Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 07, 2010

Dunia makin panas


Merindui bunyi gerombolan reriang (cicada) semasa musim panas walaupun bingit. Tapi maintain daily 38.3 Degree... kat Shah Alam maintain panas pun maksima 34 degree (biasanya tengahari lah) Ni 38 boleh santak sampai ke petang. 
Hottest day for the month recorded in 42 places
Scorching summer weather continued to cover wide parts of Japan on Monday. Temperatures rose to a record high for September at 42 observation points across the country.

The Meteorological Agency says bright sunshine pushed up temperatures in eastern and western Japan. A daytime high of 38.3 degrees Celsius was recorded in Kyotanabe City, Kyoto Prefecture. It was 34.1 degrees in central Tokyo.

In Fukushima City, northeastern Japan, the mercury hit 37.3 degrees, breaking a previous record for September set in 1944.

A high of over 35 degrees was recorded in Kyoto for the 34th day in a row, and in Osaka for the 29th straight day.
The figures both surpassed previous records.

Weather officials say temperatures will rise again to about 35 degrees in eastern and western Japan on Tuesday, and the sizzling heat is expected to continue for at least one more week.

They are urging people to prevent heat stroke by drinking water frequently, taking salt and resting in ventilated places.

NHK has learned that at least 503 people have died of heat-related illness since July 17th, when the annual rainy season ended. By prefecture, Tokyo has the most heatstroke deaths at 138, followed by Osaka with 89 and Saitama with 60.

Among the victims, 3 out of 4 are seniors aged 70 or older, and about 80 percent of them died indoors.

Monday, September 06, 2010

SHAH ALAM ADA TAK?

Tapi..... nak buang apa? Dah habis buang semua dah..... pokok bunga dan pasu adalah kot.

Perkhidmatan sampah pukal Alam Flora sempena hari raya bermula esok


KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn Bhd akan mengadakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sempena Aidilfitri mulai esok hingga Khamis.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Mohd Zain Hassan meminta orang ramai mengasingkan sampah-sampah pukal seperti perabot lama dan sampah pembinaan untuk melancarkan tugas pemungutan Alam Flora.

Bercakap pada sidang media mengenai pengurusan sampah Alam Flora sempena Aidilfitri di sini, hari ini, beliau berkata, Pasukan Kecemasan atau Unit 911 Alam flora juga akan beroperasi sepanjang Aidilfitri sebagai pasukan bantuan kepada lori pengangkut atau kontraktor yang gagal bertugas berdasarkan jadual seperti yang ditetapkan.

Selain itu, Alam Flora akan turut melaksanakan operasi harian membersih sampah sarap di pusat bandar raya termasuk di kawasan Masjid India, Jalan Chow Kit, Jalan Silang dan Jalan Pudu selama tiga hari mulai Hari Raya pertama.

"Sebanyak 170 unit kenderaan akan digunakan untuk menjalankan kerja-kerja mengutip sampah untuk hari raya pertama sehingga hari raya ketiga yang melibatkan 767 pekerja pada hari raya pertama, 821 orang pada hari kedua dan 860 orang pada hari ketiga 860 orang," katanya.

Kutipan akan bermula dari 7 pagi hingga 8 malam. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kutipan sampah Alam Flora atau ingin membuat aduan dan pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-880-880.

AMIK GAMBAR ADA REWARD TAK?


JPJ: Rakam kesalahan trafik guna telefon bimbit juga salah

September 06, 2010
GERIK, 6 Sept — Pemandu yang menggunakan telefon bimbit berkamera bagi merakamkan kesalahan trafik pengguna lain turut melakukan kesalahan dan boleh disaman, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
“Penggunaan telefon bimbit ketika memandu turut tersenarai dalam kesalahan trafik dan dengan jelas pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Penguatkuasa JPJ di Jalan Gerik-Jeli, di sini hari ini.
Justeru katanya, pemandu yang mahu merakamkan kesalahan pemandu lain menggunakan kaedah itu hanya boleh berbuat demikian selepas mereka memberhentikan kenderaan mereka.
“Rakaman itu (juga) boleh dibuat dengan bantuan penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu,” kata Solah.
Beliau turut menjelaskan ramai pengguna salah faham mengenai kaedah itu dan pihaknya ada menerima rungutan daripada pengguna kerana rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, kaedah itu mendapat sambutan positif dan sebanyak 26,880 aduan bergambar diterima daripada pengguna jalan raya tahun lepas.
“Lebih separuh daripada aduan berkenaan iaitu 16,349 kes berjaya diselesaikan, manakala 5,872 kes masih dalam siasatan. Sejumlah 4,659 kes juga sudah disenaraikan kerana masih gagal membayar saman,” katanya.
Beliau berkata sambutan berkenaan menunjukkan keprihatinan pengguna mengenai kesalahan trafik.
Dalam perkembangan lain, Solah mengingatkan pengguna lebuh raya supaya tidak menyalah guna laluan kecemasan di tujuh lokasi persimpangan dan hentian Lebuh Raya Utara Selatan yang akan dibuka sempena Aidilfitri tahun ini.
Katanya, laluan kecemasan itu hanya dibuka pada hari dan masa tertentu sahaja selain dikawal sepenuhnya petugas trafik bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
Dua laluan kecemasan iaitu di antara Bidor dan Tanjung Malim yang membabitkan Km 371.6-Km 362.5 (arah utara) dan Km 340.8-Km 348.5 (arah selatan) akan dibuka 24 jam pada 9, 10, 11, 12, 16 dan 19 September.
Laluan Ipoh Selatan dan Bidor iaitu di Km 308.2-Km 302.8 (arah utara), Km 291.4-Km 294.5 (arah selatan) dan Km312-Km317 (arah selatan) serta laluan di antara Sungai Besi dan Seremban di Km260-Km 278 (arah utara) dan Km281-Km 263.5 (arah selatan) hanya dibuka bermula 11 pagi hingga 11 malam pada tarikh sama. — Bernama

RAMADHAN? PEACE TALK? Mana ZIONIST heran.


Israeli air raid kills 2 in Gaza
An Israeli air raid on the Gaza Strip has killed at least 2 people and left 3 missing.

The Israeli military announced it attacked at least 3 tunnels in southern and central parts of the Gaza Strip between Saturday night and Sunday morning.

Palestinian medical workers say 2 people working in the tunnels were killed and 3 are missing.

The Islamic fundamentalist group Hamas is said to use the tunnels to smuggle goods from Egypt and to get into Israel.

The Israeli military says the air raid is retaliation for the killing of 4 Israeli settlers by Hamas in the West Bank on Tuesday.

The raid was the first by Israel since US-sponsored Middle East peace talks began on Thursday.

Hamas announced it would continue attacking Israeli settlers to disrupt the peace talks.

Retaliatory acts from both sides are casting a shadow over the negotiations.

Pecah rumah di Aidilfitri - nasihat kepada FB fans yang PDRM lupa.

Jika kita baca maklumat dibawah banyak membantu mengurangkan risiko kes pecah rumah cuma PDRM lupa satu perkara yang saya hendak catitkan disini.

ANDA! Seronok ber FB tapi JANGANLAH terlebih rajin menulis segala perincian bila nak balik kampung, bila sampai kampung, bila nak balik ke rumah balik. Kalau nak ceritakan jugak, baik cerita kunci spare tinggalkan kat mana supaya senang rumah tak payah dipecah - leceh nak repair. Ini nasihat saya.


Pecah rumah di Aidilfitri  
Sumber:  Laman web rasmi PDRM, www.rmp.gov.my             Oleh - Nurul Riduan Nor Ashaha



Tinggal empat hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini semua seisi rumah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan menyambut kemenangan setelah 30 hari berjuang berpuasa di bulan Ramadan. 



Baju raya, kuih muih, perabot rumah, perhiasan diri antaranya barang kemas, dibeli untuk Aidilfitri kali ini. 



Bagi yang beraya di kota, rumah perlu dikemas dan dihias agar nampak mewah tatkala jiran tetangga datang menjengah di hari raya. 



Perantau pula mula sibuk dengan persiapan untuk pulang ke kampung halaman. Bukan sehari dua bercuti tetapi seminggu dan mungkin ada yang lebih dari itu. 



Beg pakaian terisi baju melayu dan kebaya dibeli sempena raya sudah siap dimasukkan ke dalam bonet kereta. Enjin kereta sudah mula dihidupkan dan perjalanan bakal bermula untuk bertemu sanak saudara menyambut lebaran di kampung. 



Tetapi, sebelum kita memulakan perjalanan balik kampung, adakah kita ‘siapkan’ keselamatan rumah? Jika tidak, penjenayah pasti tersenyum lebar melihat mangsa meninggalkan sarangnya. 



Musim perayaanlah menjadi lubuk penjenayah jika kita abai akan aspek keselamatan sebelum kita pulang ke kampung halaman. 



Berbicara bersama Penganalisis Jenayah, Kamal Afendi Hashim, laluan utama penjenayah untuk pecah masuk adalah melalui tiga cara iaitu pintu, tingkap dan siling. 


Pintu



�        Gril yang dipasang tidak mempunyai kualiti dan mudah dipotong 



�        Menggunakan mangga yang harganya murah 



�        Tidak menukar kunci yang  rosak 



Tingkap



� Penggunaan tingkap ‘sliding’ yang mudah diumpil dan seterusnya dibuka 



�        Tingkap berjeriji besi di potong 



�        Tidak menukar struktur ting       kap yang telah rosak 



Siling



�        Penjenayah akan masuk melalui siling dari rumah yang  tidak berpenghuni 



Jelasnya, tiga laluan itu sering diabaikan pemilik rumah, tidak kiralah jenayah itu berlaku pada malam atau siang hari. 



Tidak pernah kita dengar penjenayah korek lubang semata-mata untuk pecah masuk rumah. Oleh sebab itu, keselamatan perlu dititik beratkan. 



Kadang-kala, oleh sebab struktur rumah yang lemah juga jadi punca penjenayah dapat menembus masuk. Sehinggakan penghuni mentafsirkan, barang-barang diambil toyol kerana tiada kesan pecah masuk. 



Ada juga yang hanya membeli mangga rumah yang murah di pasar malam. Adakah nyawa dan barang berharga kita bernilai hanya RM15? Tidak bukan, jadi utamakan aspek keselamatan rumah kerana kitalah mencipta peluang untuk penjenayah. 



Jadi, sebelum pulang berhari raya, pastikan apa yang harus dilakukan. 



Perlindungan fizikal rumah



�       Pasangkan ‘door viewer’ dan penyelak pada pintu utama 



�       Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh 



�       Sistem kunci yang berkualiti 



�       Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap dan pintu rumah anda 



�       Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penjenayah tidak menggunakan alatan itu untuk memasuki rumah anda 



�       Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah 



�       Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman dan boleh mengesan penceroboh 



�       Jika berkemampuan, pasang kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan dan belakang rumah 



Semua itu bukan hanya dilakukan untuk musim perayaan semata-mata kerana jenayah pecah rumah boleh berlaku bukan hanya pada waktu kita tiada di rumah, bahkan ketika sedang tidur pada waktu malam sekalipun. 



Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan semua, tetapi itu lah hakikat yang terjadi kini. Penjenayah tidak kenal erti takut malah pisau di dapur rumah boleh menjadi senjata penjenayah ketika menyamun. Mereka sebelum itu, boleh berlegar-legar di kawasan perumahan tanpa sebarang syak wasangka kerana mereka tidak membawa sebarang senjata. Tetapi bila masuk ke rumah, barang di dalam rumah itu sendiri menjadi senjata penjenayah. 



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedaya upaya menyedarkan kita semua untuk sentiasa pentingkan aspek keselamatan rumah. Menjelang perayaan ini, banyak aktiviti kesedaran balik kampung perlu dititik beratkan. 



Semua itu merupakan langkah berjaga-jaga kita untuk membantu polis menjalankan tugas yang dipertanggungja�wabkan. 



Itu yang harus dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan. Bagi menambahkan lagi aspek itu PDRM perlu dibabitkan kerana mereka ini lebih arif dalam menjaga keselamatan semua. 



Maklumkan kepada balai polis berdekatan dengan meninggalkan nombor telefon, alamat rumah dan tempoh waktu ketiadaan. 



Semua itu akan memudahkan polis untuk mengatur masa melakukan rondaan di kawasan rumah anda. 



Jika semua itu telah dilakukan, percutian kita di hari raya ini akan lebih terjamin. Bukan sahaja keselamatan diri terjaga, malah rumah yang kita diami akan terbela. 

Cerita Dolu Dolu