Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 12, 2011

TAKDE PULAK GAMBAR KAIN RENTANG YANG DIKATAKAN.

Kalau ye pun. Takkan siapalah buat kerja bodoh menjatuhkan diri sendiri. Kalau ada logo parti berasingan pun dah kelakar apatah lagi dah sememangnya tak pernash dibuat dek orang kecuali yang bangang. Takpo lah. Kang aku nak jalan-jalan kot jumpa aku pi amik gambar

Kain rentang hina raja

Khairul Anuar Ahmad Zainudin (tengah) bersama P. Saravenan (kiri) dan Mat Irwan Mat Ismail (kanan) menunjukkan laporan polis menafikan pihak mereka mengantung kain rentang menghasut orang ramai membenci institusi beraja di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 11 Jan. - Para penduduk di sini terkejut dengan tindakan pihak tertentu menggantungkan kain rentang menghina dan menghasut rakyat agar membenci institusi beraja di negeri ini.
Kain rentang yang turut tertera lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP dengan salah satunya memaparkan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei digantung di sekitar kawasan Shah Alam.
Utusan Malaysia mendapati dua kain rentang sedemikian dilihat tergantung di kawasan Seksyen 11 di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Bagaimanapun, kain rentang itu didapati telah diturunkan oleh anggota parti terbabit dengan kerjasama kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lama kemudian.
Satu kain rentang digantung dilihat tertera gambar Shuhaimi yang tertera dengan ungkapan;
"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor,".
Selain itu, satu lagi kain rentang digantung tertera ungkapan berbunyi; "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" selain tertera logo parti Pas, DAP dan PKR serta Biro Penerangan PKR Selangor.
Kedua-dua ungkapan itu dipercayai dipetik daripada laman blog ADUN tersebut dalam kritikan dan penentangannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu sebagai keterlaluan kerana ia seolah-olah mengajak rakyat untuk tidak menghormati institusi beraja di negeri ini.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan kain rentang itu digantung susulan rasa tidak puas hati terhadap perkenan Sultan Selangor melantik Mohammed Khusrin sebagai SUK sebelum ini.
''Sultan Selangor menerusi titahnya pada 6 Januari menyatakan pelantikan Mohammed Khusrin dibuat mengikut peraturan serta Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
''Malah Sultan Selangor turut menyatakan bahawa baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik dalam menjalankan tugasnya selaku ketua negeri termasuk pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.
"Jadi kenapa perlu ada tindakan menggantung kain rentang seperti ini? Ini satu tindakan yang sudah cukup melampau dan tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka yang terbabit," katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari Pas dalam sidang akhbarnya di sini menafikan pihaknya menggantung kain rentang yang didakwa menolak campur tangan Sultan Selangor dalam pentadbiran negeri.
Menurut Khalid, beliau menafikan kain rentang berkenaan termasuk yang turut digantung di Seksyen 9 dan 13 dikeluarkan oleh Pas, PKR dan DAP negeri ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Ketua AMK Puchong, P. Saravenan dan Ketua AMK Klang, Mat Irwan Mat Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung perkara itu kira-kira pukul 2 petang ini.
Mereka mendakwa tidak pernah mengeluarkan arahan mencetak dan menggantungkan kain rentang tersebut sebelum ia dikesan awal pagi ini.

Tuesday, January 11, 2011

230 JUTA LESAP? FUHH... BANYAKNYA....

Tsu Koon Perlu Jawab Soalan 'Cepumas'
11/01/2011   Share 



GEORGETOWN 11 JAN : Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng, lapor portal Harakahdaily.

Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.

"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.

“Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.

“Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak.  Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.

Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.

Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.

AWAT LA BUAT LAGU NI...... penghinaan kepada penjawat awam sebenar


Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.
Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.
Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.
Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.
“Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.
Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.
Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.
“Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu,” ujarnya lagi.
Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.
Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.
Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.
“Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.
“Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?” katanya.
Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.
“Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.
Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,” ujarnya.

MACAM TAK BIASA - PI CARI MAJALAH DI PASARAN

Bukan kata sokong atau menggalakkan tapi ianya bersifat peribadi dan disebar dengan kebenaran ke? Berbikini ditempat yang sepatutnya (dipantai) kenapa pelik? Sepatutnya yang menjadi berita lebih besar yang berkemban tapi bukan dibilik air atau di pantai. 

Fasha kesal berbikini




KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.
“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.
Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.

Monday, January 10, 2011

Aku tiada dalam ribuan ini (Macam suratkhabar lainnya juga)

Ribuan hadiri solat hajat anjuran Pakatan Rakyat  - SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Ribuan rakyat hadir pada majlis solat hajat dan pidato perdana anjuran Pas Pusat di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam. 

Program yang bermula pada jam 7.00 malam dimulakan dengan sembahyang maghrib diikuti dengan solat isyak dan seterusnya solat hajat. 

Selesai solat maghrib, tazkirah diadakan selepas solat hajat yang disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din. 

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Presiden Pas, DatukSeri Abdul Haji Awang; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled Ibrahim. 

Bagaimanapun, Musyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik tidak dapat menyertai solat hajat dan tiba jam 9.20 malam dengan berkerusi roda disambut ribuan penyokong dengan laungan takbir. 

Manakala pidato perdana pula diadakan selepas solat isyak oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR). 

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT dalam menghadapi serangan daripada musuh tertutamanya dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13). 

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara.

Cerita Dolu Dolu