Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 05, 2011

APA PULA SELEPAS INI? FEEDLOT SAJA BOLEH BEKAL LEMBU?

Aidiladha: Tindakan tegas jika sembelih tanpa permit

November 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan korban sempena Aidiladha esok diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata ini kerana di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.
“Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas,” katanya dipetik Bernama Online.
Aziz berkata pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan mengejut di semua masjid dan surau serta tempat penyembelihan luar di seluruh negara pada Hari Raya Aidiladha.
“Pemeriksaan ini meliputi permit kebenaran, kebajikan ternakan, penyakit dan keselamatan daging korban yang akan diedarkan,” katanya.
Aziz berkata permohonan permit bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dibuat di pejabat JPV Kuala Lumpur di KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras di mana kaunter akan dibuka hari ini mulai pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang.
Beliau berkata pemohon perlu membawa bersama sijil kesihatan veterinar, yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.

Monday, October 31, 2011

CUBA TEKA BLOGGER MANA KTK MAKSUDKAN.

Koh Nafi Beritahu Blogger Akan Cabar Guan Eng Pada PRU Ke-13
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.
Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.
Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.
"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.
"Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM di Cheras dekat sini Ahad.
Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.
Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU ke-13 itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.
Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.- BERNAMA

Saturday, October 29, 2011

TURKEY BELUM SELESAI, PERU PULA DILANDA GEMPA.

Magnitude 6.9 quake hits Peru
A magnitude 6.9 earthquake has hit southern Peru.

The US Geological Survey says the quake occurred at about 2:00 PM local time on Friday, in a coastal area 50 kilometers south of the southern city of Ica. The quake's focus is estimated to be 14.8 kilometers deep.

The US Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said there is no threat of a tsunami.

A hotel clerk in Ica said the jolt lasted for about 30 seconds, but nothing fell from shelves and there was no damage to the hotel.

Tuesday, October 25, 2011

MENYEGERAKAN PENGKEBUMIAN JENAZAH ITU WAJIB!


Walau bagaimana bencipun tidak sepatutnya dibiarkan sebegini. Dimanakah keislaman mereka atau mereka yang terlibat ini bukan Islam? Mereka lebih teruk dari Gaddafi dan semoga Libya tidak menjadi lebih teruk dari sebelum ini.

Mayat Gaddafi berbau busuk

Mayat Gaddafi berbau busuk
MISRATA - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.
Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.
Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.
Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.
"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.
Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.
Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.
Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. itu disimpan.
Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.
Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.
"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.
"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Monday, October 24, 2011

GEMPA BUMI LAGI. KALI INI DI TURKI PULA.


Gempa Bumi Di Turki: 138 Maut
Pasukan mencari dan menyelamat cuba mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Ercis, timur Turki pada awal pagi Isnin. Kira-kira 100 disahkan terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda negara tersebut pada Ahad. -Foto REUTERS.
ANKARA: Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan 138 orang apabila banyak bangunan runtuh.
Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.
Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.
Gemps bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT). - AP

Cerita Dolu Dolu