Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 28, 2010

Mesir halang aktivis hantar bantuan

SYAITAN PALING BESAR ATAU DAJJAL PALING UTAMA - NI LAH DIA...... ISRAEL DAN AMERIKA DAH JATUH NOMBOR 2.

RAFAH - Pihak berkuasa Mesir menghalang konvoi Jordan daripada memasuki Genting Gaza melalui sempadan Rafah, kelmarin.

Sebaliknya, pasukan keselamatan Mesir menuntut delegasi Persatuan Profesional Jordan yang menyertai konvoi itu supaya memasuki Gaza melalui sempadan Erez di Israel.

Bagaimanapun, konvoi itu menolak tuntutan pihak berkuasa Mesir dan menegaskan tidak akan berganjak 'walau apa jua berlaku' sehingga dibenarkan memasuki wilayah Palestin itu.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada program yang diluluskan persatuan tersebut dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza, walaupun selepas Mesir memberi amaran awal menghalang delegasi itu memasuki Gaza melalui Rafah.

Persatuan itu mengecam tindakan Mesir yang dianggap sebagai sekatan yang dikenakan negara Arab sendiri ke atas penduduk Palestin dan menuntut dunia Arab berusaha menamatkan sekatan itu.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Parti Al-Wafd Mesir, Fouad Badrawi mengumumkan pihak berkuasa Mesir meluluskan permohonan parti itu untuk menghantar konvoi bantuan ke Gaza.

Peserta konvoi yang akan membawa bantuan perubatan hampir empat tan itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dan dijadualkan memulakan perjalanan pada 1 Julai depan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu