Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 03, 2005

AKADEMI FANTASIA DAN AZNIL


Akademi Fantasia 3 bakal berakhir dengan kemuncak Konsert Final pada 6 Ogos 2005 di Stadium Malawati, Shah Alam. Siapa pemenangnya? Pengundi/peminat menentukan. Walaubagaimanapun, bekas pelajar Akademi ini akan popular tetapi sejauh mana popularity mereka tidak dapat dijangkakan kerana jika dilihat dari AF1 dan AF2 berbagai keadaan telah berlaku. Pelajar yang dianggap berbakat hilang entah kemana dsbnya.
Terpanggil untuk menulis berkaitan Aznil. Aznil merupakan sinonim dengan AF dan pengacara dari AF1 hingga sekarang dan mungkin juga Af4, AF5 dan seterusnya. Apa yang menjadi kegusaran adalah tuturkata Aznil didalam mengacarakan konsert tersebut. Rasanya ramai pihak bersetuju bahawa AF telah merubah sedikit tempo cara hidup kebanyakan rakyat Malaysia. Berkumpul beramai-ramai dihadapan televisyen pada hari Sabtu jam 8:30 untuk menonton konsert AF. Mungkin tidak banyak rancangan TV yang disajikan menarik minat seluruh isi keluarga hingga ke masa siaran yang lewat.
Selain dari skrip (kalau ada skrip) yang cuba memasangkan antara pelajar, perkataan yang Aznil gunakan agak mengejutkan dan kadang kala tidak sesuai untuk tontonan umum (AF bukan rated 18SG rasanya). Penggunaan perkataan 'double meaning' - seperti sebelum persembahan Akma - belum kahwin? ngak ada yang cocok? Nanti kalau ada yang cocok kahwin ya! atau pun perkataan 'kemut' rasanya amatlah tidak sesuai sekali.
Semasa konsert tersebut, anak saya bertanya apa makna 'kemut' tu? Apa nak jawab? Biarkan ia berlalu sahajalah. Itu belum lagi sindiran sindiran panas yang di keluarkan.
Harapnya Aznil ni berubah lah (fikirkan market/penonton). Meminjam kata kawan saya " Aku banned AF sebab Aznil". Should I follow suit?

Thursday, July 28, 2005

CSI

Dah lama aku tak menulis dalam blog aku nih. Kesibukan amat ketara sekarang. maybe lepas ni aku boleh menulis bebanyak lah sikit kot sebab komputer pun dah okay kat rumah. Banyak benda boleh cerita, banyak bahan boleh di kupas (ingat bawang?) tapi aku ralat sikit tak dapat tengok CSI Season Finale malam tadi. Argghhh. Ada seminar lah pulak tapi nak buat camana kan? CSI tu hiburan, seminar tu ada manafaatnya. Kagum aku pada Dr.Nordin (pengasas World Wellness + RX Water) sebab dari pesakit kanser yang kena buat kimoteraphy, rambut dah nak habis, semalam first time jumpa (dulu tengok gambar lah kan?) lebat dah rambut dia. Menyebabkan aku mula berangan nak pakai RX Shower (buat permulaan lah). Harap-harap aku tak terrmiss ulangan CSI Season Finale minggu ni (kalau tak silap hari Ahad kot?).

