Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 15, 2010

CIS KERAJAAN PAKATAN PENANG BUAT HAL LAGI

Kenyataan di bawah dipetik dari FB LGE

limguaneng.com
Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) Dan 98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

BUAT AJE LA - WALAUPUN MEMBAZIR AJE....

Selagi PUTRAJAYA tak dipegang dek PR dan Mahkamah tak diletak dibawah Parlimen buat membazir ajer. Tapi ye lah pulak. Kalau tak saman ramai lak melalak kata "Ha... tengok! Betul lah Anwar tu dot dot dot... kalau tak kenapa dia tak saman aje?" tapi berapa banyak kes telah dibuang bila melibatkan saman oleh Anwar? Cuma satu kes jer yang patut kena buang sebab dah tak relevant masih diteruskan.
Anwar Nak Saman Dr M...
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komentarnya di atas pendedahan kontroversi berkaitan kes liwat Anwar yang dilakukan oleh laman web WikiLeaks baru-baru ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi mengesahkan yang Anwar akan membuat tuntutan saman itu ke atas Dr Mahathir termasuk beberapa individu lain serta media massa yang menyiarkan laporan tersebut.
“Buat masa ini pihak kami masih melihat kesasihan laporan yang disiarkan oleh akhbar The Sun-Herald yang diterbitkan di Australia kerana siasatan awal kami mendapati, cerita yang mereka siarkan tidak bersandarkan pada mana-mana pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks," ujarnya.
Sankara juga berkata, pihak mereka turut menghubungi Timbalan Pesuruhjaya Singapura dan akan menunggu respon daripada Suruhanjaya Tinggi itu.

Tuesday, December 14, 2010

KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAK LA KENA TANGGUNG LEPAS NI....

Pekerja Puncak Niaga Yang Dipecat Berhimpun Tuntut Keadilan
Bekas kakitangan PNSB yang dipecat 30 Oktober lalu mengadakan perhimpunan secara aman di bangunan PNSB, Shah Alam. Mereka mendakwa tindakan memecat tersebut sebagai tidak adil dan tidak telus.
SHAH ALAM: Seramai 12 bekas pekerja Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) telah mengadakan perhimpunan aman berhampiran Ibu Pejabat Puncak Niaga di sini bagi membantah pemecatan mereka yang didakwa dibuat secara tidak adil dan telus.
Mereka yang berhimpun selama kira-kira satu jam itu mendakwa tindakan PNSB memecat 17 kakitangannya secara serta-merta tanpa alasan yang kukuh adalah satu bentuk penganiayaan dan meminta supaya nama mereka dibersihkan kembali.
"Perhimpunan hari ini diadakan bagi menuntut keadilan. Kami mahu nama kami dibersihkan dan kami diterima bekerja semula," kata bekas Pengurus Kanan Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan PNSB, Kaharuddin Mohd Ali yang merupakan salah seorang daripada 17 kakitangan syarikat konsesi air Selangor itu yang dipecat.
Menurut Kaharuddin, semua kakitangan PNSB yang dipecat datangnya dari pelbagai jabatan.
Mereka yang terdiri daripada kakitangan eksekutif, bukan eksekutif dan pengurusan telah diberikan notis pemberhentian kerja 24 jam bertarikh 19 Oktober 2010.
Walau bagaimanapun, notis tersebut hanya diserahkan kepada mereka pada 30 Oktober berserta arahan meninggalkan syarikat serta-merta.
"Sebelum dipecat kami tidak pernah terima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahu pun siasatan dalaman," katanya.
Dalam perhimpunan yang diadakan berhampiran bangunan PNSB yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam itu, 12 bekas pekerja terbabit membawa sepanduk dan poster yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada ahli lembaga pengarah PNSB.
Antara yang dilaungkan menerusi sepanduk termasuklah 'Exco Puncak Niaga Kejam! Pecat Kakitangan Melayu Sesuka Hati', 'Kami Dianiaya Maruah Kami Tercemar' dan sebagainya.
Tiga adik-beradik pula membawa poster berbunyi 'Ayahku Teraniaya Dibuang Kerja'.
Tiga kanak-kanak ini turut memperjuangkan keadilan untuk bapa mereka.
Kaharuddin yang ditemui selepas perhimpunan itu berasa kesal kerana 15 daripada mereka yang dipecat terdiri daripada kakitangan berdisiplin, jujur dan komited dalam memberikan perkhidmatan.
"Kami dipecat secara tidak adil dan tidak diberi peluang untuk membela diri walaupun ada di antara kami yang telah berkhidmat selama lebih 15 tahun dengan syarikat ini," katanya yang telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama hampir 15 tahun.
Pada 8 Julai 2010, mStar Online telah menyiarkan berita awal berhubung pemecatan ini bertajuk 'Puncak Niaga Pecat Pekerja?'.
Laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik balik pada 16 Julai 2010 setelah PNSB memberi kenyataan menafikan laporan tersebut.
"Pemecatan secara serta-merta pada 30 Oktober lalu telah membuktikan berita awal yang disiarkan mStar Online adalah benar dan sahih," kata Kaharuddin lagi.
Kaharuddin bersama rakan-rakan lain yang bernasib sama turut mendakwa pemecatan dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul dan tidak telus.
Empat sesi kaunseling dalam tempoh enam bulan dikatakan sebagai helah Exco PNSB bagi mengaburi pihak berkuasa untuk 'menghalalkan' tindakan mereka.
"Sesi kaunseling tersebut hanyalah berbentuk temubual. Kami juga dipaksa menandatangani Borang Penilaian Kaunseling yang tidak diketahui apa ulasannya tanpa diberikan walau satu salinan," katanya.
Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Setiausaha Pejabat ADUN Kota Damansara, Sivaran Arumugam.
Pada 21 Disember ini, satu pertemuan akan diadakan di antara kakitangan PNSB yang dipecat itu dengan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor bagi menuntut keadilan berhubung perkara ini.
Sementara itu, pihak media cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PNSB berhubung perkara ini tetapi gagal.
Pihak petugas dan polis bantuan kelihatan mengawal pintu masuk bangunan tersebut dan tidak membenarkan wartawan dan jurugambar memasuki perkarangan bangunan PNSB selepas perhimpunan berlangsung

GAMBAR SURAU AL-HUSNA


Gambar Surau Al-Husna (Surau Kabin) sebelum dirobohkan jadual pada 25 Disember 2010. Walaupun dana tidak mencukupi lagi tetapi boleh dimulakan dengan fasa 1 iaitu ruang solat dan anjung. Cadangan dari AJK dinding tidak dinaikkan dulu dan utamakan bilik imam dan utiliti untuk mencapai target Surau baru boleh digunakan pada Ramadan 2011.

Surau kabin yang kecil bermula dari 2003 dan disambung ruang solat nuslimah. Hasil kutipan derma dibangunkan tandas dan tempat wuduk dan ianya akan dikekalkan sebagai tempat wuduk dan tandas lelaki. 7 tahun penuh sejarah, semoga surau baru dapat dimanafaatkan dengan lebih meluas lagi sebagai tempat perkembangan syiar Islam.

Monday, December 13, 2010

DAPATKAN REBET CUKAI PENDAPATAN SAMBIL TAMBAH SAHAM AKHIRAT


Surau Al-Husna (KLIK Tajuk untuk maklumat lanjut) sedang dalam fasa terakhir untuk melantik kontraktor untuk pembinaan Surau yang dijangka akan bermula pada pertengahan Disember 2010. 

Plan asal telah diubah sedikit iaitu terbahagi kepada 2 fasa - Fasa 1 - Ruang solat utama. Fasa 2 - Pejabat, Bilik Mandi Jenazah dan ruang legar. AJK memilih PLAN dua fasa kerana kekurangan dana untuk melaksanakan pembinaan menyeluruh serentak.

Surau Al Husna Seksyen 20
Bagi sebarang naklumat terkini boleh juga melayari MUKA BUKU SURAU AL-HUSNA SEKSYEN 20 (Facebook Surau Al-Husna). Saya akan mengemaskini sebarang maklumat terkini termasuk pembinaan surau itu nanti.



SEKIAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG.

Cerita Dolu Dolu