Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 07, 2010

HABIH LA TEPUNG, BERAS DAN MINYAK KENA SOROK NI.......

Bila Ismail Sabri keluar statement macam ni.... ingat lagi bila dia kata RON95 tak akan naik tahun ni pada 3 Nov? Ni bila takde angin takde ribut kata takde kenaikan ni tanda-tanda nak naik lah agaknya ni. . . . .


Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang.. 


KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya kepada Bernama.

ISU BELI TANAH UNDERVALUE KE BELI RUMAH UNDERVALUE?


PETIKAN :

“Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya,” kata beliau.

Khir Toyo lepaskan jawatan Ketua Pembangkang, mahu kekal Adun

December 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Datuk Ser Dr Mohd Khir Toyo yang hari ini didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam memutuskan untuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta.
“Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau dalam tulisan blognya petang ini.
Berkenaan jawatan dalam parti, kata Dr Khir (gambar), beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti.
“Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga mahkamah membuat keputusan.”
Beliau juga merupakan Ketua Umno Sungai Besar.
Pagi tadi, Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari
Ogos 2000 hingga Februari 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dr Khir berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwa raya yang menghadapkannya ke mahkamah kerana ini memberi peluang kepadanya mmenjelaskan isu ini dalam mahkamah dan membersihkan dirinya.
“Ini juga bermakna rumah saya bukanlah berharga RM24 juta seperti yang dituduh oleh pembangkang.
“Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya,” kata beliau.
Kata Dr Khir, apa yang beliau harapkan ialah perbicaraan dilakukan secepat mungkin, bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang daripada bergiat dalam politik.

Monday, December 06, 2010

WAK KHIR MUNGKIN BOLEH CUBA INI PULA

Klinik gigi kaki lima kembali aktif

DOKTOR gigi jalanan memberikan perkhidmatannya kepada seorang pelanggan di Jalan Pasar, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Selepas sepi seketika, gelagat beberapa warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di jalanan di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini, kembali aktif.
Khidmat doktor gigi jalanan itu dilihat kembali aktif sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kawasan siar kaki sekitar Jalan Pudu sebagai lokasi untuk mencari rezeki.
Wartawan Kosmo! yang meninjau operasi 'klinik gigi kali lima' itu mendapati, 'doktor-doktor jalanan' terbabit kembali beroperasi seperti biasa selepas terhenti seketika apabila kegiatan haram mereka didedahkan Kosmo! pada 29 Mei lalu.
Berdasarkan risikan daripada beberapa peniaga di kawasan terbabit itu, doktor warga China itu menyediakan perkhidmatan pergigian jalanan tanpa sebarang rasa takut atau bersalah.
Peliknya, 'klinik' doktor gigi jalanan itu tetap mendapat perhatian para pelanggan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing.
Walaupun hanya beroperasi di kaki lima, 'doktor' berkenaan mempunyai penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Kos rawatan yang dikenakan pula amat murah iaitu di antara RM50 hingga RM100 bagi menampal gigi dan memasang gigi palsu.

DEMI NEGARA DAN KELANSUNGAN BN. TERKORBANLAH WAK KHIR. .

Khir Toyo Dijangka Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Tanah Lot Banglo Mewah
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dijangkakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan berhubung pemilikan dua tanah lot banglo mewah di Seksyen 7, di sini.
Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut.
Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

LEBIH TERPERINCI DISINI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H

Pejam celik sudah setahun berlalu. Semoga tahun baru 1432H memberi cahaya kejayaan buat semua muslimin dan muslimat.


Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua.



Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)

Cerita Dolu Dolu