Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 13, 2006

Biar Lewat Jangan Tiada Langsung

Terpanggil menulis apabila terbaca keratan akhbar sepeti di bawah. Kerap tindakan tegas dan susulan serta informasi berita (berita buruk) akan lebih nyata apabila berlaku kehilangan nyawa apatah lagi membabitkan kanak-kanak. Apakah ianya hanya di Malaysia?
Saya rasa tidak. Mengambil contoh berita NHK (Jepun) isu pemandu mabuk sebenarnya sudah lama tetapi tidak terlalu diambil serius sehingga baru-baru kes langgar lari membabitkan 2 nyawa kanak-kanak. Setelah dari itu, hampir setiap hari berita berkaitan pemandu mabuk dikeluarkan serta beberapa tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh rakyatnya untuk mengelak dari memandu dalam keadaan mabuk. Kerjasama restoran dan izakaya juga banyak membantu mengurangkan masalah pemandu mabuk.
 Banteras lumba mat rempit
Oleh Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Rohana Mohd Nawi dan Nurhayati Abllah
Najib mahu penguatkuasaan berterusan, kesal budak jadi mangsa di Kelantan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu penguatkuasaan berterusan dilakukan bagi membanteras habis-habisan perlumbaan haram membabitkan ‘mat rempit’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.“Kita ingin melihat perlumbaan cara ‘mat rempit’ dibanteras. Jika mereka melanggar undang-undang, tindakan lebih tegas perlu diambil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bungkusan Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia di sini semalam.Najib kesal kerana perlumbaan haram membabitkan ‘mat rempit’ turut menyebabkan kemalangan termasuk yang terbaru mengorbankan seorang budak lelaki berusia tiga tahun di Kota Bharu, Isnin lalu.Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Muhammad Aufal Khalilah Mohd Saberi, dikatakan terpelanting selepas dirempuh motosikal daripada kumpulan ‘mat rempit’ yang berlumba di Jalan Sultan berhampiran Masjid Muhammadi, Kota Bharu.Muhammad Aufal meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas 10 jam koma kerana pendarahan otak. Penunggang berusia 17 itu melarikan diri sebaik merempuh mangsa, tetapi ditahan polis di rumahnya di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada 4 pagi semalam. Polis mengesan tiga lagi ‘mat rempit’ yang terbabit dalam perlumbaan itu dan setakat ini sebuah motosikal dirampas.」

No comments:

Cerita Dolu Dolu