Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 05, 2011

AWAT BERNAMA TAKDE BERITA ESKAY NAFI TUDUH ANWAR YA?

Eskay Beri Keterangan Kepada Polis
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada Rabu memberi keterangan kepada polis berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat lepas.
Beliau hadir di Balai Polis Kepong kira-kira 11 pagi bersama seorang lelaki dengan menaiki kereta Proton Waja dan keluar dua jam kemudiannya selepas diambil keterangan. Sementara itu, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yang datang secara berasingan kemudiannya masuk ke dalam balai yang sama kira-kira 2.30 petang untuk diambil keterangan.
Difahamkan seorang lagi anggota trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan diambil keterangan pada 4.30 petang Rabu.
Pada Jumaat lepas, Eskay melafazkan sumpah laknat di masjid tersebut untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lepas.
Kira-kira 300 penyokong PKR berkumpul dan membuat kekecohan di luar dan dalam masjid itu bagi menghalang niat Eskay. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu