Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 26, 2012

TERPUKULKAH UMNO DENGAN PERGINYA TS KADIR?

Umno terima perletakan jawatan Kadir Sheikh Fadzir

March 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Umno telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai ahli parti dengan rasmi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata hari ini.

“Kami telah menerima surat itu dan pihak pengurusan telah tenerima,” kata setiausaha agung Umno dipetik Bernama Online. Notis perletakan jawatan itu telah dihantar melalui faks dan e-mel.
Pada 19 Mac, Abdul Kadir (gambar) yang merupakan bekas Menteri Penerangan dan mantan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meletak jawatan sebagai ahli Umno selepas 56 tahun dalam parti tersebut.
Abdul Kadir hangat diberitakan pada bulan Januari apabila beliau menuduh Umno sebagai memberi sogokan antara RM200 dan RM1, 000 kepada pengundi dalam pilihan raya yang lalu.
Abdul Kadir yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau turut menggunakan strategi “bom” bagi memenangi pilihan raya di Kulim-Bandar Baharu yang dipegang oleh beliau sejak tahun 1978.
Kritikan Abdul Kadir ini telah menarik Adnan untuk mempersoalkan keahliannya dalam Umno memandangkan rasa tidak puas hati yang ketara.
“Jika beliau (Abdul Kadir) merasakan Umno tidak baik, mengapa beliau tidak keluar daripada parti?” Adnan sebelum in dipetik berkata oleh Bernama Online.
Adnan sambil juga menambah bahawa Abdul Kadir mungkin dikenakan tindakan disiplin atas kenyataan beliau, tetapi beliau sekarang sudah pun meninggalkan Umno.

No comments:

Cerita Dolu Dolu