Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 16, 2010

PATUT LAGI LAMA LAGI ELOK BUKAN LAGI TEROK - selamba aje mengaku.


Noh kata (Baca lagi dibawah)Pentadbiran BN (Selangor) berusia 50 tahun. Sudah pasti ada kesilapan,” kata Noh.Tetapi pentadbiran (Pakatan Rakyat) hanya dua tahun. Dalam dua tahun, sudah ada macam-macam masalah,” katanya.

Umno dakwa kerajaan Pakatan Selangor ‘lebih teruk’ banding BN amal kronisme

November 16, 2010
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Umno mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor, yang berusia dua setengah tahun, lebih teruk berbanding BN dari segi amalan kronisme dan dengan jelas menyalahgunakan dana awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor.
“Beliau (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) mengatakan beliau Menteri Besar Selangor terbaik,” kata Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.
“Jika beliau mengatakan beliau adalah Menteri Besar yang terbaik, saya merasakan pentadbiran beliau tidak harus membazirkan wang macam ini,” kata beliau yang memegang tampuk menteri besar sehingga 8 Mac 2008.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun memulakan siasatan ke atas Yayasan Selangor berhubung dakwaan itu.
Dakwaan lain berkaitan Yayasan Selangor termasuklah pembelian kereta-kereta mewah, RM170,000 untuk majlis berbuka puasa, RM200,000 bagi pakaian, RM320,000 menganjurkan majlis Aidilfitri dan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam ekoran kekurangan dana.
Hari ini, Dr Khir menuduh Khalid bersikap talam dua muka berhubung janji beliau mengamalkan ketelusan.
“Saya tidak fikir beliau mengamalkan ketelusan di Selangor kerana beliau tidak mendedahkan apa-apa, seperti salah guna (didakwa) dilakukan oleh Yayasan Selangor dan PKNS,” kata Dr Khir.
“Beliau cakap satu tetapi buat lain. Beliau sangat bagus dari segi amalan perhubungan awam,” katanya.
Semalam, Khalid berkata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar perlu menunjukkan kepada orang ramai bagaimana perbelanjaan bagi menyambut ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor, mencecah RM800,000.
Laporan sebelum ini menyebut perbelanjaan bagi mengadakan sambutan itu ialah RM300,000, termasuk untuk majlis jamuan tengah hari dan 90 peratus daripada jumlah itu telah dibayar terlebih dahulu kepada sebuah syarikat pengurusan acara.
“Biarlah beliau (Noh) memberi penjelasan tentang kosnya. Saya ingin melihat bagaimana angkanya mencapai sebanyak itu,” katanya.
Khalid berkata daripada RM300,000 itu, RM100,000 adalah perbelanjaan untuk khemah.
Katanya kerajaan negeri akan cuba mendapatkan kembali 90 peratus deposit yang telah dibayar kepada pihak berkenaan kerana acara yang sepatutnya diadakan semalam telah dibatalkan.
Khalid berkata kerajaan negeri juga akan memaklumkan kepada orang ramai perkara yang telah dilaksanakan Yayasan Selangor dalam tempoh empat tahun lepas.
Dr Khir juga membidas Khalid kerana enggan mendedahkan kertas Majlis Mesyuarat Negeri ataupun yang berkaitan dengan kontrak meskipun telah membentangkan Akta Kebebasan Maklumat (FOI).
“Jika mereka dakwa ada kebebasan maklumat, jadi mengapa amalkan Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Kertas Exco dan pemberian kontrak adalah di bawah OSA dan tidak boleh didedahkan,” kata Dr Khir.
Dr Khir juga menuduh Khalid mengamalkan kronisme dengan melantik kontak peribadi untuk mengetuai subsidiari seperti PKNS, Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Selangor (PKPS).
“Beliau melantik kroni-kroni untuk memegang jawatan tinggi seperti di Yayasan Selangor, di KSSB, (bekas penasihat) Datuk Anwar Md Nor adalah rakannya. Di PKPS, pengurus besar adalah Ali (Ahmad) yang juga kroni beliau,” kata Dr Khir.
