Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 23, 2011

KALAU PARLIMEN NGAN DUN BERBEZA KESANNYA SAMAKAH? Perlu fikir semula

Anwar Yakin Pilihan Raya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pembangkang
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.
Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.
"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.
Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.
Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.
Mengulas lanjut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.
"Kita sudah bersiap sedia (dengan mewujudkan) team media, pembahagian kerusi juga sudah mulakan team mereka, tetapi kita beri banyak kuasa kepada negeri-negeri untuk berbincang di peringkat negeri," kata Anwar. BERNAMA

ZUL NORDIN DALAM PERSATUAN PEGUAM MUSLIM KE?

entral » Presiden MCA Digesa Mohon Maaf
Presiden MCA Digesa Mohon Maaf
23/01/2011   Share


SHAH ALAM 23 JAN : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat. 
Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini . 
Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat.  
"Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya.
Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya.
"Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang. 
Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam". 
Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama.
"Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya.
Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam.
"Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya.
"Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi.
Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jalas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.
"Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya.
Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini.

Saturday, January 22, 2011

CIS DERHAKA KAMU! ADA SESAPA NAK BUAT DEMO TAK?

Pinda Perlembagaan Negeri: Taktik Kotor Pembangkang Untuk Kekal Kuasai Selangor
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan negeri Selangor mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Isnin ini dilihat sebagai mahu mengekalkan kuasa dan menarik sokongan Melayu, kata beberapa penganalisis politik.
Tindakan itu, kata mereka, turut mencerminkan keadaan terdesak kerajaan negeri dibawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk mengekalkan survival parti masing-masing supaya kekal relevan di negeri tersebut.
Ada di antara mereka pula mempersoalkan keperluan mengadakan persidangan itu memandangkan kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan undi dua pertiga daripada jumlah anggota DUN bagi meluluskan pindaan tersebut.
Mereka berkata PKR-DAP-PAS hanya memiliki 35 daripada 56 kerusi dalam DUN, dan BN 20 kerusi dan satu kerusi milik anggota Bebas, dan untuk mendapat sokongan dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, kerajaan negeri Selangor memerlukan 37 undi.
Mereka mempersoalkan mengenai kemampuan kerajaan negeri itu mendapatkan dua lagi undi bagi melengkapkan keperluan 37 undi bagi meluluskan pindaan tersebut.
Bagi penganalisis-penganalisis politik yang ditemui Bernama, mereka bersependapat kerajaan negeri Selangor sengaja mempolitikkan isu itu kerana tidak mahu mengiktiraf pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi, 54, oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru sehingga membawa kepada isu pindaan undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata: "Walaupun (kerajaan negeri) tahu mereka tidak akan mendapat majoriti dua pertiga, tetapi mereka tetap mahu melakukannya.
"Persoalannya sekarang, apakah sidang DUN itu akan tetap dilakukan juga jika Khusrin tidak dilantik? Apakah yang akan berlaku sekiranya sidang DUN ini tidak mendapat dua pertiga majoriti? Adakah kerajaan negeri sedia menerima hakikat ini?." tanya beliau.
Beliau melihat, jika anggota DUN Barisan Nasional (BN) membuat keputusan yang kolektif adalah mustahil bagi kerajaan negeri Selangor mendapat sokongan dua pertiga jumlah undi yang diperlukan.
Sivamurugan berkata tindakan meminda undang-undang tubuh negeri itu juga dilihat sebagai usaha untuk memerangkap BN yang sebelum ini sering mempertahankan Institusi Raja-Raja.
"Walaupun kata nak kembalikan kuasa Sultan, tapi pada saya sebenarnya ini lebih kepada untuk memberikan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kuasa. Pindaan ini sekadar untuk membawa usul seolah-olah mereka mempertahankan Intitusi Raja-Raja," dakwanya.
Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat tindakan kerajaan Selangor mengadakan sidang DUN khas adalah satu "helah politik bagi memerangkap BN yang selama ini mempertahankan Institusi Raja-Raja."
Beliau berkata tidak mustahil kerajaan Selangor akan menggunakan tindakan anggota DUN BN tidak menyokong pindaan itu dengan mendakwa BN tidak mempertahankan Institusi Raja-Raja ekoran tidak menyokong cadangan pindaan itu yang didakwa untuk mengembalikan kuasa Sultan.
Beliau mendakwa tindakan Abdul Khalid mengadakan sidang DUN khas itu hanya satu sandiwara pembangkang untuk "mengheret Institusi Raja-Raja ke kancah politik.""Pada saya, (tindakan Khalid) hanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan negeri di Selangor. Pada saya tak perlu diusik prosedur melantik SUK ini," katanya.
Bagi Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menegaskan isu pelantikan seseorang penjawat awam sepatutnya tidak jadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.
Ini adalah kerana seorang penjawat awam perlu menjalankan tanggungjawab tanpa bersifat politik, katanya.
"Pada saya, setiap penjawat awam akan melakukan kerja mereka seperti biasa dan tidak terlibat dalam pergolakan politik," katanya. - BERNAMA

Friday, January 21, 2011

SEMOGA BELIAU DILETAKKAN BERSAMA PARA SHUHADA.

Otak milik pendakwah 


SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa. 
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

SPR SAHKAN MEMANG UJUD PENGUNDI HANTU.

BACA TULISAN WARNA MERAH DIBAWAH. WA KA KA KA. SEBELUM NI MEMANG UJUD LA TAPI DAH DIBERSIHKAN KALI INI. JADI SEBELUM INI TENANG DIWAKILI OLEH BUKAN WAKIL RAKYAT TAPI WAKIL HANTU?


Jangan seret SPR 

LABIS - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan parti politik agar tidak mengheret SPR dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. 

Beliau berkata, isu-isu seperti pengundi hantu tidak wujud lagi memandangkan SPR sentiasa memastikan daftar pemilih adalah bersih. 

“SPR telah membersihkan nama-nama daftar pengundi di DUN Tenang ini dan tidak timbul tentang permasalahan pengundi hantu atau sebagainya. SPR juga akan memerhati sesiapa yang menyamar pada hari pembuangan undi nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai penguasa SPR di Majlis Daerah Labis di sini, semalam. 

Wan Ahmad berkata isu itu terus dimainkan oleh sesetengah pihak sebagai modal politik mereka semasa kempen pilihan raya. 

Beliau menerangkan, SPR mempunyai jaringan komputer talian terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan boleh mengemaskini daftar pemilih sekiranya terdapat pengundi berdaftar yang meninggal dunia. 

Sementara itu, beliau berkata, hanya 100 pengiring bagi setiap calon yang dibenarkan memasuki kawasan penamaan calon pada 22 Januari nanti di Majlis Daerah Labis. 

Menurutnya, SPR juga akan memastikan semua dalam keadaan terkawal dan menyediakan tempat bagi pengiring pada hari penamaan calon ini nanti. 

"SPR juga telah menubuhkan tiga pasukan yang mana dalam setiap pasukan terdapat empat orang terdiri daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil calon dan penguat kuasa. Mereka ini akan membantu dalam melancarkan lagi segala urusan SPR sepanjang PRK di DUN Tenang ini. 

“Setiap kali PRK, SPR tidak pernah memandang ringan dan sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan tenang setelah pelbagai persiapan dilakukan sebelum menjelangnya hari pembuangan undi pada 30 Januari nanti,” katanya. 

Wan Ahmad berkata, SPR juga membenarkan parti yang bertanding membuat ceramah sepanjang lapan hari berkempen dengan syarat mempunyai permit daripada polis terlebih dahulu. Katanya, polis tidak mempunyai sebarang masalah mengeluarkan permit seandainya mereka mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Apa yang penting tidak mengganggu ketenteraman awam dan memohon 48 jam lebih awal,” katanya. 

Beliau berkata, borang yang dikeluarkan bagi penamaan calon telah dijual dan hanya dua parti sahaja yang membeli iaitu Barisan Nasional dan Pas. 

Katanya, sepanjang berkempen, hanya logo parti yang bertanding sahaja boleh dinaikkan dan selain itu tidak dibenarkan.

Cerita Dolu Dolu