Terdapat beberapa perkara harus diberi perhatian.
1. Jika menurut Islam, RPK harus membawa 4 saksi kerana membuat pertuduhan ZINA kepada 2 orang Muslim(?). JAWI atau JAIS (bergantung dimana) harus mengambil tindakan pro-aktif dalam hal ini. Harap akan dakwa Saiful, Azlina mahupun RPK ke mahkamah Syariah.
2. Kes ini menunjukkan Saiful bukan saksi yang credible. Jika di mahkamah Syariah saksi fasiq ditolak dan kes memang kena buang.
3. Beranikah Saiful mengangkat SUMPAH di Masjid WP lagi untuk menafikan dakwaan tersebut? Walaupun hak membuktikan tertanggung pada bahu RPK. Kalau lagi bagus sumpah macamni "Jika saya berdusta, saya akan dipanah petir apabila keluar dari masjid ini" GERENTI orang percaya punya.
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada Selasa mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Selasa.
Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.
"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.