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor Umno berkata dakwaan-dakwaan terbaru mengenai salah urus dana dan kronisme terhadap subsidiari membuktikan hipokrasi Pakatan Rakyat dalam menguruskan negeri paling kaya di negara ini.
“Mereka (Pakatan Rakyat) tidak memenuhi janji-janji mereka untuk amalkan ketelusan dan mengelak pembaziran. Mereka lebih teruk berbanding BN,” kata beliau lagi.
“Mereka bikin tak serupa cakap, cakap tak serupa bikin,” kata beliau.
Katanya, dakwaan pembaziran dana awam dan kronisme sudah mula wujud meskipun pentadbiran kerajaan Khalid baru berusia dua tahun.
“Pentadbiran BN (Selangor) berusia 50 tahun. Sudah pasti ada kesilapan,” kata Noh.
“Tetapi pentadbiran (Pakatan Rakyat) hanya dua tahun. Dalam dua tahun, sudah ada macam-macam masalah,” katanya.
Dakwaan kronisme dan salah urus dana muncul baru-baru ini membabitkan anak syarikat seperti PKNS dan Yayasan Selangor.
Pada sidang DUN Selangor minggu lalu, Adun Hulu Kelang Saari Sungib dari PAS mendakwa pengurusan PKNS telah melantik kontrak peribadi untuk mengetuai anak syarikat PKNS dan syarikat itu juga telah membiayai majlis perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor membabitkan RM520,000 bulan lalu.
Bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar mempertahankan kepimpinan Khalid dengan berkata, kerajaan negeri dari semasa ke semasa mengambil tindakan untuk mengatasi dakwaan-dakwaan dibuat oleh rakyat.
“Kerajaan negeri telus, kami mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang dibuat orang ramai.
“Kami bertindak ke atas aduan salah guna dana dan dakwaan berbelanja besar membabitkan syarikat-syarikat yang berhubung kait dengan kerajaan negeri,” kata beliau.
Dalam pada itu Konsensus Bebas pula berkata pihaknya menyokong penuh keputusan Sultan Selangor untuk tidak hadir ke jamuan makan tengah hari anjuran Yayasan Selangor yang didakwa menelan belanja hampir RM800,000.
“PKNS juga didakwa terlibat dalam pembaziran dana RM9.6 juta yang digunakan oleh PKNS untuk menyewa ruang pejabat. PKNS juga didakwa, dan setakat ini tidak menafikan, berbelanja RM520,000 untuk menaja perkahwinan angkasawan negara.
“Yang dinyatakan di atas hanyalah beberapa contoh yang kini diketahui umum tentang perbelanjaan tak terkawal yang tidak rasional, dan pembaziran sumber kewangan di kalangan agensi-agensi kerajaan negeri Selangor dewasa ini.
“Yang masih tersorok dan tersembunyi mungkin akan menambahkan kemarahan rakyat negeri Selangor sekiranya dibongkar,” kata Konsensus Bebas dalam satu kenyataan.
Katanya, jika kerajaan sebelum ini dituduh membazir kerana menaja lawatan-lawatan ke luar negara, bagaimana pula dengan pembaziran-pembaziran yang sedang berleluasa kini?
“Di manakah perubahan yang diwar-warkan sebelum mengambil-alih tampuk pemerintahan negeri?
“Makluman oleh Menteri Besar yang juga pengerusi Yayasan Selangor bahawa beliau tidak tahu-menahu majlis makan tengah hari anjuran yayasan tersebut memakan belanja yang tinggi amatlah mengejutkan dan menghairankan.
“Adakah munasabah kelulusan diberi tanpa pengerusi mengetahui kosnya terlebih dahulu? Adakah budibicara sepenuhnya diberi kepada pengurusan yayasan untuk berbelanja apa sahaja tanpa kawal selia yang sewajarnya oleh pengerusi dan lain-lain pemegang amanah?” katanya lagi.
Juster, kata Konsensus Bebas, pihaknya meletakkan tanggungjawab bagi ketidakcekapan dan kelemahan mengurus dan mentadbir hal ehwal kewangan negeri sepenuhnya di atas bahu Menteri Besar Selangor dan juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
“Justeru itu, Konsensus Bebas mendesak selantang-lantangnya agar sebuah firma audit yang profesional dan bebas dilantik untuk menjalankan kerja-kerja audit bagi semua agensi kerajaan negeri Selangor.
“Laporan audit ini mestilah dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri serta dibawa ke pengetahuan masyarakat umum, khasnya rakyat negeri Selangor,” kata pakatan wakil rakyat Bebas ini.

TAK MASUK DALAM PROJEK GALAS KE?

Jambatan runtuh paksa Orang Asli harung sungai

16/11/2010 4:27pm

GUA MUSANG - Seramai 400 penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di sini kini berdepan dengan kesulitan apabila jambatan kayu gantung di kawasan mereka runtuh dilanda banjir lumpur empat hari lepas.
Berikutan kejadian itu, kebanyakan penduduk dari Kampung Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil, terpaksa berulang-alik untuk menghantar dan mengambil anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke dengan mengharungi Sungai Belatok.
Mereka merayu kerajaan supaya mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung yang runtuh itu kerana bimbang keselamatan anak mereka yang kini menaiki perahu dan sampan untuk ke sekolah.
Seorang bapa, Ronggen Alang, 51, berkata, air sungai telah naik mendadak disebabkan banjir lumpur yang dipercayai berpunca dari hakisan akibat penerokaan tanah selain hujan lebat selama lebih enam jam di kawasan mereka.
“Banjir lumpur itu memang menakutkan semua penduduk. Pada 11 malam kejadian bunyi air sungai yang amat kuat dan ia memusnahkan jambatan gantung yang menjadi perhubungan penting penduduk dari tiga kampung berdekatan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ronggen berkata, tidak ada rumah penduduk yang tenggelam kerana masing-masingnya berada di tempat tinggi dan selamat.
Raefaah Salam, 43, berkata, sejak jambatan gantung itu runtuh, penduduk terpaksa mengharungi sungai yang arusnya deras. - Bernama

AIR ASIA NAK PENUMPANG MUNTAH HIJAU?

Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia
PETALING JAYA: Sebilangan penumpang AirAsia bertuah bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu.
Peluang yang mungkin datang hanya sekali itu berikutan pasukan Formula Satu (F1) Richard, Virgin Racing berada pada kedudukan di belakang pasukan F1 1Malaysia-Lotus yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.
Dalam pada itu, Tony turut menyahut cabaran Richard akan ‘bekerja’ sebagai pramugari Virgin Atlantic sekiranya pasukan F1 1Malaysia-Lotus tewas dengan pasukan lawannya.
Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad.
1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.
Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.
“Tetapi cabaran sebenarnya apabila mengenali Richard adalah menghalangnya daripada bertanya kepada penumpang kami ‘kopi, teh atau saya?” kata Tony.
Beliau menambah, Richard akan ‘ditugaskan’ untuk menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X.
“Kami mahu mengekalkannya dengan penerbangan jarak jauh berbanding penerbangan jarak dekat yang dikendalikan oleh AirAsia,” katanya lagi.
“Kami akan memohon untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap AirAsia memberitahu mStar Online pada Selasa berkata, Richard bakal ‘menyertai’ sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah tersebut pada Januari atau Februari tahun depan.
Katanya, berkemungkinan besar beliau (Richard) akan menyertai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke London atau dari London ke Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan lebih terperinci sebelum membuat permohonan mengenainya kepada Jabatan Penerbangan Awam.
“Tony akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhabaran ini dalam waktu terdekat,” kata jurucakap itu.

DULU PERNAH DENGAR SURUH KHIR TOYO CUTI?

Khalid, Ilham patut bercuti
SHAH ALAM - Pengerusi Yayasan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dilihat seolah-olah 'terlepas' daripada siasatan yang dilakukan kerajaan negeri ekoran kontroversi perbelanjaan melampau bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro berkata, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar dan Ilham sepatutnya bertanggungjawab dalam isu tersebut dan bukan hanya Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd. Saifulruddin Sulaiman.
Beliau berkata, mereka juga antara pihak yang berkuasa untuk meluluskan sebarang perbelanjaan dalam penganjuran sesuatu program atau majlis melibatkan Yayasan Selangor.
"Tidak mungkin sesuatu urusan dilakukan oleh Mohd. Saifulruddin seorang sahaja, tentu ia melibatkan banyak pihak," katanya kepada pemberita di sini semalam.

LIOW TIONG LAI TAKKAN JADI MENTERI KESIHATAN LAGI

KAH KAH KAH. . . . . . . . ENTRI KHUSUS UNTUK ISHAM TUKAR TIUB

Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti



SEMAKIN ramai rakyat Malaysia gemuk. Gejala itu membolehkan Pertandingan Ratu Gemuk diadakan sempena sambutan ulang tahun pusat beli-belah Sungei Wang ke-30 di Kuala Lumpur satu ketika dulu. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.


Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.
"Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam.

Cerita Dolu Dolu