Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 30, 2010

INGATKAN BELUM BALIK OBERSEA... SENYAP AJE.....


Hasan Ali cadang peraturan terperinci masuk masjid

August 30, 2010
SHAH ALAM, 30 Ogos — Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini mencadangkan supaya satu peraturan lebih terperinci digubal berhubung cara dan tatasusila yang mesti dipelihara ketika menggunakan dan memasuki surau serta masjid di Selangor.

Beliau berkata peraturan yang lebih jelas seperti jenis pakaian yang sesuai serta jenis tudung yang dipakai juga perlu diperincikan bagi memudahkan ia difahami oleh pihak yang mengunjungi surau atau masjid.
“Mereka yang menjemput atau menganjur sepatutnya perlu memaklum perkara-perkara ini kepada orang yang dijemput (ke surau atau masjid) lebih-lebih lagi bila membabitkan bukan Islam,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Semalam Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang melarang bukan Islam daripada masjid dan surau.
Hasan (gambar) mengulas isu mengenai kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda di Kajang pada 22 Ogos.
Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Hasan berkata beliau akan menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik supaya menjaga sensitiviti awam sekiranya ingin melawat kawasan membabitkan rumah ibadat.

DAN BERFATWA LAH MUFTI PERAK.

“Mereka juga perlu menjaga adab selain tidak didatangi haid bagi wanita, (yang ni boleh lah faham walaupun bukan Islam) manakala bagi lelaki pula tidak berada dalam keadaan junub (yang ni???)” 

Bukan Islam perlu hormati adab masuk surau: Harussani 



SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam boleh memasuki surau atau masjid asalkan mengikut syarat yang ditetapkan. 



“Sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam boleh melawat atau memasuki ruang solat di dalam masjid dan surau sekiranya lengkap menutup aurat. 



“Mereka juga perlu menjaga adab selain tidak didatangi haid bagi wanita, manakala bagi lelaki pula tidak berada dalam keadaan junub,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 



Mengenai kenyataan Musyridul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan tindakan Nie Ching, Harussani berkata: “Pada zaman baginda, orang bukan Islam yang memasuki masjid berpakaian menutup aurat, berbeza dengan Nie Ching yang tidak memakai tudung dan hanya berbaju kebaya. 



“Saya berharap pihak tertentu tidak terlalu taksub dan menggunakan alasan politik untuk menghalalkan perkara yang jelas salah,” katanya.

KESIMPULANNYA



JAIS? PERKASA? HANTAR MEMO KE NORWAY KE?



Putera Haakon dan Puteri Mette-Marit dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 10Mac 2010

Malaysia Sudah Bersedia Dengan Perubahan Alam?

Setiap tahun Malaysia mengalami fenomena jerebu akibat pembakaran ladang dan hutan di Sumatera. Ianya berlaku dalm bulan Julai hingga Oktober. Jika hujan kurang maka keadaaan juga makin buruk. Dengan meletusnya Gunung Sinabung di Sumatera ini apakah fenomena yang lebih teruk seperti semasa meletusnya Karakatoa (seperti yang diceritakan oleh Nyai saya semasa saya kecil dahulu?) atau pun Tambora yang menggelapkan dunia? Oleh kerana ianya kali pertama meletus dalam tempoh 410 tahun maka tidak menghairankan jika letusannya akn agak ganas. adakah letusan tersebut bersifat pyroklastik yang menyemburkan debu dan lahar panas dengan mengejut? Jika ianya bersifat sebegitu maka sudah pasti ianya memberi kesan kepada cuaca dan udara di Malaysia.

Gunung Sinabung meletus setelah tidur 410 tahun

JAKARTA - Setelah tidak aktif selama 410 tahun, Gunung Sinabung di dareah Karo, Sumatera Utara, mencatat sejarah apabila meletus tengah malam tadi mengeluarkan lava dan debu lava.

Ribuan penduduk sekitar gunung berapi itu dipindahkan ke kawasan selamat lebih awal sejak semalam apabila gunung itu dikesan mengeluarkan asap dan debu mulai Jumaat, menyebabkan kawasan penempatan bagai pekan hantu.

Agensi Berita Antara melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat berikutan letusan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng muka kepada penduduk bagi mengurangkan risiko mereka banyak menghidu debu lava.

Staf Khusus Presiden mengenai bidang Bencana dan Bantuan sosial dipetik oleh portal berita detik.com sebagai berkata bahawa letusan itu berlaku tepat pukul 12.08 tengah malam tadi.

