Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 05, 2010

MTUC Mahu Umur Bersara Swasta Dilanjutkan Ke 60 Tahun

AKU TAK SETUJU! Sebab aku nak pencen dah... he he he.....
Rasanya Malaysia belum masa untuk mengubah had umur persaran. Kesian kat bebudak muda yang takde kerja tu....
Syarikat tak setuju mungkin fasal EPF lah. kebergantungan kepada pekerj aasing pada tahap buruh/pekerja am dimana bukan tugasan sesuai untuk yang telah berumur.
Akhiran - Dah berumur duduk kat rumah penuhi hari-hari dengan ibadat adalah pilihan aku bukannya nak pi kerja jugak..... kalau perlu khidmat lantik la jadik konsultant ke, advisor ke.... bayar ikut jam... lagi jimat dan untung kedua-dua belah pihak.
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sekali lagi meminta kerajaan supaya menetapkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.
Tanpa undang-undang khusus, sektor swasta tidak akan memberi sambutan terhadap syor melanjutkan usia tersebut kerana sektor swasta lebih melihat kepada faktor keuntungan, kata Setiausaha Agung MTUC G. Rajasegaran hari ini ketika mengulas laporan media mengenai kemungkinan kerajaan meningkatkan umur persaraan sektor awam dari 58 kepada 60 tahun. Beliau berkata, sektor swasta tidak mengikuti langkah kerajaan dan pada masa ini umur persaraan bagi pekerja sektor swasta adalah 55 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi perempuan. "Memandangkan pekerja sektor swasta tidak menikmati faedah pencen, jumlah wang simpanan KWSP yang tinggi sudah tentu dapat membantu mereka menghadapi hari tua," katanya.
Industri juga akan dapat manfaat dari pekerja yang berpengalaman kerana mereka akan menyumbang untuk meningkatkan produktiviti, kata Rajasegaran. Menurutnya, 100,000 pekerja dalam kedua-dua sektor, awam dan swasta bersara setiap tahun. Rajasegaran berkata, satu lagi faedah apabila umur persaraan dilanjutkan adalah pihak industri boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Pada masa ini, apabila pekerja tempatan bersara, pihak pengurusan akan mengambil pekerja asing dan dibayar gaji yang murah sebagai ganti, katanya. - BERNAMA

Restoran hidang siput babi guna logo halal IFRC diperiksa

Sebelum baca seterusnya, ada sesiapa boleh jawab soalan di bawah ini?
Soalan AKU : 
1 - Apa nama Restoran tu? Kenapa tak boleh letak nama ke? 
2 - Apasal siput babi jadi TAJUK? Sebab dia ada perkataan BABI? 
3 - Siput Babi HALAL atau HARAM? Dalam kes restoran ini pada penyediaan dan bahan-bahan. Siput BABI dua alam ke?  Ntah... aku tak tahu..... Beracun? Apa beza dengan siput sedut? Kalau nak makan kena sembelih dulu ke? Jadi dah sembelih ke belum?


SHAH ALAM – Sebuah kedai makan ala barat di PJG Dataran Menteri, Petaling Jaya, Selangor yang turut menghidangkan ‘Baked Escargot’ (siput babi), dijual pada harga RM9.50 sekilo didapati menggunakan sijil halal Islamic Food Research Centre (IFRC) yang sudah tamat tempoh 19 Jun lalu. 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Nurhamizah Othman berkata, pemeriksaan yang dibuat pihaknya melalui Unit Halal dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor berkata, bahan penyediaan yang diguna pakai juga diragui unsur halalnya kerana terdapat penggunaan kicap tanpa tanda halal selain tertulis mempunyai unsur ‘wain’ di dalamnya. 
Menurutnya, kedai tersebut turut menjual minuman keras kepada pelanggan yang bukan beragama Islam dan minuman tersebut didapati diletakkan bersama minuman berkarbonat lain di peti simpanan sejuk. (Ini kriteria yang tak mungkin dapat HALAL dari JAKIM setahu aku)

“Unit Halal Jais juga mendapati dua pekerja Islam bekerja di kedai berkenaan, malah ketika ditanya, mereka bekerja di situ kerana terdapat logo halal dilekatkan di pintu masuk utama kedai serta risalah promosi juga diletakkan tanda halal IFRC. “Perkara ini mengelirukan sebahagian besar umat Islam di Selangor. Sehubungan itu, Jais berharap masyarakat Islam dapat memberikan lebih banyak maklumat dari masa ke semasa. 

