Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 22, 2010

UMNO berperang dengan Kerajaan Negeri melalui SDO


Teringat dokumentari di DISCOVERY CHANNEL fasal WHITE HOUSE. Seorang tukang masak (American African) cerita, Hillary Clinton pernah bergurau dengan berpesan agar buat kerja dengan betul atau akan dipecat. Tukang masak itu jawab " PRESIDENTS COME AND GO, THE COOK.... STAY" Saya rasa Nik Ali boleh belajar dari sesuatu disini. Kerajaan, pemimpin boleh bertukar ganti tetapi penjawat awam akan melaksanakan tanggungjawabnya seperti biasa. Dalam kes Nik Ali dan LGE ini adakah Nik Ali melaksanakan tanggungjawabnya menurut kerajaan yang memerintah atau bukan?


Jul 21, 2010 12:55:41 pm
Adakah ini sikap yang sepatutnya yang ada pada pemimpin-pemimpin UMNO atau Barisan Nasional, sehingga mengapi-apikan seorang kakitangan awam untuk berperang dengan sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh 1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang untuk memerintah Negeri Pulau Pinang?  Jikalau Nik Ali yang hari ini mengecam Ketua Menteri atau Menteri Besar ataupun mana-mana Menteri UMNO/Barisan Nasional, pastinya Nik Ali sudah digantung jawatannya dengan serta-merta.


 
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa amat kesal dengan sikap Zainal Abidin Osman, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang yang secara terbuka mempertahankan Nik Ali Nik Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang untuk berlawan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ini menunjukkan bahawa Nik Ali telah kehilangan sikap berkecuali dan profesionalismenya untuk membawa kemajuan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.  Jikalau seorang Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang tidak tahu masuk kampung ikut adat, maka lebih baik beliau ditugaskan semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke negeri-negeri yang lain atas sebab 1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengalu-alukan khidmat Nik Ali yang asyik berlagak semacam konco UMNO atau Barisan Nasional.
Jelasnya, kehadiran Nik Ali serta mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sidang media yang diaturkan di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang serta turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO merupakan suatu konspirasi yang didalangi oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, di mana Nik Ali hanya bertindak di bawah telunjuk pemimpin-pemimpin UMNO tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Polis: Kami tak geledah ibu pejabat PKR, cuma siasat







Permohonan dan cadangan kepada pihak PDRM - ambil atau minta sahaja hard disk. PDRM tidak akan diKUTUK fasal laptop rosak lah, hilang tak tahu kemana dan sebagainya. Computer sekarang dah berubah tetapi harap PDRM tidak fikir komputer sekarang sama dengan komputer tahun 1990an. Nanti orang dok pikir PRDM bukan nak amik computer untuk siasat tapi nak kebas komputer..... tidak baik untuk PDRM.
SEREMBAN, 22 Julai — Polis memberi penjelasan berhubung kehadiran mereka di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Polis sekali gus menafikan bahawa mereka mahu menggeledah bangunan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata polis sebenarnya sedang menyiasat Ahli Majlis Tertinggi PKR iaitu Badrul Hisham Shaharin di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard ditahan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang di sini pada 9 Julai lepas, kerana didakwa memuatkan artikel berunsur hasutan di dalam blognya, mengenai Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja.
Beliau kemudiannya dibebaskan.
“Untuk melengkapkan siasatan itu, pihak polis memerlukan beberapa bahan dan salah satu bahan yang diperlukan ialah komputer riba Badrul Hisham.
“Jadi pihak polis telah pergi ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mendapatkan komputer riba tersebut yang dimaklumkan kepada pihak polis oleh Badrul Hisham, bahawa artikel tersebut (bahan bukti) telah ditulis di sana,” kata Abd Manan kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjelaskan polis terlebih dahulu mendapat kebenaran mahkamah untuk memperolehi bahan bukti berkenaan.
Beliau berkata semasa pihak polis sedang memeriksa ibu pejabat PKR itu, Pegawai Penyiasat ASP Affendy Sulaiman telah menerima panggilan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Badrul Hisham sendiri yang menyatakan komputer riba tersebut berada bersamanya.
“Hasil daripada SMS tersebut, maka pihak polis telah menghentikan pemeriksaan di Ibu Pejabat PKR itu dan balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di mana Badrul Hisham telah berjanji untuk menyerahkan komputer riba tersebut.
“Kira-kira pukul 5.45 petang semalam, Badrul Hisham datang ke IPD Seremban dan menyerahkan komputer riba tersebut kapada Affendy.
“Jadi dalam hal ini tidak timbul isu seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar yang menyatakan bahawa pihak polis hendak melakukan penggeledahan. Sebenarnya ia lebih kepada untuk membantu siasatan.
“Kita nak dapatkan komputer riba itu, kita nak tahu apa yang ada dalam kandungannya. Penting komputer riba itu untuk dikaji, untuk nak buktikan ada atau tidak apa-apa elemen hasutan di dalamnya.
“Kita telah pun dapat komputer riba tersebut dan siasatan akan diteruskan,” kata Abd Manan. — Bernama

