Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, November 11, 2011

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan

November 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.
"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.
Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.
Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.
Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.
"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.
Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.
"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.
"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.
Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.
Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.
Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

Tuesday, November 08, 2011

KALAU HARI NI SAMPAI MALAYSIA? NO COMMENT. . . .

ISUNYA TERLETAK DISINI: 


Sepanjang tiga hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah bersamaan 7, 8 dan 9 November, jemaah melontar di Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqaba.


Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.



“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.



“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.



Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.


hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haram
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."



Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.



Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.



“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.



“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Monday, November 07, 2011

EIDUL ADHA YANG BERSEJARAH

Salam Eidul Adha. Surau Al-Husna menempa sejarahnya tahun ini 1432H dengan pertama kalinya solat Eidul Adha diadakan di surau. Ruang solat dalam dan luar dipenuhi oleh semua jemaah. Jumlah lembu korban juga mencatatkan sejarah apabila perancangan awal 7 ekor maksima telah bertambah dan bertambah sehingga menjadi 11 ekor. Walaupun begitu segala-galanya selesai tepat jam 12:45 dan makanan sempat dimasak untuk dimakan selepas solat Zohor. Alhamdulillah; segala-galanya dipermudahkan dengan cuaca yang juga nyaman.
jemaah sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Takiyuddin.

Saturday, November 05, 2011

APA PULA SELEPAS INI? FEEDLOT SAJA BOLEH BEKAL LEMBU?

Aidiladha: Tindakan tegas jika sembelih tanpa permit

November 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan korban sempena Aidiladha esok diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata ini kerana di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.
“Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas,” katanya dipetik Bernama Online.
Aziz berkata pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan mengejut di semua masjid dan surau serta tempat penyembelihan luar di seluruh negara pada Hari Raya Aidiladha.
“Pemeriksaan ini meliputi permit kebenaran, kebajikan ternakan, penyakit dan keselamatan daging korban yang akan diedarkan,” katanya.
Aziz berkata permohonan permit bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dibuat di pejabat JPV Kuala Lumpur di KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras di mana kaunter akan dibuka hari ini mulai pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang.
Beliau berkata pemohon perlu membawa bersama sijil kesihatan veterinar, yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.

Monday, October 31, 2011

CUBA TEKA BLOGGER MANA KTK MAKSUDKAN.

Koh Nafi Beritahu Blogger Akan Cabar Guan Eng Pada PRU Ke-13
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.
Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.
Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.
"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.
"Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM di Cheras dekat sini Ahad.
Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.
Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU ke-13 itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.
Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.- BERNAMA

Cerita Dolu Dolu