Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 28, 2011

TSUNAMI - Tempat Perlindungan Turut disapu Ombak. MENYAYAT HATI


Death toll in Miyagi tops that of Hanshin quake
The death toll in Japan's devastating March 11th earthquake has climbed to 10,872 people, with more than 16,200 missing.

The National Police Agency says the death count in Miyagi Prefecture alone is now 6,627. The figure surpasses that of the 1995 Great Hanshin Earthquake, in which 6,434 people died.

In Iwate Prefecture, 3,213 people have been confirmed dead, and in Fukushima Prefecture, 974.

As many as 8,030 bodies have been identified, and most of them have been handed over to relatives.

Police say the total death toll from the disaster is likely to rise much higher.
Sunday, March 27, 2011 23:44 +0900 (JST)
March 11th tsunami confirmed up to 13 meters high
The March 11th tsunami that hit Japan's northeastern coast was as high as 13 meters in the city of Rikuzentakata, Iwate Prefecture.

Researchers from the University of Tokyo and the Tokyo University of Marine Science and Technology said on Sunday that the tsunami reached a gymnasium one kilometer from the shoreline and climbed as high as 13 meters.

They also said they found the waves had touched the beams just beneath the roof of the 2-story building.

The municipality had designated the gym an emergency shelter. Many people who had gathered there to take shelter were swept away by the tsunami.

Researchers from Yokohama National University and the University of Tokyo said on Sunday that they confirmed the tsunami had reached about 10 meters high at a location along the coast of Kamaishi city, Iwate Prefecture.

The waves climbed over and partially destroyed a huge breakwater set up to protect the mouth of a bay in Kamaishi city.

Yokohama National University professor Jun Sasaki says evacuation plans should be reconsidered now that a tsunami exceeding previous estimates has hit the region.
Monday, March 28, 2011 05:54 +0900 (JST)

SURPRISE! BUAT MALU AJE POLIS AJE. 3 BIJI LAK TU. . .

DARI TWITTER  Mohamed Azmin Ali Menteri Dalam Negeri dan celaru dan sasau. Notis Seksyen 111 yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011. 

3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis

Chan Wei See | Mar 28, 2011 01:39:30 am

 
Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.
Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis.  Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan.  Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011.  Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah.  Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap.  Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis.  Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU. 

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis?  Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh.  Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"
Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

Saturday, March 26, 2011

Jangan la Hendaknya Dia Mohon Uni Sama Ngan Anak Aku....

Keputusan SPM: Miera Leyana Layak Belajar Undang Undang
Miera Leyana
PETALING JAYA: Walaupun enggan mendedahkan keputusan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya pada 23 Mac lalu, pelakon muda Miera Leyana yakin keputusan itu membolehkannya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang.
Bagaimanapun, kata pelakon filem Apokalips itu, dia masih mempertimbangkan sama ada untuk terus menyambung pengajian atau menumpukan perhatian dalam bidang lakonan yang kian berkembang.
"Alhamdulillah, keputusan SPM saya memuaskan dan boleh menyambung pengajian dalam bidang undang-undang seperti yang diimpikan.
"Cuma buat masa ini saya masih belum memutuskan untuk sambung belajar atau tangguhkan dulu kerana semakin sibuk dengan kerjaya lakonan," katanya kepada mStar Online, Jumaat.
Tambah gadis berusia 18 tahun ini lagi: "Menurut ibu saya, adalah lebih baik jika menumpukan perhatian pada salah satu bidang saja pada satu-satu masa.
"Jika hendak sambung belajar saya perlu ketepikan lakonan buat sementara waktu dan begitulah sebaliknya. Dia tidak galakkan saya lakukan dua kerja serentak."
Nama Miera Leyana melonjak serta-merta ekoran penampilannya yang seksi ketika menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

Tuesday, March 22, 2011

BUKANKAH MENIMBULKAN SYAK WASANGKA?

Tindakan Menteri Dalam Negeri dan PM sendiri mengeluarkan kenyataan di bawah amat mengecewakan. Bukankah ianya menyebbabkan timbul rasa syak wasangka bahawa kerajaan terlibat dalam penghasilan ini? Seharusnya dan sejujurnya Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat tayangan umum tersebut. Ditakuti ianya menjadi precedence kepada kes-kes selepas ini. Jika terdapat kes tayangan video berunsur lucah/porno ditempat tertutup (cyber cafe atau sebagainya) adakah ianya sudah dibenarkan/dibolehkan? Adakah tiada lagi tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang menayangkan video lucah? Bagaimana polis akan menangani maslah tersebut. PM juga seharusnya mengeluarkan komen tegas terhadap penayang tersebut bukannya isu isi kandungan video tersebut.
Sayangnya dengan kenyataan tersebut, secara peribadi saya mengatakan ianya bermotif politik dan memang BN terlibat dalam penghasilannya secara langsung atau tidak langsung.
Polis Tidak Terlibat Dalam Pembikinan Video Seks:PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.
"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam ini.
Petang tadi, Hishammuddin berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media, Isnin.
Hishammuddin juga berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.
Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.- BERNAMA

Monday, March 21, 2011

MENTERI UGAMA MENCELAH.....


Sapa yang kata tak sah? Tapi statement tang tutup aurat tu - DS Jamil kena banyak melihat dari mendengar rasanya.
Jamil Khir: Sah akad nikad di mana saja
Mac 21, 11 1:03pm
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

NONE"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.

"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

- Bernama

Cerita Dolu Dolu