Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 11, 2012

Ujian pandu auto hanya kereta automatik

Komen saya : Amatlah bersetuju dengan cadangan ini kerana saya pernah perhatikan pemandu yang memandu kereta automatik menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kaki kanan untuk minyak dan kaki kiri untuk memberek. Apakah terjadi jika berlaku kecemasan? Adakah secara otomatik kaki kiri sahaja berfungsi atau kedua-dua akan menekan pedal yang ada. Saya semasa menggilap pemanduan anak saya selepas dia mendapat lesennya mengingatkan kaki kiri khusus untuk satu fungsi - menekan clutch. Jika kereta auto jangan guna. (Sudah tentu ujian memandu menggunakan kenderaan bergear manual)
Kengkadang kerap saya perhati dijalanraya kereta yang lampu bereknya menyala tetapi kereta masih meluncur laju. Ada sesetengahnya lampu berek rosak tetapi ada juga menunjukkan kaki kiri pemandu terletak diatas pedal berek. Apabila situasi ini berlaku saya nasihatkan anak saya agar memandu jauh sedikit atau memotong kenderaan tersebut jika boleh. Kenderaan seperti ini boleh membahayakan pemandu lain. 
Jika ada pemandu yang memandu sebegini diharap ubah cara pemanduan anda.

 IPOH – Mereka yang lulus ujian memandu dengan menggunakan kenderaan transmisi automatik hanya akan diberi lesen memandu kenderaan jenis itu sahaja.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengenalan lesen memandu kelas automatik itu merupakan penambahbaikan yang dibuat dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu yang bakal dilaksanakan sekitar Jun ini.
‘‘Apabila sistem baru itu dilaksanakan, pelatih boleh memilih untuk diuji dengan kereta transmisi manual atau automatik berbanding sistem sekarang yang hanya membenarkan kenderaan transmisi manual.
Ujian pandu auto hanya kereta automatik‘‘Jika diuji dengan kereta transmisi manual, mereka boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan tetapi jika diuji dengan transmisi automatik, mereka hanya boleh memandu kereta automatik sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum Corporation sebanyak RM69,000 untuk sebanyak 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan kurang upaya, sakit dan tua di sini hari ini.
Sebelum ini, Dewan Rakyat diberitahu, kerajaan bercadang membenarkan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu di negara ini melalui penambahbaikan yang terkandung dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.
Perubahan itu melibatkan beberapa pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 serta kurikulum pemandu, sistem ujian memandu dan memperkenalkan lesen memandu kelas automatik.
Ditanya mengenai kemungkinan kos ujian menggunakan kereta transmisi automatik lebih mahal berbanding ujian sedia ada, Cho Ha berkata, ia terpulang kepada orang ramai untuk memilih jenis ujian.
‘‘Ada pihak cakap ia melibatkan tambahan kos tetapi itu terpulang kepada pelatih sendiri sama ada hendak diuji dengan kereta transmisi automatik atau seperti sekarang. Ini satu pilihan, bukan paksaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya yang diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2007 telah mula dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun ini.
‘‘Mulai tahun ini, kita laksanakannya untuk pelajar tingkatan satu di sekolah menengah. Kita cadang untuk teruskan sehingga tingkatan empat,” katanya.

Tuesday, January 10, 2012

PALING PENTING PKR JUGA LAKSANA PLAN YG SAMA.

Setiap Calon DAP Hanya Tandingi Satu Kerusi Pada PRU Akan Datang - Karpal Singh
KUALA LUMPUR: Setiap calon DAP akan hanya bertanding di satu kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, Selasa.
Beliau berkata amalan baru itu bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi.
"Tiada lagi dua kerusi, tidak seperti masa kami, kami dulu tidak mempunyai calon yang mencukupi. Sekarang keadaan sudah berubah, kami mempunyai ramai calon dan kami mesti beri peluang kepada yang lain. Saya ambil serius isu ini, tiada lagi kerusi berganda dalam DAP," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.
Bagaimanapun kata Karpal, keputusan itu tidak meliputi Sabah dan Sarawak memandangkan DAP tidak mempunyai ramai calon di kedua-dua negeri berkenaan.
Ditanya sama ada parti lain dalam pakatan pembangkang akan melakukan perkara serupa, beliau berkata:
"Kami (DAP) tidak boleh campur tangan dengan pakatan, tetapi pakatan wajar mencontohi jejak langkah DAP."
Katanya walaupun beliau tidak boleh mendesak rakan sekutu DAP dalam pakatan melaksanakan langkah itu, perkara tersebut akan dibangkitkannya pada mesyuarat bulanan jawatankuasa eksekutif pusat bulan depan. - BERNAMA

Monday, January 09, 2012

AMEEN. . . . ADAKAH LEPAS INI AKAN BAWA KE MAHKAMAH SYARIAH?

MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR TAK BERSALAH
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas danmelepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.
Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

SOLAT HAJAT LEPAS ASAR LAGI? HASSAN ALI X JADI IMAM?

Sabda Nabi –sallallahu ‘alahi wasallam-; 
“Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam” (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

Perkasa Solat Hajat Mohon Tiada Kejadian Buruk Di Ibu Kota Esok
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang dan Perkasa akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai pada Jumaat.
"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Ibrahim turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan itu kerana ia akanmemberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara.
"Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PASSelangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat PAS dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.
"Sekiranya Datuk Hassan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu