Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 03, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua.
Semoga tahun ini lebih mengembirakan.
Jangan lupa minggu depan pun Tahun Baru jugak -
1429 H bersamaan 10 Januari 2008.
Dan bulan depan pun tahun baru jugak 7 Februari 2008.
Berapa banyak tahun baru daaa. . . . .

Awal tahun di mulai dengan? Beratur ke sekolah. Semalam 2 Jan 2008 pergi ke sekolah Harith sambil hantar dia balik ke asrama, menguruskan pembayaran yuran sekolah dan asrama. Hari ini 3 Jan 2008 pergi ke sekolah Aiman dan Fayedh pulak untuk urusan pembayaran yuran sekolah dan lain-lain.
Nota : Semasa pengumuman bahawa kerajaan memansuhkan yuran sekolah dulu 'Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein' aku telah sedia maklum yang aku akan tetap perlu prepare around RM1,000 ~ 1,500 jugak.
Cuma kos beli buku teks sahaja yang sebenarnya berkurangan. What? RM10.00 a year is good for individual? Nope. Cuma Kementerian Pelajaran akan berkuranganlah income sebanyak beberapa juta dan perlu keluar belanja untuk buku teks.
Tahun ini terlupa pulak tengok jam mahupun tengok TV menjelang detik 12:00 tengahmalam. . . semua tu lagha. . . . yang aku tahu umur pun dah meningkat lagi setahun.
Meningkat tu tak penting TAPI berapa baki yang aku tinggal? Sintom 40an?
Target lagi 5 tahun nak gi Haji so mula tahun ini kena start menyimpan.
Jangan tanya aku azam tahun baru tapi itulah azam aku. . . .

Monday, December 03, 2007

SEPANJANG MINGGU 1 ~ 2 Dec 2007

Pada Sabtu 1 Disember 2007, kelas renang Aiman dan Fayedh terpaksa kensel sebab ada jadual yang lain. Bertempat di Alamanda Putrajaya, berlangsung aktiviti pembelajaran berkaitan kebakaran untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. 'FIRE KIDS CLUB SAFETY WORKSHOP' oleh MVFRA (Malaysia Volunteer Fire Rescue Ambulance). Kami bertolak dari rumah pada pukul 8:30 am sebab workshop ini akan bermula pada jam 10:00 (pendaftaran pukul 9:30). Menunggu rakan dan keluarganya di tol Putrajaya, kami tiba di Alamanda lebihkurang 9:30. Pendaftaran berlangsung dan Aiman serta Fayedh No. 170 dan 171. Workshop ini tertumpu kepada beberapa bahagian.
1 - Cara memadamkan api jika pakaian terbakar.
2 - Cara keluar dari bilik yang di penuhi asap akibat kebakaran.
3 - Cara membantu ahli keluarga untuk keluar dari bilik (membawa adik yang pengsan keluar dari bilik - seperti gambar di bawah)
4 - Cara membuka kunci dalam gelap (tutup mata)
5 - Cara melepasi halangan
6 - Cara membantu mengangkat orang sakit.

"Mana aktiviti paling seronok? " bila mereka berdua di tanya, tentulah seperti gambar di atas, menaiki kereta
BOMBA.
Saya amat mengesyorkan pembelajaran ini kepada kanak-kanak. layari lamanweb MVFRA dan cuba dapatkan jadual Children Workshop untuk anak-anak anda.
Kami pulang ke rumah pada jam 14:00. Semuanya keletihan. Ibubapa keletihan menunggu, anak pun sama jugak. Seharusnya boleh selesai lebih awal tapi di tengah-tengah waktu, mereka berdua keluar dari barisan untuk ke tandas dan lewat balik (naik ke tingkat atas pulak tu). Bila di suruh balik masuk ke dalam barisan kembali sudah tinggal last line.
Malam itu juga kami ke rumah bonda di Ampang sebab sudah ada schedule hari Ahad untuk urut mama mereka.
Ahad, sesudah subuh pergi ke rumah tukang urut di Bukit Indah. Sementara itu saya dan bonda pergi ke Pasar Tani Ampang Indah. Beli sayuran dan ikan untuk makan tengahari. Singgah di Restoran Cendol & Rojak di Taman KOSAS untuk sarapan. Pukul 9:00 sudah selesai mengurut jemput mama di rumah urut dan balik ke rumah bonda.
Selepas makan tengahari kami singgah ke rumah adik di Pandan Indah dan kemudian bertolak ke rumah makcik di Kajang. Makan malam di Restoran (tak ingat nama) berhampiran Sg Kantan. Set menu yang agak menarik dan sedap. Set menu untuk 8 orang berharga RM100.00. Ada sup ekor, ikan steam, otak-otak ketam, telur dadar, BBQ Thai, asparagus udang, sotong dan ayam. Air termasuk di dalam set. Servis yang agak perlahan recovered oleh rasa dan harga. . . . . nasib baik lah.
Kami kembali ke rumah pada jam 10:00 malam.

Wednesday, November 28, 2007

SEPANJANG MINGGU

Salam untuk semua. Sudah lama tidak up-date blog. Keadaan yang agak sibuk semenjak dari Syawal lagi.

