Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 09, 2010

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Dipetik dari - Minda Tajdid
Dr Mohd Asri Bekas Mufti Perlis.
Disiarkan pada May 09, 2010 dalam kategori Berita |

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 09 Mei 2010.

Thursday, May 06, 2010

BERITA PALING MENYAYAT HATI - PAHAM KENAPA?

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan untuk Piala Dunia

KUALA LUMPUR- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
'Aku ingat SPORTS TOTO jer halal sebab dia sports (ni cakap kawan kaki nombor)'

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Menghalalkan yang haram?

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.-Bernama

PM MINTA PENDAPAT FASAL TENAGA NUKLEAR

Tajuk di atas didapati dari BERITA BERNAMA di ASTRO 502. Di sini sebelum nak beri jawapan kepada pertanyaan tersebut sila baca cerita kat bawah ni yang di petik dari NHK NEWS.

Japan's fast breeder nuclear reactor Monju has resumed operation after a suspension of more than 14 years. The prototype reactor in Tsuruga, Fukui Prefecture was activated at 10:36 AM on Thursday when an engineer removed control rods that prevent nuclear fission. Safety inspectors from the industry ministry were present in the central control room when engineers with the Japan Atomic Energy Agency began preparatory work for the reactor to resume operation shortly before 10:00 AM.
If the resumption goes well Monju is expected to reach criticality, achieving a self-sustaining nuclear chain reaction on Saturday. The agency says it is planning to raise output in increments, paying attention to safety, and spend 3 years to complete the present test run, before putting the reactor into a full operation.

The reactor had been shut down since a sodium leak from its coolant system caused a fire in December 1995. It was resumed after a shutdown of 14 years and 5 months, following last month's approval by the Fukui governor. fast-breeder reactor generates electricity by burning plutonium extracted from spent nuclear fuel, while turning unburned uranium in the reactor core into plutonium. But the long shutdown has raised concern over safety and some have criticized the huge budget allocated to the reactor program despite its uncertain future.


Berita NHK petang tadi tapi takde pulak tulis kat atas menceritakan masalah rector tenaga di seluruh dunia bakal menghadapi situasi kekurangan bahan uranium dan adakah mungkin menjadikan ianya lebih mahal. Sebagai negara berhampiran khatulistiwa manafaatkanlah 12 jam matahari dengan mengusahakan tenaga solar.

KESIMPULAN : TIDAK SETUJU DENGAN TENAGA NUKLEAR!

Link lain yang menentang rector nuklear telah dimulakan oleh Hisham Rais Tukar Tiub

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah Tan Sri Isa Samad

Tahniah di ucapkan kepada Tan Sri Isa. Ucapan dari sesama oldboys SAS.

Isa Samad Nikah Hari Ini
Oleh SARBAN SINGH

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang juga bekas Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohamad Isa yang kehilangan isteri tercinta akibat kanser lima tahun lalu akan melangsungkan pernikahan dengan bakal surinya di rumah datuk Bibi Sharliza, 40, di Gentam, Kuala Pilah dekat sini hari ini pukul 3 petang.

Desas-desus hubungan bekas menteri besar berusia 60 tahun itu telah lama kedengaran tetapi tiada sebarang pengesahan atau penafian daripada mereka berdua sebelum ini.

Mohamad Isa terus membiarkan cakap-cakap mengenai hubungannya sehinggalah membuat keputusan menamatkan zaman dudanya.

Tuesday, April 13, 2010

Tiap kali nak PRK apa ada?

Tiap kali nak ada PRK je mulalah...... maleh nak cerita

200 Ahli PKR Taman Tunku Putra Keluar Parti
KULIM: Hampir 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran, sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-12.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu," katanya.

Cerita Dolu Dolu