2005 tak sempat nak gi main golf langsung sebab weekends anak ada tiusyen. Alhamdulillah, anak ku mendapat keputusan yang baik untuk kedua-dua UPSR dan PSRA.
Kemunculan Mawi dalam AF3 memberi fenomena baru kepada dunia artis Malaysia dan ramai kaum kerabat ku meminati Mawi rupanya. Bila berkumpul, cerita lain takde lah, mesti cerita Mawi. Ada yang sanggup top-up Hotlink RM100 untuk berbuka bersama Mawi, ada yang pergi ke Malam Kenangan dan juga Pelancaran Album. Itu belum kira yang dok sibuk suruh dapatkan CD lah, Kad raya lah, Sampul raya lah.... nasib baik ada waiem membantu. Fenomena Mawi agak kuat dan paling menarik apabila EMI menghasilkan album kompilasi World Habis yang memuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mawi semasa di AF3 dan lagu baru - Aduh Tsumawi nyanyian Amuk. Bukan senang tu...
Fenomena Mawi juga membawa saya kepada persahabatan virtual dan realiti. Melalui blog-blog seperti SM, Klubkidd, Ilham dan banyak lagi memperkenalkan saya kepada rakan rakan maya bahkan bertemu seperti T_Rexx dan Guardian X selain waiem dan awie.
Tahun 2006 pula, bagaimanakah warna kehidupan pada tahun 2006? Anak akan masuk kesekolah menengah. Jika ke asrama, bakal berjauhan dan sudah tentu ada perbedaan tentang hubungan anak dan ibubapa. Tiada lagi full monitoring. Tahun 2006 juga akan merubah hala-tuju diriku kerana bakal bertukar tempat kerja dengan suasana yang berlainan serta industri yang berlainan. Cuma pengalaman diharap bakal membantu.
Jadi sebelum 2006 menjelang, 1 - next week nak pegi main golf dengan kawan. Makan angin - tak sure ke mana lagi. Kemudian nak banyak lepak kat surau pulak lah. Kena pulak awal tahun pada 10 Januari dah Hari Raya Haji.
For a start of 2006 sudah tentulah harijadi saya.... he he he.... gonna be 40s already.....

No comments:

Cerita Dolu Dolu