Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 16, 2010

Nazri: PICC ditimbang bangunan baru Parlimen

Oleh Shazwan Mustafa Kamal June 16, 2010

Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang memulakan tirai dengan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) tujuh tahun lalu kemungkinan dinaik taraf sebagai bangunan Parlimen baru.

Perkara itu sedang diteliti pentabdiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas idea memindahkan lokasi Parlimen dari ibu negara ke Putrajaya dengan kos awal RM800 juta tidak menerima reaksi positif.
Bayangkan kalau BN ada majoriti 2/3 kerusi... bawak ke Parlimen untuk luluskan perpindahan dengan berbagai alasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet sedang mengkaji kemungkinan menggunakan bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya itu ekoran bantahan pelbagai pihak.

“Ini merupakan situasi yang agak kompleks... kebanyakan anggota Kabinet tidak setuju dengan idea membina bangunan baru (melibatkan RM800 juta).

“Jadi, PICC ditimbangkan sebagai bangunan kekal Parlimen kerana kini tidak digunakan dengan optimum,” kata Nazri dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

PICC merupakan antara mercu tanda pusat pentadbiran baru persekutuan.

Nazri juga berkata kira-kira RM150 juta akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sedia ada di sini.

Ia telah pun melalui proses pengubahsuaian melibatkan dana RM100 juta lima tahun lalu.

“Peruntukan RM150 juta diperlukan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sekarang.

“Ketika kerja-kerja memperbaiki sedang dijalankan, kita perlu meninggalkan bangunan ini, dan Parlimen perlu bersidang di tempat lain. Sekurang-kurangnya RM150 juta diperlukan untuk mengubah suai bangunan sementara,” katanya.

Nazri juga berkata lokasi bangunan baru Parlimen diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan apabila kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditambah kelak.

Kini Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi manakala Dewan Negara pula 70 anggota.

“Kita perlu melihat perkara ini dengan mendalam. Daripada membuang duit terhadap sesuatu yang buat sementara, mengapa tidak kita memiliki sesuatu yang kekal?” soal beliau.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, Kabinet sedang menunggu maklum balas Kementerian Kerja Raya mengenai kemungkinan memindahkan bangunan Parlimen ke PICC.

“PICC merupakan tempat yang ideal kerana ia terletak di Putrajaya, berhampiran Eksekutif dan Kehakiman. Ia (langkah) baik kerana kita boleh menjimatkan RM800 juta,” katanya.

PICC siap dibina dengan kos RM600 juta pada 2003 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bangunan Parlimen semasa yang mempunyai menara 17 tingkat dan sayap utama tiga tingkat dibina pada 1962, selepas idea pembinaannya dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dua tahun selepas negara merdeka.

Nota : Berbelit-belit Dato Nazri ni bercakap...

Dua hari tak update Blog

Semenjak Ahad tengahari tidak update dan tidak menjenguk bukan sahaja blog. juga FB sebab pergi berlibur bersama ahli keluarga dan adik beradik di Sungai Congkak. Semua sekali adalah 25 orang.
Dengan chalet 2 bilik yang sederhana berhampiran Sungai Congkak, malam diserikan dengan bunyi unggas serta deruan sungai. 3 khemah memuatkan 4 orang dan 1 khemah untuk 2 orang. Memang lebih dari selesa jugalah.....

Malam berBBQ di tempat BBQ yang tersedia - hamik kao.... ikan siakap, kembung, pari, udang, sotong, kambing, kepak ayam serta nasi biryani. Chalet 2 bilik menjadi tempat rehat kaum ibu.

Anak anak bujang serta bapak-bapak kecuali aku.... tidur dalam khemah. Awal malam hujan turun rintik-rintik memberi keselesaan kepada yang tidur di dalam khemah.
Kami enjoy sakan lah kiranya. Gambar belum ada sorang pun upload lagi.... penat weh.....

Bayangkan suasana penuh kehijauan ini terhapus akibat kerakusan tangan-tangan manusia. Paling best, kawasan ini kera dan beruk belum turun ketempat perkelahan lagi.... alhamdulillah..... walaupun kami bertolak dari Ampang (yang dekat dengan Bukit Belacan) rasa lebih menyeronokkan kerana kurang gangguan.

Next olan, dengan keluarga orang rumah atau kengkawan lah pulak....

Sunday, June 13, 2010

Wakil Temerloh Dakwa PAS Ciplak Perlembagaan Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK SUMBER

KOTA BARU: Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno.

Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.

Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.
BN yang tiru PAS - parti Islam Se Malaysia (Satu Malaysia)

Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.

"Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam.

Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.
UMNO? Bukan PKR ke? Macam salah aje....

"Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.
Ni aku setuju - serah pada Presiden, ikut plak cakap SU - UG jugak yang didulukan....

"Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya.

PAS = PARTI ISLAM SATU MALAYSIA (SEMALAYSIA)

Apa cadangan dari UTUSAN? sorry incek incek - takada.

Pas perlu ganti nama baru SUMBER

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pas harus menggugurkan perkataan Islam dari singkatan nama parti itu yang digunakan sejak penubuhannya berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata, keputusan itu berbeza dengan ideologinya yang mengutamakan prinsip Islam termasuk tidak melantik pemimpin dari kalangan bukan Islam.

“Tiada gunanya jika wakil mereka bukan Islam. Lebih baik bertukar kepada nama yang lebih nasional dan mudah diterima kaum lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan parti itu dalam Muktamar Tahunannya ke-56 di Kota Bharu semalam di mana calon bukan Islam akan dipilih dari ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang ditubuhkan parti itu kepada bukan Islam tetapi menyokongnya.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kebenaran itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu badan tertinggi dalam parti itu.

Gempa bumi kuat landa Lautan Hindi

Kepada anda yang hendak pergi berehat di pantai, sila bersiap siaga dengan sebarang tanda-tanda demi keselamatan semua terutama sekarang musim cuti sekolah. Nasib baik aku nak pegi ke sungai aje.

Gempa bumi kuat landa Lautan Hindi

13/06/2010 6:15am

PORT BLAIR, India 13 Jun - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 melanda Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Nicobar hari ini, mencetuskan amaran tsunami, kata pegawai Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tidak ada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan, bagaimanapun orang ramai lari ketakutan dari rumah mereka, kata saksi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di semua kawasan Lautan Hindi termasuk India, Indonesia, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia.

- REUTERS

Cerita Dolu Dolu