Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 26, 2009

Usah sebut ‘Pakatan Rakyat’: Shafie

BANDAR TUN RAZAK – Ahli UMNO dilarang dan dinasihatkan berhenti memanggil nama parti pembangkang dengan ‘Pakatan Rakyat’ kerana nama yang layak untuk mereka adalah ‘Pakatan Pembangkang’ kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata, ahli UMNO khasnya dinasihatkan agar jangan lagi menyebut atau memanggil dengan gelaran itu, kerana ucapan mereka itu adalah satu doa.

“Kita ahli UMNO jangan pula dengan mudah mengiktiraf mereka sebagai pakatan untuk rakyat, mereka bukan pakatan rakyat, malah memecah- belahkan rakyat jadi adalah lebih tepat nama yang dipanggil ‘pakatan pembangkang’ yang mana mereka ini yang sering kali membangkang keputusan kerajaan.

Kot ye pun, habis yu nak panggil apa kat Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan? Pakatan Pembangkang juga? Kan tak betul tu.... Kot ye pun, agak-agak le nak naikkan nama sendiri pun...kurang-kurang pun statement Pakatan Rakyat dapat perbezaan dengan jelas...

No comments:

Cerita Dolu Dolu