Namun ada penduduk mendakwa melihat percikan api di puncak gunung itu pada pukul 11.50 malam.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia Surono dilaporkan berkata kali terakhir Gunung Sinabung meletus ialah pada tahun 1600 dan selama 410 tahun tidak pernah menunjukkan tanda aktif.

Gunung berketinggian 2,400 meter itu sebelum ini tidak dipantau kerana tergolong jenis B yang tidak mempunyai ciri-ciri meletus secara magnetik.

Kini selepas meletus, gunung itu diubah status kepada jenis A dan dipantau 24 jam setiap hari.

Sunday, August 29, 2010

HIKMAH DI SEBALIK DUA ISU (TIGA-EMPAT ISU?)

Mutakhir kita dapati pihak Utusan Malaysia terutamanya memainkan isu yang mengguris perasaan orang Melayu dan orang Islam. Dari isu khutbah disekalikan dengan kononnya menggantikan nama Lim Guan Eng dari Agong dalam khutbah kedua, ucapan MP Serdang Teoh dalam penyampaian bantuan dikatakan tazkirah semasa Tarawih.

Apakah kita menjangkakan Utusan akan mengeluarkan artikel Majlis Fatwa .berkaitan keharusan pelancong asing bukan Muslim masuk ke Masjid hingga kemimbar masjid? Atau komentar yang tidak memihak kepada kutukan tersebut?  Mungkin MP ni bukan pelancong dijadikan alasan pula. Ditokok tambah pula dengan kenyataan-kenyataan dari pihak-pihak berotoriti di Jabatan Agama Islam dan ahli politik. Samada kenyataan itu benar atau tidak bukan menjadi isu bagi mereka melainkan untuk menjatuhkan air muka dan reputasi Pakatan Rakyat demi kelangsungan politik.

Saya melihat perkara ini dari dua aspek iaitu dari segi kemudaratan dan hikmah perkara ini berlaku.

Tindakan khatib mahupun ahli Parlimen tersebut sudah tentu akan dijadikan modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Ianya dijadikan peluru ataupun talian hayat oleh lawan politik dibantu oleh suratkhabar dan televisyen arus perdana. Isu ini bakal dijadikan modal sehingga PRU-13 dan mungkin juga dikatakan bukan Islam hendak 'merampas' atau 'mengambil alih' masjid dan surau.

Orang Melayu Muslim tentunya sedikit sebanyak terasa hati dan goyah apabila isu ini terus dijadikan modal politik untuk menarik orang Melayu kembali menyokong UMNO. Melayu atas pagar tentu mudah termakan hasutan ini.

Dari sudut yang lain pula ianya menyerlahkan sikap hipokrit surat khabar dan Barisan Nasional terutamanya UMNO. Sikap mengulang-ulang mainan isu ini tidak pelik memakan diri kembali apabila terbukti BARISAN NASIONAL dan UMNO juga mempergunakan masjid dan surau untuk kepentingan politik seperti yang berlaku di Hulu Selangor. Ianya memberi andaian hukum untuk UMNO lain, PAKATAN RAKYAT pula lain. Impaknya lebih kepada  penyokong atas pagar samada mereka akan menyokong  atau akan semakin menjauh.

Dengan terbitnya kedua-dua kes yang tersebut, maka pihak-pihak yang tiada kepentingan politik mula mendapatkan pendapat dari pelbagai pihak yang berketrampilan. Melalui blog, FB dan sebagainya, ramai para ustaz dan bijak pandai memberi komentar keatas isu tersebut dan disertakan dengan hujahnya sekali dari Al-Quran dan Hadith. Ada pro dan ada yang kontra. 

Kepantasan maklumat melalui internet juga mempercepatkan maklumat disampaikan dan dicari. Selain maklumat dan komentar, gambar-gambar juga mudah dinaikturunkan. Apabila MP bukan Islam masuk ke surau (surau bukannya masjid) dan dijadikan bahan cemuhan, ada pihak menaikturunkan gambar ahli wanita UMNO yang lebih memalukan dari segi adab sebagai seorang muslimah apabila memasuki masjid atau surau tanpa pakaian yan gbersesuaian. Saya tidak berapa berminat hendak melayan isu MP masuk ke surau ini atas dua perkara yang kerap berlaku.

1. Pelancong asing (bukan muslim) masuk ke masjid hingga ke mimbar masjid. Apa beza pelancong asing itu dengan MP bukan muslim? Bagaimanapun Majlis Fatwa telah mengeluarkan kenyataan berkenaan keharusan bagi bukan Islam (pelancong) masuk kemasjid.

