Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 26, 2010

PERSEDIAAN TERLALU AWALKAH PUNCANYA?

Ada peniaga yang cuma berniaga setahun sekali jadi mungkin cara penyediaannya kurang baik seperti tempoh memasak yang pendek (macam nak makan kat rumah) atau berlebihan sayang nak buang.

Kira-kiranya kalau tanya "Ini lauk semalam ka?" Jawapannya adalaha "Tak, lauk besok" 

Bazar Ramadan paling berisiko


BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.
Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.
"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.
Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.

Berapa No Agen ni - Tentu bukan 007

Mayat perisik Britain ditemui di dalam beg


BEBERAPA anggota polis forensik mengalihkan mayat seorang perisik yang ditemui mati di sebuah rumah di London pada Isnin lalu.


LONDON - Mayat seorang perisik Britain yang dibunuh kira-kira dua minggu lalu ditemui di dalam satu beg sukan besar di bilik mandi di rumahnya pada Isnin lalu yang terletak hanya beberapa kilometer dari ibu pejabat perisikan MI6.
Pihak Scotland Yard semalam telah melancarkan satu inkuiri pembunuhan berikutan penemuan mengerikan di Pimlico, tengah London itu. Penyiasat menyatakan lokasi kejadian agak pelik kerana telefon bimbit dan kad Sim milik perisik yang berusia 30-an itu berada dalam keadaan tersusun.
Mangsa yang tinggal di kawasan rumah mewah itu difahamkan bekerja sebagai pegawai komunikasi kerajaan atau GCHQ di Cheltenham, Gloucestershire. Dia juga dikatakan dipinjamkan kepada ibu pejabat Perkhidmatan Perisikan Rahsia, MI6.
SEORANG penghantar jambangan bunga (kiri) berdiri di luar sebuah rumah tempat seorang perisik dibunuh di tengah London dekat ibu pejabat agensi perisikan MI6 yang dikawal seorang anggota polis di London semalam.


MI6 bertanggungjawab mengumpul maklumat rahsia musuh-musuh Britain di luar negara, sekali gus membuatkan perisik itu sebagai sasaran kumpulan pengganas.
Memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang matematik daripada Universiti Cambridge, mangsa disifatkan oleh jiran-jirannya sebagai seorang yang baik dan gemar berbasikal. Seorang jiran, Laura Houghton memberitahu lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Gareth. Tingkap dan langsir rumahnya sentiasa tertutup.
Perincian mengenai insiden itu akan dimasukkan ke dalam taklimat perisikan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan diserahkan kepada timbalannya, Nick Clegg semalam.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. Scotland Yard menyatakan punca kematian belum diketahui. - Agensi

BETUL TU! MACAM SCOMI DAPAT - OPEN TENDER TU BEB


Khairy: Kerajaan perlu telus, terbuka kurnia projek

August 26, 2010
Khairy menyaran agar semua projek kerajaan diberikan secara terbuka. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Kerajaan mesti bersikap adil dan telus  dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
“Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.
“Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, kesemua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus,” katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian pada Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi, yang turut disertai Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.
“Jika kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?” katanya — Bernama

INGAT DAH TAKDE ORANG KAT WISMA PUTRA.



Kedutaan Indonesia dipanggil

KEDIAMAN rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta Selatan dikawal rapi oleh anggota polis, semalam.


PUTRAJAYA 25 Ogos – Wisma Putra hari ini memanggil pegawai Kedutaan Besar Indonesia bagi memberi penjelasan berhubung tindakan sekumpulan rakyat negara itu melemparkan najis manusia dan memijak Jalur Gemilang ketika berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.
Berikutan itu, kedutaan tersebut yang diwakili Timbalan Dutanya, Tatang B. Razak telah menemui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra hari ini.
Ketika ini, Duta Besar Indonesia, Tan Sri Da’i Bachtiar berada di Jakarta setelah dipanggil pulang bagi memberi penjelasan mengenai isu demonstrasi tersebut yang kini dibincangkan dalam sidang Parlimen republik itu.
Dalam pada itu, Anifah berkata, dalam pertemuan dengan Tatang, Malaysia melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut yang dianggap satu penghinaan kepada seluruh rakyat dan mencabar kedaulatan negara.
Katanya, tindakan sesetengah pihak di republik itu sengaja ingin merosakkan perhubungan dua hala yang begitu baik para pemimpin dan rakyat kedua-dua negara secara keseluruhannya.
“Apa yang dilakukan itu tidak mencerminkan budaya, kesopanan dan tatasusila.
“Demonstrasi yang turut diadakan di depan Konsulat Malaysia di Medan dan Pekan Baru telah mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Tatang.
Isnin lalu, demonstrasi yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (Bendera) bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi kecoh.
Ini berlaku apabila segelintir penunjuk perasaan melemparkan najis manusia ke dalam bangunan kedutaan Malaysia selain memijak Jalur Gemilang.
Beberapa hari sebelum itu, demonstrasi juga diadakan oleh kumpulan dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Laskar Merah Putih (LMP).
LMP bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.
Perbuatan kumpulan LSM itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.
Menurut Anifah, tindakan kumpulan Bendera yang membuat ugutan mengusir rakyat Malaysia menimbulkan rasa kemarahan dan keresahan rakyat negara ini di republik itu.
Justeru, beliau menggesa republik tersebut mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan mengancam rakyat negara ini.
“Tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik Malaysia malah mencemar nama baik Indonesia hasil perbuatan yang begitu keji oleh segelintir golongan,” katanya.
Dalam pada itu Anifah berkata, Kuala Lumpur juga telah meminta Jakarta agar dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di republik itu demi memelihara hubungan dua hala.
“Saya telah berhubung dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa untuk memastikan demonstrasi menghina rakyat negara ini dihentikan.
“Setakat laporan yang diterima daripada kedutaan Malaysia di Jakarta, tiada sebarang demonstrasi diadakan sehingga tengah hari ini,” katanya.

Tangkap segera pengkhianat perkauman: Perkasa

Bunyi macam Penyamun suruh tangkap Pencuri aje.


SHAH ALAM – Polis didesak segera menangkap pengkhianat perkauman yang cuba menimbulkan sensitiviti di negara ini. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak tangkapan belum dibuat, terutama dalam kes-kes membabitkan rumah ibadat dan isu agama. 

Menurutnya, Perkasa berharap komitmen tinggi dapat diberikan dalam siasatan kes baling botol arak dan cat merah di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan. kelmarin. 

“Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap mereka yang membakar Gereja Protestan di Petaling Jaya dan (pesalah) sudah pun dipenjarakan. 

“Justeru, polis didesak supaya turut segera menangkap pengkhianat yang simbah cat merah dan baling botol arak di surau Sikamat,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap polis meningkatkan usaha menyelesaikan kes buang kepala babi di Masjid Taman Sentosa dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya akhir Januari lalu.

Cerita Dolu Dolu