Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 10, 2009

Umat Islam diminta nilai cara Kerajaan Selangor selesai isu arak

Saya terbaca berita seperti di bawah. Jika MBSA atau MBPJ tidak memperbaharui lesen perniagaan yang di keluarkan setiap tahun kepada Carlsberg atau Guiness, apakah syarikat tersebut perlu tutup operasi? Atau kena saman sahaja sebab operasi tanpa lesen perniagaan? Apakah implikasi undang-undang terhadap kerajaan negeri? Ada sesapa boleh beritahu?

SUNGAI PETANI - Umat Islam diminta menilai cara Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan Negeri itu.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Mohd Shafie berkata demikan kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani.
“Pas kini telah berada dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu,” katanya.
Semalam, Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri, bagi me
mbendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu