Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 10, 2010

Bukan Ada Cadangan Nak Naikkan Kos Konsultansi dan Perubatan ya?

Pesakit semakin kurang, pendapatan doktor merosot

KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata, trend tersebut membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus satu masa nanti hingga para pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.
Rencana pengarang itu berkata, pengamal perubatan am di Malaysia merupakan amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.
"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada kira-kira 20 orang,'' katanya.

KENAPA KAT M'SIA TAKDE? Alien taknak MYCARD kena undi BN kot?

Lagi UFO kelihatan di Britain


GAMBAR menunjukkan objek terbang (dalam bulatan) tidak dikenali berada di langit Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain pada Ahad lalu.


SCARBOROUGH - Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan di Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan terbaru itu berlaku selepas beberapa UFO muncul di Rotherham, South Yorks, dan Harrogate, dalam tempoh tiga minggu.
Menurut seorang pakar UFO di Britain, Nick Pope, buat masa ini, utara England dilihat mempunyai lebih banyak kemunculan objek terbang itu.
Gambar terbaru UFO itu dirakamkan di Osgodby, dekat Scarborough, York Utara pada Ahad lalu.
Menurut seorang saksi, Paul Sinclair, objek itu kelihatan seperti piring terbang.
"Ramai orang yang melihatnya.
"Terdapat sesuatu yang berlaku di sini. Menantu lelaki saya merakamkan objek itu selama beberapa minit. Ia kelihatan seperti dua objek, salah sebuahnya mempunyai ekor manakala yang lain berbentuk seperti cakera," katanya.
Pada tahun lalu, formasi 50 buah UFO dilihat di langit bandar ini. - Agensi

KISAH BANJIR DI KEDAH YANG DIPOLITIKKAN

Bila MENTERI BESAR KEDAH kata PROJEK LANDASAN BERKEMBAR oleh GAMUDA punca banjir dan GAMUDA tak layan nak bincang dengan kerajaan negeri, semua kata KERAJAAN NEGERI dan MB saja nak menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Tapi bila Menteri BN sendiri dok kata semua senyap.... SAPA POLITIKKAN BANJIR NI ??

Oppss... lupa "MI NO SPIK INGGELIS" sebab berita ni tak kuar kat akhbar bahasa Melayu termasuk MSTAR... tapi keluar kat THE STAR.


Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor

PETALING JAYA: The floods in Alor Setar had been worsened by the electrified double-tracking railway project, Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said. He added the outflow of the water was affected by the tracks themselves, adding that contingency plans to allow water to flow out should be in place. Chor said he had informed Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha on the matter.

As a result of the poor outflow, areas which were not seriously flooded before were now submerged in several feet of water, he added, citing Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat and Taman Malaysia as examples. Chor, who is Alor Setar MP, stay with his family in Taman Lumba Kuda.

“My house is now under four feet of water. We have been staying there since 1985, and this is the first time water has come into the house. There had been floods before, but only the roads were inundated,” he said.

Chor had not been back to his house since Thursday as he was visiting other flooded areas and directing the Fire and Rescue personnel on the rescue work.

ALI RUSTAM KENCING LAGI..... tengok data TOURISM MALAYSIA?

Melaka Dahului Pulau Pinang Tarik Pelancong
KANGAR: Melaka yang telah mendahului Pulau Pinang sebagai destinasi tarikan pelancong terkemuka di negara ini akan terusmemperkenalkan produk pelancongan baru khususnya yang melibatkan sejarah.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata rekod menunjukkan bilangan pelancong yang melawat Melaka meningkat kepada 8.9 juta tahun lepas berbanding 7.8 juta pada 2008 manakala kehadiran pelancong ke Pulau Pinang, sebuah negeri yang mempunyai 191 penerbangan antarabangsa setiap minggu, hanya 5.5 juta orang tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsabanjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ali Ahmad di sini malam tadi, beliauberkata Melaka akan terus mengorak langkah yang lebih hebat dalam sektor pelancongan.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan telah ketinggalan dalam sektor itu berbanding Melaka.
Mohd Ali berkata, antara faktor yang menjadikan Melaka sebuah destinasipelancongan menarik ialah sejarah negeri itu, kebersihan bandar dan keramahanpenduduknya.
Sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM25,000 kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Perlis di samping sumbangan pelbagai barangan keperluan mangsa banjir bernilai RM53,000.
Sumbangan disampaikan kepada semua wakil rakyat yang kawasan mereka terbabitdengan banjir. Yang turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - BERNAMA
BETUL KE? FAKTA TOURISM MALAYSIA MENIPU ATAU NG YEN YEN TIPU ALI RUSTAM? PALING BEST P.PINANG HAMPIR BETUL, MELAKA 8.9 JUTA? DIA KALI DUA AGAKNYA
CERAIAN : MELAKA 2008 TOTAL : 4.35 JUTA   P.PINANG 2008 : TOTAL 6.31 JUTA
                    MELAKA 2009 TOTAL : 3.75 JUTA  P.PINANG 2009 : TOTAL 5.96 JUTA

WOI! DEMO DEPAN KEDUTAAN US WOI! MAIS SURE MARAH NI....

Obama ucap assalamualaikum


BARACK OBAMA (tengah) dan Michelle Obama (di belakangnya) berdiri tegak dalam majlis meraikan kedatangan mereka di Istana Merdeka, Jakarta semalam.


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta semalam untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.
Dalam ucapan itu, Obama banyak memberikan sokongan terhadap Indonesia, antaranya dalam usaha-usaha memerangi rasuah dan keganasan.
Semasa berucap, Obama sempat mengimbas kemajuan di Indonesia dengan menyatakan semasa beliau kecil, cuma terdapat sebuah bangunan yang tinggi tetapi kini bilangannya semakin bertambah.
Beliau turut menyentuh mengenai hubungan perdagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, pelaburan serta kerjasama bilateral termasuk dalam bidang ekonomi atau sosial.
Jakarta merupakan tempat tinggal Obama semasa zaman kanak-kanak pada 1960-an.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan barisan anggota Kabinetnya menyambut ketibaan Obama dan isterinya, Michelle di Istana Merdeka.
Setelah berkenalan dengan para menteri, Obama dan Michelle bergambar dengan Susilo dan isterinya, Ani Yudhoyono.
Obama kemudian bercakap dalam bahasa Indonesia. "Apa khabar? Selamat sore.'' Semasa bergambar pula Obama memegang tangan Susilo.
Kira-kira 15,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal ketenteraman semasa lawatan Obama di Indonesia.
Obama tiba di Jakarta dengan menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari India. Lawatan itu yang dilihat oleh Obama sebagai satu destinasi penting untuk pelbagai sebab strategik dan peribadi telah ditangguhkan dua kali.
Menurut White House, lawatan itu mungkin dipendekkan kerana letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang meletus sejak 26 Oktober lalu. - Agensi

Cerita Dolu Dolu