Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 08, 2011

DAN PAK SAMAD SAID PUN BERPESAN

Akhbar jadi 'gengster' tanpa media alternatif
Akhbar jadi 'gengster' tanpa media alternatif


KUALA LUMPUR - Rakyat khususnya golongan muda diseru menyokong sumbangan media alternatif yang memberikan gambaran sebenar mengenai situasi di negara ini.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, kewujudan media alternatif dapat menjadi pengekang kepada media arus perdana yang semakin 'samseng'."Saya fikir sumbangan akhbar alternatif ini mesti disokong kerana hanya melalui akhbar alternatif kita mendapat gambaran yang lebih berimbang, memungkinkan kita untuk menentukan apa sikap kita."Saya dapati bahawasanya tanpa media alternatif, akhbar arus perdana akan menjadi gengster," kata beliau sewaktu berucap merasmikan pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini, petang semalam.Kempen ini dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa bertemakan 'baca dan banding'.A. Samad yang lebih senang dipanggil Pak Samad, 76, juga berkata, media alternatif sangat sesuai untuk anak-anak muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat."Saya fikir media alternatif ini lebih untuk anak-anak muda, rakan-rakan kita yang lebih berilmu."Memang benar ia belum sampai ke desa-desa tapi saya fikir yang diperlukan ialah kelompok anak muda yang berilmu pengetahuan dan anak-anak muda inilah nanti yang akan berlegar, akan sampai ke ceruk-ceruk untuk memperjelas apa yang berlaku di negara ini," katanya di hadapan kira-kira 50 anak muda, majoritinya mahasiswa kampus sekitar Lembah Kelang.Ujarnya, tidak menjadi suatu kerugian jika tidak membaca media arus perdana kerana laporannya hanya menyokong kerajaan dan mengakui sudah hampir satu tahun beliau tidak membaca akhbar arus perdana."Untuk pengetahuan anda sudah hampir satu tahun saya langsung tidak membaca akhbar arus perdana."Biarpun ada benda yang mungkin saya terlepas kerana tidak membaca akhbar arus perdana tapi saya rasa dengan tidak membacanya pun saya sudah tahu, jadi tidak rugi.

GOOGLE MAPS TUNJUK CARA NAK PEGI CALIFORNIA DARI JAPAN

Malas nak criter fasal politik dan isu semasa. Pi layan GOOGLE MAPS dapat jawapan dibawah ini. Nasib baik dia tak reti calculate dari KUALA LUMPUR nak ke JAKARTA. Ada sesiapa nak mencuba?

Wednesday, August 03, 2011

NI KERJA AGENSI PEKERJA ASING (SEBAB ITU TAK MAKLUM NAMA AGENSI)

'Kembalikan wang RM2.9 juta'
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2011/08/02

Peneroka rayu agensi bayar jumlah dikumpul melalui Tabung Tanam Semula MUAR: “Kembalikan wang tabung RM2.9 juta supaya kami boleh mulakan program tanam semula sawit,” rayu peneroka sebuah tanah rancangan dekat sini yang mendakwa agensi yang bertanggungjawab sehingga kini belum membayar wang berkenaan kepada mereka yang dikumpul melalui Tabung Tanam Semula sejak 1983.

Mereka sudah berusaha sejak tahun lalu bagi mendapatkan hak dari tabung berkenaan yang diwujudkan agensi rancangan tanah itu dengan potongan kira-kira RM86,000 setahun.

Apa yang menghairankan kumpulan peneroka terbabit, agensi terbabit mendakwa mereka tidak layak mendapatkan wang dari tabungan itu dengan alasan masih berhutang dengan agensi berkenaan, sedangkan kebanyakan peneroka sudah keluar dari rancangan itu mulai 2007 dan mendapat hak milik tanah, membuktikan mereka tiada sebarang tunggakan hutang. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tabung Tanam Semula Projek Bukit Kepong, Nasron Abd Wahab, 52, berkata mereka buntu apabila usaha menemui pengurusan agensi itu dan surat yang dihantar kepada pihak berkenaan sejak tahun lalu tidak dilayan dan sehingga kini tiada tanda penyelesaian. Katanya, kegagalan agensi terbabit mengembalikan wang tabung itu menyebabkan pendapatan peneroka berkurangan berikutan keadaan pokok sawit sudah tua dengan ketinggian mencecah 15 meter dan tidak lagi mengeluarkan buah yang baik. “Jika tak tanam semula dengan segera, pasti pendapatan kami akan terus merosot seterusnya kembali miskin. Bayangkan sebelum ini peneroka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan, merosot kepada RM1,800 apabila hanya mampu mengeluarkan dua hingga tiga tan sawit sebulan dan akan terus merosot. “Keadaan pokok sawit yang berusia 25 tahun bukan saja dikategorikan tua, sebaliknya tidak lagi ekonomik kerana hasilnya mula berkurangan, sekali gus memberi bebanan kepada pekebun,” katanya.

 Katanya, wang tabungan yang dituntut mereka daripada agensi terbabit potongan yang disimpan sejak 1983 oleh setiap peserta sepanjang berada di bawah pengurusan agensi itu bagi kegunaan tanam semula. Katanya, 102 daripada 152 peneroka peringkat 2 dan 3 memperoleh hak milik tanah dan keluar daripada pengurusan agensi itu mulai 2007, sepatutnya menerima sejumlah simpanan dalam tabung tanam semula itu bagi menanam pokok baru. “Kami hanya mahu hak kami iaitu wang daripada tabung yang dipotong agensi itu sejak 1983. Alasan peneroka masih berhutang tidak boleh diterima kerana kami sudah mendapat hak milik tanah selepas semua hutang dilangsaikan. “Kenapa hanya selepas kami keluar daripada pengurusan dan menuntut hak bagi tanam semula sawit, baru agensi itu menimbulkan soal hutang, sedangkan sebelum ini perkara berkenaan tidak pernah dibangkitkan,” katanya. Nasron berharap agensi terbabit dan kerajaan memberi perhatian terhadap nasib mereka bagi membolehkan peneroka mendapatkan wang tabungan itu untuk projek tanam semula, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan. 

IMAM HUFFAZ DARI GAZA, PALESTINE

Pada 8 Ogos 2011 bertempat di Surau Al-Husna, imam huffaz dari Palestine akan menjadi imam Tarawikh dan akan memberi tazkirah selepas solat witr. Sama-sama mengimarahkannya.

Monday, August 01, 2011

SUMBANGAN RAMADAN BAGI MASJID DAN SURAU DUN BATU 3

Sempena dengan siapnya Surau Al-Husna yang baru, YB Rodziah telah memilih Surau Al-Husna sebagai host  untuk majlis penyampaian sumbangan Ramadhan bagi Masjid dan Surau di Zon Batu 3 pada 30 Julai 2011.
Walaupun masih belum lengkap sepenuhnya Alhamdulillah, berkat 100% derma dan sumbangan korporat serta individu terutamanya dari penduduk setempat Surau yang asalnya dari sebuah kabin akhirnya mendapat Surau kekal setelah dapat mengumpulkan dana selama 8 tahun. Terima kasih kepada semua. Harapan kami FASA KEDUA meliputi bilik mandi jenazah. dapur dan tandas dapat dilaksanakan dalam masa terdekat walaupun untuk FASA #1 ini masih perlukan dana yang diharapkan dapat ditampung dalam bulan Ramadhan ini, Insyaallah.

Lagi gambar-gambar berkaitan boleh dilayari di Facebook Surau Al-Husna

Cerita Dolu Dolu