Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 18, 2011

Tunggu ada komen dari SIS tak nanti.


Kelantan Pertimbang Hukuman Lebih Berat Kepada Perceraian Tak Munasabah
KOTA BARU: Kerajaan PAS Kelantan akan mempertimbang untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Wan Ubaidah Omar berkata pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.
"Kita akan pertimbangkan," katanya ketika menjawab soalan Hassan Mahmood (PAS-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini Selasa.
Tanpa menyebut jumlah perceraian di Kelantan, Wan Ubaidah berkata kadar perceraian di Kelantan sejak 2005 hingga 2010 ialah 14.67 peratus.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri kini mengenalpasti empat kontraktor bagi pembinaan kompleks stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Projek pembinaan itu akan bermula pada Mac 2012 di kawasan seluas 49.2 hektar, katanya semasa menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh). - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu