Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 20, 2009

BANYAK SPEKULASI ??

Dipetik dari MSTAR ONLINE

Isnin Julai 20, 2009
SPRM: Henti tuding jari, tunggu hasil siasatan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Bila ini berlaku saya teringat siri US police videos yang kadang kala di tayang di AXN atau di Star World.

Antara yang saya ingat lagi adalah isu seorang polis di dakwa mencabul (meraba?) pesalah semasa pesalah tersebut di tahan di tepi jalan disyaki memandu dalam keadaan mabuk. Video yang di pasang di kereta peronda (cannot be tempered) telah menyelamatkan polis tersebut.

Ini harus di laksanakan untuk menyelamatkan kedua-dua belah pihak. Kita tidak harus ketinggalan tetapi cuba menggunakan teknologi di tempat yang tidak perlu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu