Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 10, 2012

SAMPAI GITU SEKALI FOBIA? PAKAI WARNA PELANGI TERUS LA.


Petugas SPR Tidak Akan Pakai Baju Kuning Semasa Pilihan Raya Umum
KUALA LUMPUR: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan memakai pakaian berwarna kuning pada pilihan raya umum walaupun ia menjadi warna korporat mereka kerana tidak mahu dikaitkan dengan Bersih.
Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah perkara biasa bagi kakitangan SPR di tempat mengundi memakai kemeja-T berwarna kuning.
"Kuning adalah warna korporat kami dan SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
"Tetapi kelihatan seperti kita perlu memilih warna lain sekarang kerana Bersih telah menggunakan kuning.
"Kami akan memilih warna yang bebas daripada mana-mana parti untuk baju-T. Yang selebihnya tetap sama," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan tengah ceramah bertajuk 'Bersih 3.0: Mahu Apa Lagi?'
Beliau ditanya sama ada SPR akan berhenti menggunakan warna kuning semasa pilihan raya kerana warna itu telah dikaitkan dengan Bersih.
Wan Ahmad juga berkata bahawa mereka telah mengenal pasti enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pemerhati domestik untuk pilihan raya umum.
Beliau berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat pertama dengan NGO non-partisan minggu depan.
Pemerhati antarabangsa juga akan dijemput untuk memantau pilihan raya, katanya.
Wan Ahmad mendakwa Bersih mempunyai agenda politik dan tidak ikhlas inginkan pembaharuan.
Beliau berkata suruhanjaya itu telah membuka ruang untuk perbincangan tetapi kumpulan-kumpulan tertentu telah mengabaikan saluran itu.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Wan Ahmad berkata suruhanjaya itu telah bersedia 80 peratus untuk pilihan raya dan kini memberi tumpuan kepada taklimat dan persediaan parti-parti politik.

2 comments:

Unknown said...

Salam tuan,

wa nak menghasut agar blog ghaflah.blogspot.com dilinkkan dari blog tuan ..

terima kasih

mahaza said...

Salah link kot sbb takde pun?

Cerita Dolu Dolu