Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 22, 2011

BUKANKAH MENIMBULKAN SYAK WASANGKA?

Tindakan Menteri Dalam Negeri dan PM sendiri mengeluarkan kenyataan di bawah amat mengecewakan. Bukankah ianya menyebbabkan timbul rasa syak wasangka bahawa kerajaan terlibat dalam penghasilan ini? Seharusnya dan sejujurnya Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat tayangan umum tersebut. Ditakuti ianya menjadi precedence kepada kes-kes selepas ini. Jika terdapat kes tayangan video berunsur lucah/porno ditempat tertutup (cyber cafe atau sebagainya) adakah ianya sudah dibenarkan/dibolehkan? Adakah tiada lagi tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang menayangkan video lucah? Bagaimana polis akan menangani maslah tersebut. PM juga seharusnya mengeluarkan komen tegas terhadap penayang tersebut bukannya isu isi kandungan video tersebut.
Sayangnya dengan kenyataan tersebut, secara peribadi saya mengatakan ianya bermotif politik dan memang BN terlibat dalam penghasilannya secara langsung atau tidak langsung.
Polis Tidak Terlibat Dalam Pembikinan Video Seks:PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.
"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam ini.
Petang tadi, Hishammuddin berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media, Isnin.
Hishammuddin juga berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.
Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.- BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu