Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 05, 2010

CEH! AKU INGAT DIA CAKAP FASAL SEKOLAH ALAM SHAH

BN mahu rahsiakan kemelut SAS – Yong

gfdhhsfgfOleh Queville To
KOTA KINABALU: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak untuk mengeluarkan Kertas Putih tentang kemelut Saham Amanah Sabah (SAS) menunjukkan Barisan Nasional (BN) mahu ianya dirahsiakan, kata bekas ketua menteri Yong Teck Lee.
"Ini jelas menunjukkan para pemimpin BN terutama para menterinya mempunyai sesuatu yang hendak dirahsiakan," kata Yong, yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Liew Teck Chan pada sidang DUN di sini hari Selasa lalu.
Yong berkata, SAPP akan mengeluarkan Kertas Putih mengenai SAS pada sidang kedua DUN selepas pilihan raya umum ke 13 nanti, sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru.
"Setelah itu nanti, baru kita dapat melihat gambaran sepenuhnya," terang beliau.
Memandangkan kabinet BN dan para menterinya telah menyatakan pendirian mereka dan alasan mereka berhubung isu ini maka ia akan menjadi bahan rujukan untuk pentadbiran negeri pada masa depan apabila menangani isu ini.
Yong juga berkata, beliau sedikit pun tidak terperanjat apabila beliau diserang ketika perdebatan hangat tentang usul ini di antara dua Adun SAPP dan wakil-wakil BN.
"Sebaliknya saya akan merasa terkejut sekiranya tidak ada serangan terhadap saya," kata Yong.

No comments:

Cerita Dolu Dolu