Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 15, 2010

TAHNIAH! SEMOGA BERTERUSAN. HARAP MENJADI IKUTAN

Pelajar Muslim Terengganu perlu baca al-Quran sebelum mula kelas 


BESUT - Semua sekolah di Terengganu dikehendaki memula:kan sesi persekolahan harian mereka dengan bacaan al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan. 

Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah pelajar seiring dengan kecemerlangan akademik. 

Menurutnya, bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis (SJK) Cina atau Tamil pula murid akan dibimbing terus oleh guru agama di sekolah itu. 

“Jabatan akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin dalam kalangan pelajar negeri ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong, dekat Jertih, di sini. 

Razali berkata, kecemerlangan yang dicapai seseorang hanya 6 peratus sahaja menyumbang kepada kebahagiaan hidup selebihnya adalah sahsiah diri, keperibadian dan akhlak. 

Selain itu katanya, mulai tahun depan juga semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana sebelum ini. 

Beliau juga berkata, semua sekolah di Terengganu dikehendaki mengadakan solat hajat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan dan satu lagi solat hajat serentak di seluruh negeri yang dirancang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu