Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, November 09, 2012

MELAYU UMNO TAKDE RASA MALU KE?


DAP: 'MCA tidak layak cakap'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
9 November 2012
Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw

SHAH ALAM – Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) DAP, enggan melayan desakan MCA yang disifatkan sebagai hanya membuang masa jika mereka menuruti tuntutan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
 
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hudud.

“Sudah-sudahlah bercakap soal hal ini, MCA sekarang ini cuba jadi batu api untuk mengeruhkan hubungan baik DAP dengan Pas dan orang Melayu yang lain.

“Dia tidak perlu dan tidak layak pun bercakap soal ini (hudud), dia bukannya Tuan Guru Nik Aziz (Musyidul Am Pas) yang mempunyai kepakaran dalam hal ini, jadi buat apa kita mahu melayan cakap dia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Seng Giaw, Soi Lek sengaja mencari pasal apabila membuat cabaran itu kepada DAP sedangkan MCA sendiri tidak pasti tentang perkara itu.

Pada Sabtu lalu, MCA mencabar PR untuk meletakkan hudud dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mereka sekiranya benar menyokong perjuangan Pas dalam menegakkan hukum Islam.

Selain itu, Soi Lek turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka,  sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengingatkan Soi Lek untuk berhenti bercakap mengenai hal agama orang lain.

Thursday, November 01, 2012

AES MENDIDIK MASYARAKAT? ATAU UNTUNGKAN KRONI


Jika benar AES dipasang untuk mendidik serta mengurangkan kemalangan kenapa AES beroperasi 24 jam? Kerajaan mengatakan mereka mengambil contoh negara maju yang telah menggunapakai sistem ini. IYO LAH.


Dibawah adalah berita AP (dalam BI) yang menerangkan penggunaan SC (Speed Camera) di Chicago.

Beza antara kita dengan mereka?

1. Dia:  ada masa operasi dan kawasan tumpuan iaitu sekolah dan taman. Operasi juga  menurut masa persekolahan dan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. 
    Kita : tiada garismasa 24/7. Sekolah cutipun kena bawak 30km/j di kawasan sekolah.

2. Dia. Jika had kelajuan lebih adalah kurang dari 6 mph (10kmh) tiada saman; jika had lebih antara 10kmh ke 17kmh 50% (USD50) dan jika lebih 18kmh jumlah saman penuh (USD100).
    Kita. Lebih 1kmh - saman penuh RM300

3. Dia; Kamera diletak ditempat mudah berlaku kemalangan akibat kecuaian dan merbahaya iaitu kawasan lampu isyarat, sekolah dan taman (safety zone) untuk mengurangkan risiko kemalangan. MATLAMAT : menyelamatkan nyawa terutama kanak-kanak.
    Kita : Di letakkan ditempat yang boleh MEMASTIKAN saman boleh dikeluarkan. MATLAMAT: mengurangkan kemalangan? HA HA HA

4. Dia (di Australia); Papantanda makluman kamera diletak ditempat boleh dilihat dan besar.
    Kita ; Kalau boleh letak bawah pokok supaya tak nampak. Kecik pulak tu.

5. Dia : Kamera otomatik membantu Majlis Perbandaran Tempatan (selain pendapatan) memastikan persekitaran jalanraya yang selamat juga kurang kerja polis.
    Kita : AES jalan, polis pun tembak jugak - Saman Double Barrel. Ada yang sudah kena saman AES juga saman POLIS dalam jarak kurang 10 km. (Sayangnya saya tak dapat contoh yang banyak untuk kes ini sebagai rujukan)

KESIMPULAN SAYA : AES yang mengenakan saman tanpa kompromi membebankan rakyat. Jika perbandingan di Chicago digunapakai, anggapkan saman maksima tersebut 10% dari pendapatan bulana makanya pendapatan bulanan rakyat Chicago adalah USD1,000 (walaupun ianya tidak benar) dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang perlu membayar RM300 sekali saman, jika ianya 10% dari gaji bermakna pendapatan minima secara purata pemandu kereta di Malaysia adalah RM3,000. Ironinya, ramai juga yang kena saman AES adalah mereka yang layak menerima BR1M yang bermakna berpendapatan kurang dari RM3,000. 

Mungkin niat asal benar ianya untuk mendidik tetapi terlalu banyak kepincangan dan keraguan dalam perlaksanaan AES yang menimbulkan persepsi tidak lain tidak bukan bertujuan mengaut keuntungan apatah lagi ianya diuruskan oleh pihak swasta yang pastinya berorientasikan keuntungan bukannya khidmat sosial (CSR).

Quinn signs speed camera bill for Chicago

February 6, 2012

The Associated Press

Listen to Alex Keefe, Kristen McQueary and Wired editor Thomas Goetz discuss the speed cameras.
00:00
15:37
Chicago will be able to use automatic speed enforcement cameras to monitor drivers around the city's parks and schools and issue up to $100 tickets to motorists under a law signed Monday by Gov. Pat Quinn.
Starting in July, cameras may operate on school days from 6 a.m. to 8:30 p.m. Monday through Thursday and 6 a.m. to 9 p.m. on Friday. They also can operate near parks from an hour before opening to an hour after closing.
Those going 6 mph to 10 mph over the speed limit face $50 fines and those going 11 mph over would face a $100 fine.
"Safety is paramount when it comes to children," Quinn said at a high school on the city's South Side. "If we can save lives, children's lives in particular, I think that's a worthy goal."
Critics, however, have argued such cameras don't improve safety and are used to generate big revenue for local governments.
Chicago already has red-light cameras at some intersections. The revenue from the red-lights cameras in 2010 was about $66 million, according to city officials. The Chicago Tribune, which analyzed federal data on crashes between 2005 and 2009, found that of the 251 pedestrian deaths in the city, less than half occurred in the "safety zones" and less than one-quarter involved speeding.
Quinn dismissed the criticism, saying his decision was based on safety.
About one-third of the approximately 405,000 students enrolled in Chicago Public Schools walk to school, according to district officials.
Chicago Mayor Rahm Emanuel had pushed for the legislation and called it a good day for Chicago.
"All this requires is that drivers obey the law near schools and parks to ensure the safety of our kids," he said in a statement.

Tuesday, October 30, 2012

KANTOI! SENDIRI PECAH LOBANG.


"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007"
Kamalanathan: Liu bohong isu kondo Batu Caves
10:12AM Okt 30 2012 
Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan mendesak Ronnie Liu supaya memohon maaf secara terbuka berikutan dakwaan exco kerajaan negeri Selangor itu yang mengaitkan beliau dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Kamalanathan menyifatkan dakwaan Liu bahawa beliau dan Pengerusi Gerakan Selangor Senator A Kohilan Pillay adalah antara anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu sebagai satu pembohongan.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

Kamalanathan mengulas kenyataan Liu baru-baru ini bahawa beliau dan Kohilan, yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu.

"Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Oktober lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan," katanya.

Bernama

Monday, October 22, 2012

Wajibkah Jumaat Pada Hari Raya?


Dari tulisan Dr Mohd Asri, mantan Mufti Perlis.

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?
Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :
قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ
“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).
Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.
Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

Monday, October 15, 2012

PEMBOHONGAN ATAS NAMA ISLAM


Perbankan Islam diminta lebih berperikemanusiaan

14 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.
   
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.
   
Beliau berkata demikian dalam Forum Pengguna 2012 bertajuk "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?" di sini.
   
Aktivis PPIM Shirazdeen Adam Shah bertindak sebagai moderator forum itu manakala Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad Ustaz Mohd Nadzri Chik sebagai panel kedua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Abdul Manap Abdul Wahab menjadi panel keempat.
   
Sheikh Abdul Kareem yang juga panel ketiga forum itu berkata sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka.

Sementara itu, panel pertama yang juga Pengarah Institut Kajian Tadbir dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan berkata Bank Negara perlu memperbaiki sistem Perbankan Islam di seluruh negara supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam hal tanggungan hutang akibat rumah terbengkalai.
   
Katanya, kerajaan juga perlu mewajibkan semua pemaju swasta menyiapkan rumah terlebih dahulu yang kemudiannya baru menjalankan operasi jualan termasuk memperkenal insurans jaminan kepada pembeli untuk menyelamatkan diri daripada dibelenggu isu itu.
   
Di samping itu, Dr Nuarrual Hilal juga menyarankan bakal pembeli rumah membuat pembelian daripada pemaju kerajaan bagi mengelakkan risiko muflis akibat menanggung hutang bank kerana projek perumahan terbengkalai.
   
Beliau berkata sekiranya golongan itu membeli rumah daripada kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) ia lebih memberi jaminan dari aspek modal yang membolehkan rumah siap berdasarkan jadual ditetapkan. - Bernama

Cerita Dolu Dolu