Sudah bermulanya cuti persekolahan maka anak-anak seperti selalu bertanyakan hendak kemana? Semenjak ibunya berada dalam keadaan kurang sihat (setelah keguguran tempohari - sigh) agak sukar untuk menjadualkan perjalanan jauh. Pada hari minggu kami pergi ke SACC di mana terdapat Ring Without Ice (In-line skating). Bayaran masuk termasuk kos kasut adalah RM10 pada hari Sabtu dan Ahad. Harith yang pada mulanya tak nak main (malu agaknya) apabila di paksa baru hendak join. Walaupun baru pertama kali ketiga-tiganya bermain in-line skating ini tapi agak pantas juga mereka dapat memahirkan diri. Dalam pada mulanya tak nak main, Harith mengesyorkan kami datang kembali mengambil mereka pada 4:30 petang. Ha? Nak main berapa jam? dari pukul 10:30 tu. . . . Teringat semasa bermain skating di Seibu Yuuenchi dengan awek pada hujung tahun 1980 an. Samalah macam anak-anak ni, lebam-lebam lah tangan dan punggung. . . . Opps! Jangan salah faham. Dulu awek, sekarang teman bobok. . . .

Jadual asal pada minggu lepas adalah pergi kerumah Yayasan Amal di Chow Kit. Di sebabkan keadaan jalan yang sesak akibat roadblock (Perhimpunan HINDRAF di Jalan Ampang) kami telah membatalkan perancangan tersebut. Mungkin pada masa akan datang kami akan pergi.

Hari Ahad seperti biasa pergi berbelanja ke pasar di Seksyen 6. Semasa membeli barangan kering, adalah seorang makcik ni dok tanya rega bawang merah. Bila pekedai tu cakap rega sekilo komen makcik ni membuat saya tergelak. "Huh? Harga barang melambung-lambung naik. Kalau gaji melambung-lambung naik takpelah jugak!" Hmmm. Benar jugak tu. Semalam saya bercadang hendak membeli tepung (tepung berprotein tinggi?). Rasanya baru awal bulan November saya membeli pada harga RM1.75 sepeket. Semalam harga sudah jadi RM2.70 sepeket - kensel!. Kenaikan harga ini saya faham memang tidak boleh di elakkan sebenarnya. Harga pasaran gandum dunia yang semakin meningkat. Saya di fahamkan dari harga USD 200 se tan telah meningkat ke USD 700 setan. Harga minyak masak dah memang melambung-lambung semenjak dunia sibuk dengan bio-fuel. Susu kotak yang bulan lepas saya beli di bawah RM3.00, paling murah pun berharga RM3.50. Susu Dutch Lady yang dulu saya beli sekotak RM2.99 telah menjadi RM4.20 - ni harga di TESCO ni.

Dalam keadaan harga tol yang akan meningkat pada tahun depan serta harga minyak yang di jangka meningkat, apakah kesudahan permasaalahan ini? Bagaimana dengan kos penghantaran barangan? Apakah tidak akan ada impak terhadap harga barangan? Sudah tentu ianya pasti. Dalam keadaan kenaikan harga barang yang tinggi (ada yang lebih 20%) ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak mengembirakan - gaji tak naik, kilang-kilang di tutup, penggangguran berterusan apakah impak nya terhadap negara khususnya dan bagaimanakah keadaan anak-anak di masa akan datang?

Masih ramai yang memohon kerja tapi tidak dapat saya penuhi. Ada yang sudah berpengalaman kerja berbelas tahun. Ada yang mempunyai sijil. Sedangkan saya cuma perlukan operator. Takkan nak beri gaji operator sedangkan permintaan lebih tinggi lagi? Lainlah kalau ada had gaji minima, bolehlah nak bercerita.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dengan kelulusan Universiti tahun ini sedangkan yang beberapa tahun lepas sudah graduate pun ada yang tidak kerja lagi.

Semoga bertemu kembali, wassalam.

Friday, September 28, 2007

Salam Ramadan Al Mubarak

Setelah sekian lama tidak memblog, akhirnya terdapat sedikit masa terluang untuk memblog jua. Produksi syarikat telah mula rancak dan bermula Oktober akan mula beroperasi 24 jam jadi ada pekerja akan bekerja shif setelah dibekukan selama hampir setahun.
Walaupun Ramadan, sedang giat berusaha untuk menyesuaikan masa operasi kantin bagi memenuhi keperluan bersahur kepada mereka semua.
Paling sukar mendapat pekerja. Ada yang agak demand, ada yang tak tahan kerja. Tapi paling pening apabila tak ikut jadual - kalau jadual 10 orang, tetiba perlu 15 orang mana boleh nak dapat jam-jam tu jugak kan?
Kalau ada sesapa yang ada saudara atau rakan yang tengah cari kerja dan berminat nak kerja di industri automotive bolehlah hubungi seberapa segera ke alamat berikut :
TOYOTA AUTO BODY (M) SDN BHD
LOT 11, PERSIARAN PERUSAHAAN
SECTION 23, SHAH ALAM.
TEL : 5548 1118 (BAHAGIAN PERJAWATAN)
Btw tadi sempat melayari http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp dan check daftar tempat mengundi. Dah lupa dulu pernah tukar alamat tapi last election tak boleh pindah ke Shah ALam dan masih mengundi di Ampang. Kali ini tempat mengundi telah berubah ke Shah Alam.
Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda?

Cerita Dolu Dolu