Friday, June 10, 2005

Al-Quran

Apabila masyarakat dunia didedahkan dengan kebiadaban askar Amerika terhadap tindakan mengoyak dan membuang Al-Quran, seluruh dunia mengecam termasuk Malaysia tapi apa yang boleh kita lakukan? Apa yang negara bolah lakukan? Pak Lah kata "kita tak boleh buat apa-apa". The Council on American-Islamic Relations (CAIR) telah melakukan tindakan pro-aktif dengan memberi terjemahan AL-Quran kepada sesiapa sahaja yang hendak mengetahui dengan lebih mendalam tentang Islam dan Al-Quran dan tidak tertakluk kepada orang Islam sahaja.
"In today’s climate of heightened religious sensitivities and apparent cultural clashes, now is the time for people of all faiths to better acquaint themselves with Islam’s sacred text, the Holy Quran.The Council on American-Islamic Relations (CAIR) is proud to announce a new campaign intended to promote understanding of the Quran by distributing complimentary copies to any interested member of the American public. This campaign, titled Explore the Qur’an, serves as a response to those who would defame and desecrate the holy book of Muslims without full knowledge of its teachings.False and uninformed accusations have been leveled against the Qur’an for some time. But now, this initiative places the sacred text directly in the hands of the American people and encourages all people of conscience to discover the truth about Islam. Explore the Qur’an allows the holy book to speak for itself and educate people of other faith traditions about the universal teachings of Islam. "
Hasil tindakan pro-aktif mereka telah ramai yang memohon naskah tersebut hingga mencecah puluhan ribu orang.
The CAIR campaign has drew Americans from different cross-sections, who were curious about learning the true essence of Islam. They included a police officer, Christian religious leaders and professors, CAIR said. “It is not really a book that promotes violence. Its ultimate world view is peace in a community sense,” CAIR quoted as saying Arthur Ort, one of those who got a free copy of the Noble Qur’an. “I wanted to read it in English for myself and see just what it does say and see if I can understand it,” added Chuck Roth, a Vietnam veteran. ABC’s veteran reporter Bill Blakemore commented that CAIR “is now entrusting their miracle into the hands of non-Muslims, hoping their neighbors will get to know them better.”
Tindakan proaktif CAIR telah membantu rakyat Amerika untuk memahami Islam. Bagaimana pula negara kita? Tindakan pihak pembangkang terutamanya PAS telah disekat dari menyampaikan maksud sebenar dan rasanya masih ramai di dalam Malaysia sendiri tidak memahami dan cuba menjauhi Islam selagi pihak atasan dan wartawan tidak mendedahkan apa yang seharusnya difahami oleh umat Islam dan bukan Islam.
Antara perkara yang menarik untuk di lihat dan seharusnya lebih dijelaskan terutama oleh akhbar-akhbar mainstream adalah perkara-perkara seperti berikut:
What about Muslim women?
Under Islamic law, women have always had the right to own property, receive an education and otherwise take part in community life. Men and women are to be respected equally. The Islamic rules for modest dress apply to both women and men equally. (Men cannot expose certain parts of their bodies, wear gold or silk, etc.) If a particular society oppresses women, it does so in spite of Islam, not because of it.
Kenyataan diatas menjelaskan secara mudah pandangan dasar Islam yang kerap diputarbelitkan oleh pihak yang memegang fahaman sekular. Satu lagi perkara yang menjadi masalah salah faham terhadap Islam adalah Jihad.
What is Jihad?
"Jihad" does not mean "holy war."
Literally, jihad means to strive, struggle and exert effort. It is a central and broad Islamic concept that includes struggle against evil inclinations within oneself, struggle to improve the quality of life in society, struggle in the battlefield for self-defense (e.g., - having a standing army for national defense), or fighting against tyranny or oppression.
Takkan nak diharap Astora Jabat yang terang-terang telah difatwakan oleh Mufti Perak sebagai
'terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.' Walaupun perwartaan fatwa ini berkaitan tulisan Astora berkaitan azab kubur tetapi ianya secara tidak langsung menjadi asas kepada pegangan penulis ini yang diketahui amat kerap menghentam ulama-ulama.
Semoga kita lebih bersikap proaktif dalam memberi penerangan kepada bukan Islam dan juga orang Islam sendiri.
Wallahu'alam

Wednesday, June 08, 2005

Star Wars III - Revenge of the Sith

3 June 2005, setelah lama kureng minat pada filem sekeluarga telah pegi menonton wayang Star Wars III. Walaupun dah buat phone booking tapi sebab 5 orang akhirnya cuma dapat row E, lima dari depan. Kesimpulan pertama - baik tengok kurang-kurang kat row atas sikit - H ke J sebab berbanding Star Wars dulu-dulu, filem tersebut dipenuhi oleh pelbagai. Terlalu detail yang hendak di tonton. Kepala anak saya kejap ke atas, kejap ke bawah sebab nak mendalami keseluruhan skrin agaknya. Nasib baik tayangan yang ada kosong jam 11:45pm. Kalau awal, mahu tak jadi pergi sebab tersangkut dengan MD kat office sampai 9:00pm. Bila dah tengok, anak-anak dan juga orang rumah dok tanya kesinambungan filem (Episod IV). Susah nak explain tu. Cuba juga mencari VCD / DVD dikedai keesokan harinya. Tiada pulak tu. . . kena jalan jauh sikitlah agaknya.

Wednesday, June 01, 2005

Samseng sekolah

Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh, kejadian ini amat menyayat hati. Kes ini berkaitan kes di sekolah berasrama dan yang lebih mengejutkan kerana ia berlaku di sekolah agama. Apakah ianya kejadian berkecuali sedangkan kita dikejutkan dengan berita pelajar dipukul hingga mati kerana tidak mahu meminjamkan cerek letrik juga berlaku di sekolah agama. Kenapa? Sekolah Agama menjadi tempat buangan samsengkah? Mentaliti sekolah agama telah berubahkah hingga pelajar tidak lagi boleh menentukan baik atau buruk? Bagaimana jika anak hendak masuk kesekolah asrama? Yes? No? Susah nak diberi jawapan yang tepat. Sekolah asrama seharusnya bukan sahaja mengajar pelajar lebih berdikari dan bertoleransi berbanding pelajar aliran biasa kerana hidup berjauhan dengan ibu-bapa tetapi juga lebih berdisiplin. Masalah disiplin pelajar sekolah agama telah menjadi perbualan semenjak dari zaman persekolahan lagi. Adakah kerana mereka pelajar yang kurang cerdik dan cerdas? Tidak mungkin kerana rata-rata pelajar sekolah berasrama adalah pelajar terpilih. Mungkin bukan pada tahap pilihan pertama yang lebih tertumpu kepada sekolah berasrama penuh ternama seperti Sekolah Alam Shah atau Kolej Melayu Kuala Kangsar dsb. tetapi masih merupakan pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akedemik dan pemilihan ke sekolah agama berdasarkan pencapaian PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Kita tunggu komen dan tindakan dari pihak kementerian.

Cerita Dolu Dolu