Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 13, 2011

MAMPUKAH BN TABUR DUIT TANPA HASIL?


2008 ramai calon Pakatan yang dipilih lemah sahsiahnya dan tidak yakin menang dan apabila menang ramai yang terkejut beruk. Sebab itu ada yang selepas menang tak keluar rumah. Berbeza dengan keadaan sekarang dimana keyakinan untuk menang lebih tinggi. Bagi Sarawak kehadiran penduduk untuk mendengar ceramah meyakinkan berbeza dengan ceramah di Semenanjung kadangkala dipenuhi oleh orang luar bukan rakyat tempatan. Kesukaran laluan untuk menuju ketempat ceramah menceritakan keadaan sebenar. JOM UBAH. 

Sebut fasal UBAH. PRU13 nanti harap setiap negeri PAKATAN RAKYAT boleh sediakan satu maskot seperti UBAH di Sarawak. Sekurang-kurangnya mak bapak mungkin terpaksa beli sebab anak dia nak.... ahak ahak ahak

BN dijangka tabur jutaan ringgit pada 4 hari terakhir kempen

SATOK: Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.
“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.
“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini.
Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.
“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.
“Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.
“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.
“Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu