Monday, October 04, 2010
SAMBUTAN HARIRAYA TAK HABIS LAGI.
Dah 3 hari tak dapat nak update blog langsung.
Mana taknya..... kenduri kahwin sana-sini, open house sana-sini.
Ayie Char Kuey Tiew - tarikan anak-anak masa sibuk beri ucapan. ha ha ha... api dalam kuali tu....
Belum Surau Al-Husna juga buat sambutan hari-raya pada hari Sabtu.
Makcik buat kenduri untuk pi haji.
Mak buat open house (lebihnya adik-adik nak ajak kawan-kawan dorang la...) pun tak pergi.
Macamana nak pergi? Jalanraya di hujung minggu lebih teruk sesaknya dari hari biasa sebab ramai yang keluar pergi menjelajah memenuhi jemputan.
Adik yang bercadang hendak balik ke rumahnya melencong ke rumah mak apabila MRRU sesak giler.... itupun nasib ada DUKE.
Semalam nak ke rumah makcik pun tengok di lorong sebelah sesak teruk. Dah dok fikir nak balik ikut mana lah nanti......
Lain-lain yang berkaitan bole pergi ke sini. SAMBUTAN HARIRAYA SURAU AL-HUSNA
Lain-lain yang berkaitan bole pergi ke sini. SAMBUTAN HARIRAYA SURAU AL-HUSNA
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
7:30 AM
0
comments
Labels:
Personal Entries,
RAMADAN dan HARI RAYA
Thursday, September 30, 2010
PASTIKAN KERAJAAN NEGERI DAPAT RM4,000 HARI INI - IN CASH!
Wang judi dipulangkan
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din |
KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.
Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.
Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.
Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.
‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.
‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.
Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.
Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.
‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
7:23 AM
1 comments
Labels:
Halalan Toyyiban,
Politics,
UMUM
UTUSAN - SENDIRI KANTOI apabila BERITA tak SELARI
Ini berita UTUSAN 27 September 2010
Ik
lim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan
Ini berita UTUSAN 27 September 2010
Ik
lim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan
Cuba baca yang saya hilite warna merah pula.
TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.
Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.
''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.
''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.
Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.
Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.
Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.
''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.
''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
5:29 AM
0
comments
Labels:
Politics
DAH TENTU TAK MERASA MASUK HUTAN KEMBALI
Harimau betina masuk perangkap
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
syakir.sazili@kosmo.com.my
SEEKOR harimau betina berjaya ditangkap oleh Jabatan Perhilitan selepas menerima aduan mengenai kehilangan seekor lembu di Ulu Geroh, Gopeng semalam.
GOPENG – Selepas ‘tertumpasnya’ seekor harimau belang betina di Hutan Simpan Bukit Kinta dekat sini pertengahan Mei lalu, seekor lagi haiwan spesies berkenaan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.
Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, harimau belang betina seberat 120 kilogram itu dipercayai tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan di salah satu perangkap yang dipasang di ladang kelapa sawit milik Orang Asli, Ulu Geroh kira-kira 50 kilometer dari sini.
Katanya, tindakan memasang perangkap itu dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan penduduk kampung berdekatan yang mendakwa ternakan mereka termasuk lembu hilang dibaham binatang buas.
“Pada pukul 7 pagi hari ini (semalam), kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai seekor harimau telah memasuki perangkap yang dipasang dan sepasukan pegawai dihantar sejurus kemudian.
“Siasatan awal mendapati harimau berkenaan yang berusia empat hingga lima tahun itu mengalami sedikit luka kecil pada bahagian muka, dipercayai terkena perangkap tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by
mahaza
at
4:15 AM
0
comments
Labels:
ALAM SEKITAR,
UMUM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerita Dolu Dolu
-
▼
2013
(15)
- ► April 7 - April 14 (1)
- ► March 17 - March 24 (2)
- ► March 10 - March 17 (1)
-
►
2012
(121)
- ► July 15 - July 22 (1)
- ► July 1 - July 8 (4)
- ► June 24 - July 1 (5)
- ► June 17 - June 24 (3)
- ► June 10 - June 17 (5)
- ► June 3 - June 10 (5)
- ► May 27 - June 3 (4)
- ► May 20 - May 27 (1)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► May 6 - May 13 (2)
- ► April 29 - May 6 (5)
- ► April 22 - April 29 (6)
- ► April 15 - April 22 (10)
- ► April 8 - April 15 (2)
- ► April 1 - April 8 (9)
- ► March 25 - April 1 (5)
- ► March 18 - March 25 (2)
- ► March 11 - March 18 (7)
- ► March 4 - March 11 (5)
-
►
2011
(346)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 17 - July 24 (3)
- ► July 10 - July 17 (3)
- ► July 3 - July 10 (5)
- ► June 26 - July 3 (3)
- ► June 19 - June 26 (5)
- ► June 12 - June 19 (8)
- ► June 5 - June 12 (6)
- ► May 22 - May 29 (2)
- ► May 15 - May 22 (3)
- ► May 8 - May 15 (4)
- ► May 1 - May 8 (6)
- ► April 24 - May 1 (4)
- ► April 17 - April 24 (9)
- ► April 10 - April 17 (10)
- ► April 3 - April 10 (12)
- ► March 27 - April 3 (8)
- ► March 20 - March 27 (6)
- ► March 13 - March 20 (2)
- ► March 6 - March 13 (18)
- ► February 27 - March 6 (18)
- ► January 30 - February 6 (18)
- ► January 23 - January 30 (18)
- ► January 16 - January 23 (34)
- ► January 9 - January 16 (15)
-
►
2010
(1018)
- ► October 31 - November 7 (27)
- ► October 24 - October 31 (36)
- ► October 17 - October 24 (32)
- ► October 10 - October 17 (36)
- ► October 3 - October 10 (20)
- ► August 29 - September 5 (33)
- ► August 22 - August 29 (59)
- ► August 15 - August 22 (33)
- ► August 8 - August 15 (37)
- ► August 1 - August 8 (46)
- ► July 25 - August 1 (46)
- ► July 18 - July 25 (50)
- ► July 11 - July 18 (43)
- ► July 4 - July 11 (28)
- ► June 27 - July 4 (34)
- ► June 20 - June 27 (15)
- ► June 13 - June 20 (22)
- ► June 6 - June 13 (44)
- ► May 30 - June 6 (34)
- ► May 23 - May 30 (27)
- ► May 16 - May 23 (20)
- ► May 9 - May 16 (21)
- ► May 2 - May 9 (2)
- ► April 11 - April 18 (2)
-
►
2009
(54)
- ► August 2 - August 9 (6)
- ► July 26 - August 2 (4)
- ► July 19 - July 26 (4)
- ► July 12 - July 19 (2)
- ► July 5 - July 12 (2)
- ► June 28 - July 5 (1)
- ► June 7 - June 14 (2)
- ► May 31 - June 7 (2)
- ► May 24 - May 31 (1)
- ► May 10 - May 17 (4)
-
►
2008
(13)
- ► June 8 - June 15 (1)
- ► June 1 - June 8 (1)
- ► May 11 - May 18 (1)
- ► May 4 - May 11 (1)
- ► April 27 - May 4 (1)
- ► April 13 - April 20 (1)
-
►
2007
(10)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► March 4 - March 11 (1)
-
►
2006
(18)
- ► July 23 - July 30 (1)
- ► May 14 - May 21 (1)
- ► May 7 - May 14 (1)
- ► April 2 - April 9 (1)
- ► March 26 - April 2 (1)
- ► March 19 - March 26 (2)
-
►
2005
(83)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 24 - July 31 (1)
- ► June 5 - June 12 (2)
- ► May 29 - June 5 (1)
- ► May 22 - May 29 (4)
- ► May 15 - May 22 (2)
- ► May 8 - May 15 (5)
- ► May 1 - May 8 (4)
- ► April 24 - May 1 (11)
- ► April 17 - April 24 (3)
