Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, December 17, 2010

TAKDE ANGIN TAKDE RIBUT, BERUK SUDAH KASI GOYANG?

Muhyiddin minta sekolah tidak kenakan bayaran tambahan tinggi

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan baru pada 2 dan 3 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran negeri.
"Kita jangan bebankan ibu bapa dengan pembayaran yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada keluarga.
"Kalau pihak sekolah perlu mendapatkan sedikit sumbangan daripada ibu bapa untuk menambah baik lagi proses pembelajaran, maka ia hanya boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG dan mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran kita di peringkat negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya telah membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi sesi persekolahan 2011 yang akan bermula pada 2 Januari bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri lain pada keesokan harinya.
Beliau berkata, takwim persekolahan 2011 juga memperuntukkan jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari dan cuti penggal selama 78 hari.
"Dijangka seramai 457,760 murid tahun satu dan 474,803 pelajar tingkatan satu akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 2011," katanya.
Muhyiddin berkata, pihaknya sudah membekalkan 185,125 set kerusi meja di seluruh negara, termasuk sebanyak 6,012 set di Sabah yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan.
"Begitu juga bekalan buku teks. Sebanyak 15.6 juta naskhah buku bagi semua jenis sekolah turut dihantar," ujarnya.
Katanya, dianggarkan seramai 229,705 guru akan mengajar di sekolah rendah manakala sekolah menengah seramai 164,824 guru.
"Kekosongan 4,653 jawatan guru sekolah rendah dan 3,720 jawatan guru sekolah menengah akan diisi oleh guru sandaran dengan kadar segera," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, dua dasar baru akan dilaksanakan berkuat kuasa Januari ini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid tahap satu dan 'satu murid satu sukan.'

TAPI BERCITA-CITA BESAR HENDAK BUAT JETI BARU

Industri Ikan Tuna Negara Gagal Capai Sasaran
GEORGE TOWN: Industri ikan tuna negara gagal berkembang sebagaimana yang diharapkan apabila ia menyaksikan hasil tangkapan tahunan sebanyak 5% sahaja daripada jumlah yang disasarkan.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, penyertaan nelayan laut dalam yang rendah daripada nelayan tempatan telah dikenalpasti sebagai punca kepada kegagalan ini.
“Tahun ini menandakan berakhirnya Pelan Tindakan Strategik Pembangunan Industri Ikan Tuna Negara 2002 - 2010.
“Malangnya daripada apa yang dapat kita lihat, industri ikan tuna negara tidak membangun ke tahap yang kita sasarkan. Buat masa ini kita hanya membawa masuk 3,000 tan metrik ikan tuna setahun berbanding sasaran kita sebanyak 60,000 tan metrik,” ujar Ahamad Sabki selepas membuka Simposium Pembangunan Industri Ikan Tuna 2010 di sini.
Katanya, jumlah kapal ikan tuna Malaysia yang menerokai Lautan India juga tidak mencapai angka yang diharapkan - hanya 33 buah berbanding dengan 103 kuota yang diluluskan untuk projek ikan tuna negara.
“Pada tahun 2002, pihak berkuasa telah meluluskan 103 lesen kapal tunda yang akan berakhir menjelang 2012. Kebimbangan kita ialah jika kita tidak mencapai sasaran kuota ini adalah menjadi masalah untuk kita memohon peruntukkan yang lebih besar selepas ini.
Beliau menambah, negara seperti Taiwan, Korea, China, Jepun dan Sepanyol semua telah mengambil kesempatan untuk menangkap ikan tuna di Lautan India tetapi Malaysia yang sebenarnya jauh lebih dekat dengan lautan itu gagal untuk mencuri peluang tersebut.
Lautan India adalah merupakan habitat semulajadi ikan tuna dan merupakan yang kedua terbesar sumber ikan tuna dunia selepas Lautan Pasifik dan kini tidak kurang daripada 4,000 kapal tunda dari pelbagai negara memukat ikan tuna di perairan tersebut.
Katanya, Malaysia masih kekurangan pengetahuan teknologi tinggi dalam menangkap ikan tuna, kekurangan bot yang lebih besar untuk menampung tangkapan ikan tersebut serta kekurangan nelayan laut dalam yang terlatih.
“Ada kemungkinan kita perlu melihat bagaimana kita dapat menghantar nelayan kita menjalani latihan di negara-negara yang sudah biasa dengan tangkapan laut dalam seperti Taiwan dan Acheh (Indonesia).

AL-FATIHAH - DARI 14, 10 MENINGGAL DUNIA.


Adun Tenang meninggal dunia, buka laluan pilihan raya kecil ke-14

December 17, 2010
Sulaiman Taha
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008.
Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.
Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.
Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.
Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.
Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.
Spekulasi mengenai kesihatannya dan kemungkinan pilihan raya kecil ke-14 menjadi sebutan selepas Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011.
Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Dua pilihan raya kecil - kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan 4 November lalu dengan kedua-duanya dimenangi oleh BN.
BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita di pekarangan hospital berkata, pihaknya bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di Tenang.
“Kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil kali ke-14 selepas pilihan raya umum 2008.
“Kita sudah bersedia untuk menghadapinya, sebelum ini kita berlawan dengan PAS tapi kali ini kita tidak tahu sama ada PAS akan tanding atau tidak.
“Kita siap sedia hadapi pilihan raya kecil,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Sulaiman.
“Kita semua rasa sedih kerana kehilangan YB Sulaiman yang meninggal dunia pukul 1.10 pagi tadi,” katanya.
The Malaysia Insider menyiarkan laporan mengenai keadaan Allahyarham Sulaiman pagi semalam dengan memetik pembantu peribadinya Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan keadaanya dikatakan stabil.
“Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan,” kata Razak.
Razak berkata Adun penggal kedua itu turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.
“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil,” kata Razak.
Noraini juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.
Katanya, Allahyarham dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.
“Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.
“Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.
“Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider lewat petang semalam.
Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya melawat Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

Thursday, December 16, 2010

PENYELESAIAN MASALAH REGA MINYAK - KERAJAAN BAGI TAK?

Harap mungkin KERAJAAN SELANGOR boleh memulakan inisiatif ini? 


“If we burn the plastic, we generate toxins and a large amount of CO2. If we convert it into oil, we save CO2 and at the same time increase people’s awareness about the value of plastic garbage,” says Akinori Ito, CEO of Blest.


Teruskan membaca artikel Plastic to oil fantastic, Japan | OurWorld 2.0

NICE! KENA GI TENGOK NI.... soklan - kenapa tak jumpa tulang dinosaur kat Mesia?

Peluang saksi fosil telur dinosaur 65 juta tahun


IBRAHIM (tengah) dan Jaafar (kanan) memegang meteor besi seberat 165 kilogram yang dipamerkan pada Pameran Batu-Batuan Pelik, di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Batu meteor besi seberat 165 kilogram (kg) dan fosil telur dinasaur berusia lebih kurang 65 juta tahun kini boleh dilihat di Pameran Batu-Batuan Pelik bermula hari ini sehingga 16 Januari depan di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Pameran kali kedua anjuran Jabatan Muzium Malaysia itu mempamerkan kira-kira 100 jenis batu istimewa yang terbentuk jutaan tahun dahulu daripada kategori meteor, fosil, ambar dan suevit.
Batu-batuan ini dibawa khas oleh agensi yang terlibat dalam pameran ini seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Galeri Meteor, Galeria Perdana dan The Sculptures dan Muzium Alam Semulajadi.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran kali ini lebih menarik kerana turut mengetengahkan batu-batuan dari angkasa, hutan rimba, bukit bukau, gua dan juga pergunungan.

Cerita Dolu Dolu