Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, February 17, 2011

IRAN JUGA TIDAK TERKECUALI. cuma ada pelik sikit.

Iranian government takes hard line stance
The Iranian government is increasing pressure on anti-government protestors who are calling for change.

Clashes broke out between pro- and anti-government groups in central Tehran on Wednesday. It came 2 days after another clash between anti-government protesters and security troops left 2 people dead.

The Iranian government says it will hold large-scale rallies on Friday in Tehran and elsewhere to counter the anti-government demonstrations. The government is calling on Iranians to participate in the rallies.

Iranian clerics are demanding that the leaders of the recent anti-government protests be indicted. The country's prosecutor general has also said he may punish the pro-democracy leaders.

The opposition leaders are reacting sharply against the government's hard line stance.

Former prime minister Mir Hossein Mousavi and former parliament speaker Mehdi Karroubi issued statements in support of the anti-government protestors. 

NAMPAKNYA LIBYA JUGA TAK TERKECUALI

Anti-government protests spread to Libya

In Libya, demonstrators have taken to the streets to protest the government of the country's leader Muammar al-Qadhafi.


The anti-government protest is the first in the North African country since Qadhafi took power more than 40 years ago, and follows people's uprisings in Tunisia and Egypt that have toppled their governments.



Local reports say hundreds of demonstrators staged a rally in the northeastern city of Benghazi, the country's 2nd-largest city, on Tuesday and Wednesday.



The protestors demanded the resignation of Prime Minister Baghdadi al-Mahmoudi and the release of human rights activists from detention.



Police used water cannons, tear gas and rubber bullets when demonstrators started throwing stones. Fourteen people were injured in a clash between protesters and security troops along with government supporters.



Opposition forces are using the social networking site Facebook to call for a large rally on Thursday to protest corruption and nepotism among government officials.



Thousands of people have said they will take part in the rally.

Wednesday, February 16, 2011

NI MESTI ANGKARA DAP NI MACAM KAT PENANG JUGA


Isu tanah di Sabah makin serius, kata Suhakam

February 16, 2011
KOTA KINABALU, 16 Feb — Pelbagai isu tanah yang dihadapi oleh penduduk tempatan kini pada peringakt serius yang memerlukan penyelesaian segera, menurut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jannie Lasimbang.

Beliau berkata berdasarkan statistik Suhakam dari tahun 2005 hingga tahun lepas, Sabah mencatatkan jumlah aduan paling banyak mengenai isu tanah di negara ini dengan 977 kes, diikuti Semenanjung Malaysia, 654 kes dan Sarawak 251 kes.
“Ia adalah isu yang serius kerana ia membabitkan semua masyarakat di Sabah. Penyelesaian terlalu lambat dan mengambil masa...
“Sebagai contoh tahun lepas saja, daripada 92 aduan kita terima di Sabah, kita hanya mampu menyelesaikan dua kes...memang ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan semua aduan,” katanya selepas menghadiri perbincangan awal mengenai cadangan inkuiri nasional mengenai isu tanah di sini hari ini.
Menurutnya antara isu utama tanah yang dibangkitkan penduduk luar bandar kepada Suhakam ialah percanggahan kepentingan yang membabitkan pembinaan empangan, perladangan dan nasib penduduk yang ditempatkan semula setelah didapati menduduki hutan simpanan buat sekian lama.
Dalam hubungan ini, beliau berkata telah tiba masanya untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) membahaskan isu tanah, khasnya aduan yang diterima Suhakam, dengan harapan untuk mencari penyelesaian yang berkekalan.
Beliau berkata Suhakam akan mengutarakan isu tanah pada inkuiri nasional yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini, dan pada masa yang sama, suruhanjaya itu akan menyedarkan orang ramai mengenai tindakan positif kerajaan negeri untuk menangani isu tanah.
Lasimbang berkata ini termasuk tindakan Sabah Parks memperuntukkan sebahagian daripada kawasan tanahnya untuk zon komuniti dan memberikan hak milik berkelompok masyarakat. — Bernama

PLKN HARUS DIROMBAK / DIHENTIKAN. TAKKAN NAK SALAHKAN TAKDIR

Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian

Michael Kaung
 | February 16, 2011
Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.
KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.
Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.
“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.
“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.
Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.
“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.
“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.

Mengadu sakit
Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.
“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.
Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.
“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.
Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.
Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.
Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.
“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.
“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.

KALAU TAK SIMPAN RAHSIA? BOLEH DIPECAT KE?

Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia
SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia pada Rabu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari Rabu.
Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lepas.
Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga Rabu.
Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.
Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.
Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu