Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, September 03, 2010

MANA ZUL NORDIN? PERKASA? UMNO? Diam aje ke?

Hari tu kecoh fasal orang Islam dan surau terhina sebab ambil duit dari DAP (YB Teo) walhal itu duit kerajaan negeri dan YB Teo adalah wakil rakyat kawasan itu. Berita kat bawah ni tak hina orang Islam ke? Mana lebih hina? 

Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes

In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.
An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.
They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.
Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.
Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.
Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.
They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.
Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh.
The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar of charitable causes for many years as it is part of the company’s tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.

MASALAH BLACK MONEY BUKAN MALAYSIA AJE


Maka benarlah kata Hishamuddin Rais (TT) seperti DI SINI bahawasanya

Sebelum terlambat perlu di hentikan warga nigeria dari datang ke malaysia. di eropah warga nigeria telah lama di larang. ini bukan rasisma. ini untuk menjaga  agar warga negara kita hidup aman damai. kebanyakan  warga nigeria ini adalah pembawa masaalah. jangan tak ada beban cari beban. kita sudah cukup dengan masaalah kita sendiri. kita telah cukup dengan masaalah sosial kita sendiri. jangan disusahkan dengan warga afrika. bila mereka bertapak mereka akan menjaga pelacur, dadah dan penipuan. ini bukan pilihan mereka tetapi hakikatnya ini sahajalah peluang untuk mereka mencari makan. di bangkok mereka telah mula bertapak. di tokyo pun mereka ada membuat kerja kerja gelap.

African/Japanese Group Arrested For Money-laundering


A group of 3 Nigerians, 2 Japanese and one Ghanaian have been arrested for international money-laundering:

The six are suspected of having received funds that were the proceeds of a crime, wired to them from a New York Citibank account in the name of the National Bank of Ethiopia, Japan’s Metropolitan Police Department said.
Police said they had arrested a Nigerian citizen, Nyeche Obeneme, 36, living in Saitama, north of Tokyo, and two other Nigerian men as well as a Ghanaian man, and a Japanese man and woman.
Police suspect the six between them received up to 200 million yen (2.4 million dollars) in October 2008, allowing the money to be wired into their bank accounts in return for commissions.
The money is believed to be part of roughly 33 million dollars that were wired to accounts in seven countries, also including China, South Korea and Australia, Kyodo News reported.

Thursday, September 02, 2010

Ermm.... Tak Tau Nak Komen Apa

Susukan anak lembu dengan susu badan


RAJASTHAN, India - Seorang wanita di kampung Kilchu, Rajasthan India, Couthi Bai menyusukan seekor anak lembu berusia 46 hari dengan susu badannya sebanyak tiga hingga empat kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Di India, lembu disifatkan sebagai haiwan yang suci. Justeru, rakan-rakan sekampung wanita tersebut menyokong hubungan Bai dengan anak lembu tersebut.
"Selepas ibunya mati, saya memegangnya dan memberi susu badan. Saya membesarkannya dengan susu saya. Saya menyusukannya sebanyak tiga atau empat kali sehari sama seperti yang diperlukan oleh seorang bayi. Tuhan pasti gembira jika saya menjaganya," kata Bai.
Namun, ada juga penduduk kampung Kilchu yang tidak mengambil kisah dengan perbuatan Bai.
"Ia merupakan kali pertama perkara sebegini berlaku di kampung kami. Dia akan membawa anak lembu itu ke mana sahaja." kata seorang penduduk kampung.
Kini, anak lembu itu sentiasa mengekori Bai. - Agensi

FELDA MAJU. PENEROKA BOLEH JADI DR GIGI.


Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam...

2 Sept - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.
Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.
"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.
Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu. "Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.
Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar. "Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.
Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu. Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.
Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu. "Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

BUSANA MUSLIMIN TEO NIE CHING?


Nie Ching Bakal Buka Butik Selendang?

SERDANG, 2 Sept - Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.
"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.
Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.
Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.
Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.
"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.
"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.
Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching.
Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu.
(Gambar: Nie Ching (tengah) dalam satu sidang medianya)
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media.-HARAKAH DAILY

Cerita Dolu Dolu