Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 02, 2011

JORDAN JUGA SUDAH BERMULA..... MESIR BELUM SELESAI..... NEXT?

Jordan's cabinet resigns en masse after protests
Jordan's king has replaced the prime minster as protests over a high jobless rate and inflation have continued.

Up to several thousand Jordanians have been holding rallies on a daily basis, inspired by the mass demonstrations in Tunisia and Egypt.

On Tuesday, the cabinet of Prime Minister Samir Rifai stepped down en masse.

Rifai's government worked out measures to cut prices of daily necessities and raise wages for public servants two weeks ago. But he failed to satisfy protesters, and more people were joining demonstrations.

King Abdullah appointed Marouf Bakhit as next prime minister and asked him to form a new cabinet and carry out political and economic reforms. Bakhit is a conservative former premier with a military background.

Opposition parties dismissed the appointment saying Bakhit is unlikely to reform the country.

BOLEHPUN. INI YANG DITUNGGU. TAHNIAH KEMENTRIAN LUAR

Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini
KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA

MEMANG HARGA MINYAK (RON 97) TAK PATUT NAIK.

Kita boleh menerima penjelasan Menteri bahawa harga RON97 telah diapungkan dan menurut pasaran minyak mentah dunia. Bermakna jika harga minyak mentah dunia naik, RON97 akan naik juga dan jika minyak mentah dunia turun, RON97 akan turun. TURUN?

Sehingga kini saya belum jumpa harga minyak mentah dipasaran seperti yang dimaklumkan oleh Tuan-tuan Penasihat iaitu USD 105/b. Adakah Malaysia menggunakan Pasaran Hadapan yang cacamarba? Ini kerana FTI yang saya perhatikan SEKARANG berada pada paras USD 92 ~ USD91. Adakah Malaysia membeli minyak mentah pada harga USD 100 ~ USD 105 tetapi menjualnya dengan harga USD 90 ~ USD 92? Macam pernah dengar kisah ini tetapi bagaimana kita hendak dapat tahu kerana maklumat akaun PETRONAS dibawah OSA dan bukan WAJIB diwartakan untuk pemegang saham. 

Tapi amat menghairankan adalah semasa kenaikan pada awal tahun JAN 2011 kenaikan dikatakan kerana harga minyak berlegar disekitar USD 89 dan jika dilihat dari harga OPEC dari hujung DEC 2010 hingga awal JAN 2011 MEMANG harga purata USD 89. BAGAIMANA pula begitu? Jika penjelasan dituntut dari PETRONAS mahupun dari MENTERI yang bertanggungjawab saya rasa KITA TAK MUNGKIN mendapat jawapannya - OSA?


Anwar Ulangi Turunkan Harga Minyak Jika PR Tawan Putrajaya
01/02/2011   
Share
 


GOPENG 1 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.
Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.
"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.
Dalam ceramah umum yang dibanjiri dengan kira-kira dua ribu hadirin, beliau menjelaskan keuntungan yang diperoleh oleh dari jualan hasil petroleum sahaja mencecah RM70 ke RM80 bilion setahun dan ini dapat digunakan untuk mengurangkan harga minyak hanya sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijak dan adil.
Katanya, tidak logik sama sekali Najib membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura kerana Singapura bukanlah negara pengeluar minyak petroleum.
Anwar menjelaskan, inilah antara sebab beliau mengajak Perdana Menteri untuk berdebat berkenaan 'Buku Jingga' Reformasi 100 Hari PR yang dicemuh oleh Najib sebagai karut.
"Saya nak tanya, pasal apa harga minyak naik? kalau dia (Najib) kata Singapura, saya akan kata, banding Malaysia dengan semua negara-negara pengeluar minyak, mana-mana negara pengeluar minyak, Iran, Arab Saudi, Venezula, Qatar, Brunei, sebut mana ada satu negara pengeluar minyak, harga minyak mahal macam Malaysia, tak ada!" kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, kenaikan harga boleh dijustifikasikan sekiranya Malaysia bukannya pengeluar minyak.
"Kalau negara tak ada minyak, dan kata minyak naik tak ada apalah; (Menteri kata) Singapura pun naik, menteri bodoh cakap macam itu," kata beliau lagi.

Tuesday, February 01, 2011

HABIH LA Hosni TAK Mubarak. US PUN TAK NAK SOKONG DAH

US calls for Egypt negotiations
The US government continues to stop short of clearly siding with President Hosni Mubarak or anti-government protesters in Egypt.

A White House statement on Sunday said the United States supports an orderly transition to democratic government in the country.

That triggered US media speculation that the US government had switched its support from Mubarak to the opposition.

At a news conference on Monday, White House spokesperson Robert Gibbs called for meaningful negotiations with a broad cross-section of the Egyptian people, including opposition groups.

Asked if an orderly transition meant the US government would no longer support Mubarak, Gibbs refrained from commenting directly.

Gibbs said that the US government is not in the position of choosing between the 2 sides in Egypt, but it is for the people of Egypt to determine.

LAGI NAK TIMBANG? HANTAR AJE LA..... KE DACING BN TAK LEH GUNA?

INDONESIA DAH HANTAR BOEING UNTUK KELUARKAN RAKYAT DIA.
Kerajaan Timbang Guna Kapal TLDM Pindah Pelajar Malaysia Di Mesir, Kata PM
LABIS: Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Asia Barat untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
"Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir," katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, pada Selasa.
Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.
Kapal serbaguna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat di dalam operasi anti-lanun di Teluk Aden.
Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.
Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.
Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, beliau berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.
"Selain itu, kita juga tidak tahu (mengenai) krew yang bertugas di lapangan terbang Mesir itu," katanya.
Najib berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru.
"Saya memahami perasaan ibu bapa yang risau (terhadap keselamatan anak mereka)," kata beliau. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu