Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 09, 2012

AMEEN. . . . ADAKAH LEPAS INI AKAN BAWA KE MAHKAMAH SYARIAH?

MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR TAK BERSALAH
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas danmelepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.
Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

SOLAT HAJAT LEPAS ASAR LAGI? HASSAN ALI X JADI IMAM?

Sabda Nabi –sallallahu ‘alahi wasallam-; 
“Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam” (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

Perkasa Solat Hajat Mohon Tiada Kejadian Buruk Di Ibu Kota Esok
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang dan Perkasa akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai pada Jumaat.
"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Ibrahim turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan itu kerana ia akanmemberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara.
"Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PASSelangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat PAS dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.
"Sekiranya Datuk Hassan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya. - BERNAMA

Thursday, December 22, 2011

ASPAN ALIAS DGN KUPASAN MENARIK FASAL HASSAN ALI

Alasan Hasan kenapa beliau tidak begitu sejalan dengan PAS ialah kerana PAS sudah jauh menyimpang dari perjuangan Islam kerana telah menumpukan perjuangan untuk negara berkebajikan. Dalam persoalan ini Hasan patut menjawab jika benar beliau sudah di lamar oleh UMNO, adakah alasan yang di sebut beliau itu relevan? Jika Hasan menyertai UMNO adakah beliau benar-benar percaya yang UMNO itu adalah parti Islam yang di cari-cari oleh Hasan? Soalan kepada Hasan lagi, adakah perjuangan untuk negara berkebajikan itu bukannya perjuangan Islam?

Wednesday, December 21, 2011

KHUTBAH MINGGU NI TIADA LAGI - "SGOR SEBAGAI NEGERI YG BERKEBAJIKAN'?

Hasan Ali Tolak Konsep Negara Berkebajikan
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pada Selasa menolak konsep negara berkebajikan, sebaliknya mendesak PAS kembali ke matlamat asal parti itu bagi menubuhkan sebuah negara Islam.
Menurut beliau, PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak tersasar daripada matlamat utama parti untuk memperjuangkan kepentingan Melayu, mempertahankan Islam dan memartabatkan Institusi Diraja.
"Siapa saja di luar PAS ataupun dalam PAS mesti letakkan parti di pancang asalnya. Perjuangan asas itu tidak boleh dipertikaikan... itu prinsip sebenar kita yang telah berpuluh-puluh tahun dipertahankan.
"Bahkan ketika di awal penubuhan parti, ketiga-tiga prinsip itu adalah perjuangan asasnya...tiangnya itu, dindingnya itu, bumbungnya itu, semuanya itu. Dalam menubuhkan negara Islam, tiangnya adalah al-Quran," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggir TTDI di sini, Selasa.
Bagaimanapun, untuk menubuhkan negara Islam, beliau berkata, masyarakat di negara ini memerlukan golongan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan berupaya menggarap nilai-nilai Islam dalam konteks kehidupan moden hari ini.
Malah, katanya, PAS tidak perlu melaksanakan konsep negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara hebat seperti Sweden, Norwary, Scandinavia, United Kingdom dan Australia yang terdiri daripada golongan berpendidikan sekular.
"Orang PAS tidak perlu menjalankan konsep ini. Dari pengamatan saya, PAS mula dikuasai golongan profesional yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahankan sejak penubuhannya.
"Jadi, kita perlu kembali ke matlamat asal yang sudah tersasar. Apa yang saya lakukan adalah untuk mengembalikan perjuangan parti yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah," katanya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, ketiga-tiga prinsip itu perlu didukung untuk mengukuhkan kedudukan PAS supaya parti itu tidak dilihat terumbang-ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangannya.
Ketika ditanya sama ada PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat, Hasan tidak pasti mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
"Perbincangan dengan lebih mendalam perlu dilakukan mengenai perkara ini. Pada saya, isu ini amat penting. Saya bertindak bukan atas sebab peribadi tetapi ingin melihat agama Islam, orang Melayu dan Institusi Diraja dimartabatkan," katanya.
Hasan berkata, beliau tidak berkeseorangan dalam hal itu kerana mendapat sokongan meluas daripada beberapa pemimpin dan penyokong PAS serta rakyat di negara ini.
"Bisikan-bisikan ini bukan datang dari saya seorang...mungkin di dalam PAS tidak ramai yang ingin keluarkan kenyataan ini. Mungkin Allah pilih saya untuk bertindak...saya pun tak tahu," katanya.
Sementara itu, beliau berpendapat, kerjasama yang terjalin dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat pada hari ini antara sebahagian faktor yang menyumbang kepada perubahan polisi dan tradisi parti itu.
"Memang benar, beberapa perkara perlu diubah suai apabila kita sertai PKR dan DAP tapi janganlah ubah suai Islam. Mungkin banyak faktor lain tapi apapun itu soal sejarah, saya tak nak sebut balik," katanya.

Cerita Dolu Dolu