2. Majlis akad nikah di masjid-masjid yang menjadi trend sekarang. Jika kita cari di dalam mana-mana arkib gambar di dalam suratkhabar mungkin kita boleh terjumpa gambar-gambar majlis akad nikah artis yang dilangsungkan di masjid. Jika kita perhatikan pasti ada seorang dua yang berpakaian tidak bersesuaian sebagai seorang muslimah.

Saya pernah mengikuti rombongan akad nikah di masjid Putra, Putrajaya. Ada ahli rombongan tidak memakai tudung hanya selendang atau berbaju jarang yang tidak sesuai untuk masuk ke Masjid. Pelancong asing yang hendak masuk kedalam masjid dikehendaki memakai jubah bagi wanita lengkap dengan tudungnya tetapi sekuriti yang menjaga dan menyediakan jubah tersebut apabila menegur ahli rombongan ada yang buat endah tak endah dan memberi alasan ahli rombongan dan masuk juga kedalam masjid tanpa memakai jubah menutup aurat sedangkan pelancong bukan muslim boleh menghormati peraturan yang dilaksanakan.

Hikmah paling besar yang saya dapat rasakan adalah bukan Islam bahkan orang Islam sendiri mendapat maklumat yang sebenar apakah perkara yang dikatakan tidak betul ini benar-benar menyalahi hukum. Orang bukan Islam terutamanya yang mungkin didedahkan kepada maklumat palsu berkenaan Islam mula mendapati bahawa maklumat yang mereka terima selama ini banyak kepalsuan kerana memenuhi tuntutan mereka yang berkepentingan.

Tentu ada orang bukan muslim terkejut apabila mendapati bahawa perkara yang selama ini dianggap taboo sebenarnya adalah palsu. Langkah ini boleh mendekatkan lagi bukan Islam mengenali Islam yang sebenar dan dengan izinNya akan diberi hidayah untuk mereka memeluk Islam.

Sudah tentulah Barisan Nasional, UMNO terutamanya tidak mahu ini berlaku kerana ianya akan menghapuskan rasa curiga bukan muslim keatas PAS, serta orang Melayu Islam khusunya keatas bukan Islam aka DAP yang diwar-warkan sebagai chauvinist dan anti Islam. 

Sebab itulah juga berita GERAKAN P.Pinang menempelak kerajaan negeri pimpinan KM Lim Guan Eng memberi lebih peruntukan untuk masjid tidak mendapat liputan sepatutnya dalam MSM. Begitu juga dengan peruntukan besar yang disediakan kepada masjid serta SRA yang pernah dihapuskan.

KESIMPULAN

Bagaimanapun ahli-ahli YB Pakatan Rakyat diharap mengambil iktibar dari perkara yang berlaku ini dengan lebih berhati-hati kerana setiap tingkah laku akan diperhatikan. Samada pengisiannya baik atau tidak bukan menjadi isu tetapi yang penting samada tindakan tersebut dapat dijadikan peluru hidup dan kelangsungan hayat Barisan Nasional. 

Jika YB -YB menghadiri sebarang majlis yang diadakan di surau atau masjid tetapi tiada persediaan diluar seperti khemah mungkin ada baiknya mengelak dari masuk ke dalam ruang solat untuk menghindarkan fitnah bukan kerana ianya diharamkan. Mungkin juga bagi wanita menyediakan tudung untuk menutup kepala sebagai menghormati tuan rumah jika dijemput masuk. 

(Kadangkala kesihan juga - kalau tidak hadir atau menolak untuk masuk dikatakan tidak prihatin atau sombong, pergi pula dikatakan menghina rumah ibadat )

Gembiralah bahawa hayat Barisan Nasional semakin sampai penghujungnya sebagai pemegang tampuk kerajaan dan akan dicampakkan menduduki kerusi pembangkang pula. 

Saya tidak setuju jika Barisan Nasional dihapusakan terus kerana masih ada wakil rakyat BN yang benar-benar bagus dan berkhidmat sebagai wakil rakyat tanpa mengira ianya bertentangan dengan Parti atau tidak. Jika Barisan Nasional terhapus maka tiada 'check and balance' dalam pimpinan yang akan memburukkan keadaan tidak kira siapapun yang memerintah.


RUJUKAN bukan POLITIK


1. Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
2. Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
3. Boleh atau Tidak Non Muslim Masuk Masjid?
4. Pelancung B/Islam Masuk Masjid -Fatwa Majlis Kebangsaan

Cerita Dolu Dolu