Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 22, 2013

HOLD THE PHONE! MAKNANYA TUNTUTAN ROYALTI TU BETUL?


Royalti: PM jamin akan adil

KOTA BHARU 20 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berlaku adil kepada rakyat Kelantan dalam isu bayaran tunai hasil petroleum yang akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas yang telah dibentuk.
Menurut Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memberi perkenan melantik wakil kerajaan negeri ke jawatankuasa tersebut bagi membincangkan isu berkenaan yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu bagi kepentingan politik dengan menimbulkan kemarahan rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat.

"Jawatankuasa ini akan membincangkan satu persatu secara mendalam mengikut undang-undang dan perlembagaan negara secara telus. Kita takkan selindung, kita akan buka buku kita, kita adil pada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita tak tipu sesen pun pada rakyat Kelantan ini," katanya di sini hari ini.
Beliau berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.
Mengulas lanjut, Najib membidas pihak tertentu yang hanya pandai berarak ke merata tempat dengan menabur pelbagai dakwaan tanpa asas kukuh, kononnya hasil petroleum yang patut diterima oleh Kelantan berjumlah berbilion ringgit.

Sebaliknya jelas Perdana Menteri, jumlah hasil petroleum yang sepatutnya diterima oleh rakyat negeri ini akan diputuskan oleh jawatankuasa khas tersebut yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam perundangan.

"Kita akan maklumkan pada rakyat Kelantan bahawa satu tong minyak yang patut menjadi hak rakyat kelantan. Ambo jamin, hak rakyat Kelantan takkan diambil oleh sesiapa, tapi sebelum itu janganlah berarak sana berarak sini, sebut RM6 bilion, RM10 bilion apa asasnya? Dia sebut sahaja, jangan kelentong, jangan belawok (menipu), rakyat tentu akan sedar suatu hari nanti," katanya.

Sebelum ini, Najib menyatakan kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara dan wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Cerita Dolu Dolu