Anuar Shaari gesa peguam isytihar harta

Anuar berkata beliau tidak mempunyai bukti namun dia ada sedikit petunjuk mengenainya. “Saya tidak ada bukti, tapi saya ada beberapa petunjuk,” katanya. Kalau kena saman sesia jer sebab dah mengaku takde bukti. 
Statement paling kelakar. Kalau orang tuduh dia dpat RM10 juta ke RM100 juta ke - takde bukti tapi ada petunjuk boleh ke? Bala dah cerita dengan bukti sekali dari mana dapat duit, kenapa tak suruh SPRM siasat?
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini menggesa peguam yang mewakili penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mendedahkan hubungan mereka dengan Ketua Pembangkang itu. Anuar Shaari yang juga seorang ahli perniagaan menggesa Manjeet Singh Dillon, Amarjit Singh dan Americk Singh mengisytiharkan jumlah wang yang telah dibayar oleh Anwar untuk membiayai kos guaman Balasubramaniam.
“Saya menyeru ketiga-tiga peguam ini segera mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui dari mana pendapatan mereka diperoleh.
“Jika perkara ini gagal dilaksanakan ia akan menimbulkan tanda tanya dari mana mereka memperoleh wang yang banyak untuk membela Balasubramaniam serta kaitan mereka dengan Anwar,” katanya pada sidang media di Hotel De Palma pada Khamis. Anuar berkata, seperti yang diketahui, Balasubramaniam tidak mampu membiayai kos penginapannya di London serta kos undang-undang untuk merekodkan kenyataannya kepada pihak berkuasa Perancis.
Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai bukti yang menunjukkan hubungan ketiga-tiga peguam berkenaan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anuar berkata beliau tidak mempunyai bukti namun dia ada sedikit petunjuk mengenainya. “Saya tidak ada bukti, tapi saya ada beberapa petunjuk,” katanya.
Tegas Anuar, beliau akan mengemukakan petunjuk berkenaan kepada pihak berkuasa sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada ketiga-tiga peguam berkenaan. Balasubramaniam yang juga bekas detektif di Jabatan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia telah meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas membuat dua pengakuan bersumpah mengenai kematian meodel Mongolia, Altantu Shaariibuu.

ANDA SURUH KAMI PERCAYA PERSEKUTUAN & SYABAS?

Ni adalah bil air rumah aku. Baru dapat tadi. Bulan ni minus lagi beb. Kegunaan tengok ajer lah. RM 13.74. Sebelum ini kadangkala lagi kurang. Selepas campur tolak rasanya dah empat (4) bulan tak bayar bil air.

Sebab apa? bukan curi air, tapi sebab KERAJAAN SELANGOR bayarkan bulan-bulan RM11.06. Mungkin sebelum nih aku ada tersilap bayar lebih - RM 20.00 agaknya jadi sampai sekarang dok minus lagi.

Aduyai....... walaupun sikit ajer tapi kalau macam nih berterusan setahun? Dah jimat RM 132.72. Banyak tu. Cukup untuk cover bayar duit INDAH WATER selama 2.8X  ( Tambah RM11.62 cukup 3 kali bayar) - sapa nak bagi?

Tapi ramai tak sedar benda simple macam ni pernah merasa? Kerajaan Persekutuan malu alah, nak tiru tapi  untuk letrik bagi bawah 20kw sebulan aje free (Bukan tolak 20kw punyer charge dapat free). Kalau rumah cuma ada mentol sebiji dua dapat kot?

Bahaya di sebalik gula - artikel KOSMO (BERNAMA)

Nantikan bahaya Petrol, bahaya Diesel. Apabila keluar pula bahaya nasi, bahaya gandum maknanya subsidi beras dan tepung pula akan terbang. Adake yang nak tulis artikel begitu?


GULA yang tersembunyi terdapat dalam makanan.


KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?
Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.
Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.
Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.
Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.
Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Cerita Dolu Dolu