Huru-Hara Laksana Sistem Daftar Pengundi Automatik - SPR

Setuju dengan SPR tang ni. Banyak lagi yang perlu dikemaskini sebelum boleh di gunapakai. Aku suka pendekatan Jepun yang mewajibkan pendaftaran penduduk ke Majlis Perbandaran. Kira kalau Shah Alam kat MBSA lah. Ianya memastikan penduduk yang berdaftar di MBSA mendapat kemudahan yang dibenarkan dan ianya melibatkan warga asing juga. Jika nak menyewa rumah pun kena tunjukkan daftar ke Majlis. Kat Jepun dorang takde NRIC tapi sebarang urusan menggunakan cop nama (IN-KAN) dan jika ianya tak didaftarkan di Majlis ianya tak valid.
Jika Malaysia menggunakan pendekatan yang sama, aku rasa kita boleh melaksanakan banyak perubahan
1. Elak penipuan sebab boleh track penduduk. 
2. Otomatik penduduk berdaftar sahaja layak untuk mengundi dan mengundi di tempat ia berdaftar sahaja.
3. Subsidi - seperti subsidi perubatan. Jika ianya link dengan Hospital jadi yang tak berdaftar kena bayar maybe 10 kali.... gerenti semua akan mendaftar.
4. Tak perlu pengundi balik kampung mengundi lagi.
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Cadangan pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik akan menimbulkan huru-hara dan mengganggu kelancaran proses pilihan raya pada hari pengundian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil melaksanakan sitem itu kerana maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada suruhanjaya berkenaan tidak dikemaskini.
“Kita ada masalah untuk dapatkan maklumat terkini daripada JPN, kerana waris si mati tidak mengambi sijil kematian daripada JPN.
“Ini menyebabkan maklumat mengenai orang yang telah meninggal dunia tidak dapat dikemaskini dan dibersihkan daripada daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Jadi kami tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini,” katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggesa SPR melaksanakan sistem daftar pemilih automatik bagi menggalakkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi pada PRU13.

Sunday, July 04, 2010

Zaid perlu jelas hubungan dengan Raja Petra

Meh aku tolong jawabkan seperti yang Zaid Ibrahim tulis disini.
"Raja Petra dan isterinya Marina  kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford; dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia."

Tak tahu pulak Menteri tak gheti Bahasa Melayu........

HULU TERENGGANU 3 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat apa hubungannya dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika Zaid seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan terhadap persoalan itu. Beliau bagaimanapun menjelaskan, kementeriannya tidak akan menjalankan siasatan ke atas Zaid berhubung perkara itu tetapi menambah, pemimpin PKR itu mungkin akan dipanggil memberi penjelasan sekiranya bertanggungjawab melindungi Raja Petra.
"Dia (Zaid) tak boleh disiasat, kalau dia bertanggungjawab dia kena beri penjelasan. Sekarang jadi tanda tanya, saya tak ada bukti dan tak ada laporan bagaimana Raja Petra keluar dari negara kita.
"Dalam laporan buku Imigresen pun tak menunjukkan dia dah keluar dan keduanya, pasportnya dah diserahkan. Jadi, apa pasport yang digunakan kita tak tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang di sini hari ini.

PARIS DRUG ARREST AT WORLD CUP

Apa yang besar sangat Paris Hilton nih yang aku dok nak tunjuk ni? Selain Mak aku dulu pernah keje kat KL Hilton?

SAPA MIILIONAIRE NI? Termasuk dalam 10 nama yang keluar tempohari tu ke?

Cerita Dolu Dolu